Taktik Anwar selamatkan diri



Sebagaimana yang telah dijangkakan, bila Utusan menyerang DSAI dengan laporan bertajuk ‘Anwar terus burukkan Malaysia’ sila baca di ( SINI ), susulannya ialah katak-katak yang mendakwa mereka rapat dengan Anwar Ibrahim meskipun ada antara mereka bertemu dengan Anwar dua kali dalam satu tahun akan bersuara.


Mereka tidak melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan kepada Najib betapa bencinya mereka terhadap DSAI dengan memburukkan DSAI… maklumlah.. pilihanraya dah dekat, kalau tak bersuara nanti Najib terlupa pula akan kewujudan mereka…

*************************************
Taktik Anwar selamatkan diri

Oleh AZRAI MOHAMMAD
azrai.mohammad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas dalam siri ceramahnya di Indonesia baru-baru ini, disifatkan sebagai 'serangan awal' bagi menangkis apa jua keputusan mahkamah yang melibatkan perbicaraan kes liwatnya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tujuan Anwar itu adalah supaya masyarakat di dalam dan luar negara melihat beliau kononnya berada di pihak yang benar.

Malah, katanya, taktik menyelamatkan diri itu turut digunakan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.

"Anwar memang bermasalah di mahkamah, jadi dia serang awal-awal. Kalau keputusan tidak memihak kepadanya nanti, maka dia pun beritahu apa yang dikatakannya itu adalah benar.

"Dalam pilihan raya pula, pembangkang tuduh proses pilihan raya berat sebelah, jadi apabila kalah, mereka akan kata bukan tidak mendapat sokongan rakyat tetapi pilihan raya yang tidak telus," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara tidak bebas kerana dikongkong pihak kerajaan.

Anwar turut mendakwa, hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Menurut Zahrain, Anwar boleh dilabelkan sebagai penderhaka negara kerana tidak beretika dalam permainan berpolitik dengan membawa cerita-cerita pembohongan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula berkata, Anwar memang sengaja memilih Indonesia kerana Ketua Pembangkang itu tahu sentimen kebencian di kalangan rakyat negara itu terhadap Malaysia memang sudah wujud.

"Dia pergi ke sana untuk menambah rasa kebencian itu demi kelangsungan politiknya yang telah luntur di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula berkata, Anwar menunjukkan sikap 'cakap tak serupa bikin' kerana beliau sendiri telah memfailkan berpuluh-puluh kes menuntut ganti rugi di mahkamah yang dikatakan tidak bebas.

"Jika tidak puas hati, kenapa perlu failkan hingga berpuluh-puluh kes di mahkamah. Maksudnya dia masih percaya dengan sistem kehakiman

"Malah sebagai Ahli Parlimen, dia boleh gunakan Dewan Rakyat untuk membicarakan perkara ini, kenapa perlu pergi ke Indonesia?," ujarnya.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pula berkata, Anwar perlu diberi amaran serta diambil tindakan tegas oleh mahkamah yang membicarakan kes beliau atas kritikannya itu.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama dan imej negara adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan memberi impak negatif kepada negara.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kenyataan memburukkan negara yang dilemparkan itu tidak selaras dengan falsafah dan tafsiran Perlembagaan Malaysia.

"Saya khuatir tindakan Anwar itu akan menjejaskan imej dan hubungan diplomatik negara yang telah dibina sejak merdeka," katanya.


Lidah Rasmi UMNO

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau Anwar jatuh,..kerajaan BN juga harus di pastikan jatuh !!

    Kalau Anwar musnah akibat perbuatannya sendiri,..rakyat juga
    mahu di pastikan menanggung derita !!

    Kalau kerjaya politik Anwar binasa,..negara juga mesti di huru-harakan !!!

    Kalau Anwar menjadi PM,..maka semua masalah di negara ini akan selesai dalam sekelip mata dan
    rakyat di jamin syurga !!

    ReplyDelete
  2. Anon 11:33am-jangan dok berlakon rakab pulak..

    Memang kerja DSAI macam tu..ditakdirkan..

    P/S: Org yg suka buruk2kan org lain sebenar org itu lagi buruk perangainya..sebab semata2 nak tutup keburukan diri sendiri terpaksa buruk org lain..

    ReplyDelete
  3. kalau anwar jadi PM bahagia lah rakyat jelata tapi yg derita pemimpin2 be end takut jadi macam khir toyo semua salah laku dan slh guna kuasa akan dibongkarrrrrr,...itu yg membuatkan BN takut dgn anwar seboleh2nya nak disumbat dlm penjara maka senang lah mereka nak sapu harta negara yg tongongnya adalah balaci2 yg x tahu apa2 tu sokong membuta tuli...

    ReplyDelete
  4. non 11:50 anjing dap berlakon aku celaka!

    ReplyDelete
  5. KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang ganjil lagi ajaib..

    Yang paling baru, seorang MP Keadilan iaitu Datuk Johari Abdul telah didapati meroyan menyanyi bersama dalam satu kumpulan bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".

    Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.

    Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi popular dari Indonesia.

    jahanam pkr jadinya....

    ReplyDelete
  6. akp,...aku tau bezakan komen bernas kau berbanding anjing pkr yang menyamar tuu,....

    don't worry, bro..

    ReplyDelete
  7. hangpa semua tak reti bersyukuq ka hangpa dah dapat air freee la ni samdoi2 weh?la ni hang mandi ikot suka.syukoq la sikit jibraun weh!

    ReplyDelete
  8. bendol 2.18,

    hang dah pulun macam-macam kerajaan BN bagi,..hang kena bersyukoq !
    lepaih ni hang jangan lupa isi borang bantuan RM500 tuu,..noooo

    aku tak dapat tapi tetap bersyukoq jugak !!

    ReplyDelete
  9. Kita tak takut pada PKR dan Anwar , yang takut kat Anwar hanya BEE END je...

    ReplyDelete
  10. Bakak, bakak apa jadi dengan hang ni. Hang pi rumah orang (blog ASD) lepaih tu hang dok hamun/fitnah kawan tuan rumah tu. Kalau hang betoi betoi gentlemen hang buat rumah sendiri (maksud aku hang buat blog sendiri) atau hang masuk ke dalam blog kawan hang, lepaih tu baru hang tibai orang lain. Hang tak kan berani sebab hang tau tak sapa nak baca blog hang. Hang dengan AKP sama saja, bacoi. Hampa dua dah tak boleh lari sebab dah terjerat degan duit mafia mafia umeno yang hampa dah ambik. Macam mafia Amerika juga, kalau hang lari depa bunuh hang. Masa banyak lagi bakak, hang tobat la.

    ReplyDelete
  11. rakab & akp dah gila meroyan dok kata org lain menyamar depa bdua. bodoh gila depa... heeee apa2lah rakab & akp. semua tahu hangpa bangang!!

    ReplyDelete
  12. sdr 4.06,

    wah, marah benar hang dengan aku !
    Aku tak musuhi ASD secara peribadi .

    Aku tentang ideologi dan pendekatan politik puak pakatan !!
    hang tak puashati dengan aku, itu hang punya pasal..

    Blog pro Umno semuanya aman, hebat ! aku jengah setiap hari.
    hang pun patut cuba...tambah maklumat !!

    ReplyDelete
  13. nak habaq mai..

    tak baguih ah blog2 puak hangpa,depa tak buktikan depa toi2 setia kat pemimpin depa,depa backup pun kadang2 mcm mo tak mo ja.nak habaq mai hang tengok org2 kami.kami backup gila2 taat punya hang tau dak,sampai kami dituduh gila hang tau dak.punya setia kami nak habaq mai.apa pun kami bersyukoq dapat ayaq free.samdoi hang..

    ReplyDelete
  14. woi badak ayaq,

    Bloggers pro Umno tu cerdik, rasional.

    Kalau buat perkara betoi depa sokong, kalau buat perkara salah depa hentam,..tak kira sapa pon..

    Bukan macam sebelah hangpa tu..
    pakai sokong macam lembu di cucuk hidung !!....bingai.

    ReplyDelete
  15. nak habaq mai..

    nampak sangat hang tak paham makna jihad.hang baca balik apa aku dok tulih ataih tu,malas aku dok nak ulang.kami jihad hang tau dak.kami backup sampai hang tak terpikiaq kesanggupan kami.lagi pun memang betoi apa pemimpin2 kami tak pernah lansung buat dosa,bukan mcm belah hang tuh.hang paham dak nih!nak habaq mai aku tak kesah hang cakap apa janji aku syukoqla dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  16. nak habaq mai..

    samdoi hang,walaupun kita beza idealogi,hang jgn la gelaq kan aku badaq ayaq la bagai.kami semua lansung tak di didik macam hang.pemimpin kami tak suka kami gelaq org bukan2 hang tau dak.bukan akhlak yg baguih tu hang tau dak?hang tak ngaji ka rakab?apaun rakab nak habaq mai salah ka aku syukoq dapat ayaq free?

    ReplyDelete
  17. Paklong Din,..hang kaa kat ataih ni ??

    ReplyDelete
  18. Hang jangan pura-pura alim pulak..
    puak pakatan yang suka gelaq orang macam-macam....mahazalim laa,..maha firaun laa,...

    woi badaq berendam,..hang jangan buat-buat lupa..!!

    ReplyDelete
  19. nak habaq mai..

    rakab rakab..hang dok nengok tv mana kata pemimpin kami dok gelaq kan org mahafiraun bagai?tv3 tak buleh nak caya aku nak habaq mai.hang tengok baru ni depa keluaq kan videoq mat sabu dok puji baguih punya kominis.nak habaq mai itu bukan mat sabu,perot dia buncit sikit mana nak sama dengan mat sabu yg betoi punya.hang ada mata tengokla betoi2.jauh beza dgn mat sabu nuh!org lain depa dok upah tu hang tau dak.lagipun bukan hang tak tau ada 7org muka yg sama nak habaq mai.hang paham ka dak nih!nak habaq mai aku syukoq dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  20. Kahkahkah BANA Anwar Ibrahim kutuk dan keji NEGARA MALAYSIA...yang wa tahu dia kutuk itu orang bodoh yang ketuai NEGARA dan suku sakat itu ketua yang bangang lagi bingai...xyahlah spin mcm anwar ni suruh negara lain serang MALAYSIA pulak...setahu wa yang nak hancurkan negara ialah mangkuk hayun UMBONGOK yang dok bagi kerakyatan pada warga asing, bagi tanah kat negara asing mcm orang tuli, beli semua peralatan yang tak berkualiti pada harga yang mahal mcm org xtahu mengira, pergh senang cita UMBONGOK ni semuanya bodoh...bingai bertingkat-tingkat puak UMBONGOK ni...

    ReplyDelete
  21. rakab 10:26 pm

    blog pro umno je yg aman.

    yg tak aman dgn lembunya. dgn cincin nya. dgn menu 1M nya, dgn
    KR1M nya, dng Haji nya..

    he he he

    ReplyDelete
  22. rakab oh rakab 10:26 pm

    jgn lah sama kita org dng kau yg bagangg tu.

    tak payah lah kau nak tentang ideologi pakatan kat sini. blog pro umno dah ada bukan kita org tak tahu. tapi hampeh. lesu. tak de maklumat melainkan pembohongan dan putar belit.

    masalahnya tak de org nak jengah blok pro umno tu. jd bila blog pro umno tak capai sasaran.. dan matlamat.. kau pun masuk menyelinap sini tanpa maruah.

    aku yakin kalau kau tak de pun tak berkudis pun.. tp kau yg tak tahan baca komen dan kutukan kita org.

    kau guna nama rakab utk membuktikan yg org mcm kau tu kuat dan se org pejuang .. psl komen kau tak peduli.. janji nama rakab tetap dan hari hari ada dlm ASD spy pembaca ASD beranggap kau tak kan mengalah. Kalau tak berbayar dah lama kau senyap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post