Transaksi yang perlukan penjelasan dari Shahrizat..



Dua orang Hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat setelah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menutup peluang Shahrizat untuk membuat penafian tentang isu pembelian Kondo bernilai RM9.8Juta juga telah menyebabkan Shahrizat semakin tersepit dengan isu NFC ini.


Jika sebelum ini Khairy yang cuba menjadi Hero dengan menyediakan alasan bodoh bahawa Kondominium berharga RM9.8Juta itu dibeli sebagai pelaburan oleh NFC dengan menggunakan dana dari wang rakyat, kedua-dua hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat pula mengatakan ‘Shahrizat tidak terlibat’..

Kata hero pertama Perdana Menteri ketika projek ini dilancarkan yang tiba-tiba terbangun dari tidurnya bila isu penyelewengan NFC semakin panas “Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.- laporan penuh sila baca di (SINI)

Hero kedua yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu "Bung Moktar tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat,"- laporan penuh sila baca di (SINI)

Malang buat Shahrizat yang cuba membantu kini menjadi beban buat dirinya..

Kerana Pak Lah dan Muhyiddin berkata ‘Shahrizat tidak terlibat’.. penglibatan Shahrizat pula yang didedahkan..

Lebih buruk lagi beberapa nama lain dikeluarkan pula antaranya Dato’ Shaziman Mansor, YB Yunus ADUN Klawang dan Zulhasnan Rafique.

Pak Lah dan Muhyiddin berkata ‘Shahrizat tidak terlibat’.. jika ‘Shahrizat tidak terlibat’ kenapa perlu ada transaksi begini.. Transaksi yang memerlukan penjelasan dari Shahrizat..

1- Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400… Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

2- NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara…. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

3-NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93…. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.

4-NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.

Semakin ramai yang cuba membantu semakin tersepit Shahrizat dengan isu ini.. tertanya-tanya juga aku adakah benar mereka-mereka itu mahu membantu Shahrizat atau mahu membantu membina tekanan agar Shahrizat letak jawatan dan melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO itu?

******************************

Kenyataan Media

NFC Dibiayai Oleh Kerajaan, Tidak Pernah Membayar Satu Sen Kembali Kepada Kerajaan.

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cuba memisahkan isu NFC daripada kebertanggungjawaban Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan kerajaan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan mereka memberi gambaran bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta dan tidak ada unsur percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila sebuah syarikat milik keluarga menteri mendapat projek kurniaan kerajaan.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa sejak menerima sepenuhnya pinjaman mudah dari kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak sekali pun membayar balik satu sen kembali kepada kerajaan – baik dari segi pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2% yang dikenakan. Sekiranya ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlulah membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa NFC bukan sahaja tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada kerajaan, ia juga tidak merekodkan sebarang liabiliti bagi kadar faedah 2% seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Hakikatnya, operasi NFC dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui suntikan dana RM250 juta dan geran RM6 juta yang diluluskan kerajaan. Keputusan untuk menganugerahkan projek kebangsaan yang dikategorikan sebagai Projek Berimpak Tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) ini dibuat oleh kabinet Barisan Nasional yang dianggotai Tun Abdullah Badawi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Justeru, prestasi NFC sudah tentu menjadi tanggungjawab menteri-menteri yang terbabit, apatah lagi apabila syarikat yang mendapat projek dimiliki sepenuhnya oleh keluarga menteri.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila NFC tidak diuruskan dengan baik sehingga tidak mencapai sasaran yang dipersetujui. Malah, transaksi NFC juga menunjukkan dana rakyat yang disalurkan melalui suntikan RM250 juta disalahgunakan untuk kegunaan keluarga dan ahli-ahli politik Umno.

Saya senaraikan transaksi berikut yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar memantau NFC:

Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’ Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400. Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.


NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.


NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.


KEADILAN boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pimpinan Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini.

Skandal NFC telah menunjukkan bagaimana bobroknya sikap pimpinan Umno yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya atas alasan ia perbelanjaan sebuah syarikat swasta.

Malangnya, syarikat swasta itu dimiliki oleh keluarga seorang menteri dan dianugerahkan sebuah projek besar negara dengan suntikan dana RM250 juta.

Tindakan yang lebih mulia ialah bagi menteri-menteri yang berkenaan memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas berhubung skandal NFC ini.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
AHLI PARLIMEN MACHANG

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ni baru terkantoi cite pasal lembu & kondonya. cite pasal babi, next kot.ntah2 mmg dah ada pinjaman krajaan utk ternak babi kpd menteri.who knows.nasib ko le ijat.tgk muka lu pun dah serupa mcm l**bu .alasan kata syarikat tu laki dia punya,bisnes keluarga.bila pinjam duit dulu,pandai plak ko menadah muka.dgr cite lagi,kete2 mewah dah penuh kat garaj.lembu siap ada kondo.terbaek! kata boo boo boi. (kondo tu suami saya yg beli,bkn saya yg bank in duit tu sume, saya tumpang duduk je situ).BoNgok nye mami lembu.

    ReplyDelete
  2. Pinjam berjuta juta, satu sen pun tak pernah bayar. anak anak yg masuk ipt kena kejar. pelajar yg ambil pinjaman mara nama di list kan dlm surat khabar. Mcm tu sekali beza antara rakyat dgn pemimpin Lemno.

    Apa jd Lembu yg diderma kpd Shahziman dan Yunus? Raya korban ke pd sep 2009 dan nov 2009? mohon sdr rakab sahkan spt mana dia sahkan tarikh anwar mengatakan mengerja ibadah haji.

    kalau ambil balik tanah dgn kandang dan lembu lembu nya dan kondo pun tak leh dpt rm 250 juta tu balik. Mana bangsa melayu tak jahanam. mana nak capai kuota 30%.

    Sedih sungguh bila ahli umno masih tak sedar betapa mereka telah di'lembu'kan selama ini.

    Pengajaran, lain kali jgn pijak kepala lembu !

    ReplyDelete
  3. .

    LETAK JAWATAN.
    LETAK JAWATAN.

    SIASAT SHAHRIZAT. SIASAT SUAMI SHAHRIZAT. SIASAT KELUARGA SHAHRIZAT. SIASAT SEMUA NYA.

    Kita akan melihat ke bawah dr tingkap tingkat 5 bangunan sprm .. bukan satu..

    ReplyDelete
  4. mana perkasa?

    mana zahrin dan zul?

    mana dia org yg mengaku berjuang utk agama dan org melayu?

    mana..... mana.... manaaaaaaaaa !

    ReplyDelete
  5. Tidak seperti negara luar, jika ada pemimpin2 yg terlibat dgn apa saja skandal, mereka akan segera letak jawatan sbg tanda menjaga maruah diri dan jawatan tersebut juga memudahkan siasatan. Tp lain pulak di malaysia, mereka terlalu sayang dgn jawatan mereka dan seboleh2 mereka dan org2 sekeliling sama2 bantu buktikan benang yg basah boleh ditegakkan.

    ReplyDelete
  6. Wah pak / mak menteri semua..

    korang pnjam mmg x perlu bayo ke??bile org ramai (rakyat) pnjam utk pndidikan (cm aku nie), kemain lg..ade bungalah, senarai hitam lah, nama masuk paper lah..

    korg nie, mmg ade imuniti ke (cm cite survival plak)..?

    mane "org2 pembela melayu" (PERKASAM, UmNgok, dan semua NGOk)??x nk buat demontrasi jlnn??

    ReplyDelete
  7. klau btol ada penyelewengan, mmg wajar shahrizat letak jawatan dan dikenakan tindakan

    ReplyDelete
  8. bukan kalau kalau lagi dah mmg betul.

    kondo pun dah dibeli.. pinjaman pun dah diberi..

    ReplyDelete
  9. Tu lah beza nya diantara yang 'privilege' dengan yang tak ...yang mengaku ada hak...Yang 'privilege' tu kaum kerabat BEE NEEE..Buat apa pun tak salah ...Org lain buat semua salah ..Kak Izat ni tak sedar diri..dia bukan wakil rakyat ,tak menang pun di lembah pantai ..jadi menteri pun "back door" nak mengaku ada hak pada duit rakyat ...PODAH ..
    Bayar lah balik duit rakyat tu..kalau ada bersifat bertanggungjawab.Kerajaan pun satu invest lah pada pelajar yang ada peluang untuk berjaya , tanggung pelajaran depa di universiti2 yang terbaik..di dunia ..hantar depa macamana nak bela / jalankan bisness lembu ...baru lah projek lembu berjaya dan bermanafat kpd negara ..Tak lah org ramai marah..LOL LEMBU Betul.

    ReplyDelete
  10. Sharizat ni dh smpai cita2 dia nk buat kekayaan peribadi. Stiap pemimpin Umno semua brperangai mcm tu. SPRM ni plak semua pegawainy mkn gaji dgn kerajaan. Di bwh kuasa PM plak tu. Bukanny nk benteras rasuah tpi dgn dia2 skali mkn rasuah. Anjing dh kena ikat..

    ReplyDelete
  11. Yang saya baca ada pemimpin UMNO menyatakan belian kondo mewah adalah pelaburan yang bijak.Macam mana kesimpulan tersebut di buat kalau kondo tersebut belum mangaut keuntungan.Bagi saya ada juga kemungkinan ia rugi.Itu lah dalam bisnes ada 'Profit and loss'kerana semua faktor mesti di ambil kira.Bukan semua pelaburan untung.Macam tidak ada sekolah pula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post