Tunai haji di Mekah tapi amal rasuah di Malaysia



Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

“Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

http://www.keadilandaily.com/?p=22667

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Teruskan Usaha dengan entri yang menarik ASD!

    ReplyDelete
  2. kalau kita pergi menunaikan haji ke Mekah tak usah lah nak takut sampai dikepung dgn polis, bukankah bila kita kesana seluruh jiwa dan raga kita serahkan pada Allah...jadi apa yg ditakutkan oleh mereka2 ini.

    ReplyDelete
  3. Sifat2 PM & isteri dan pemimpin BN:

    Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
    Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
    Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
    Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

    Hubbud dunya (kasihkan dunia)
    Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
    Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
    Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
    Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan

    ReplyDelete
  4. Tambahan untuk Pemimpin BN

    Takabbur (sombong)

    Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.

    Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.

    Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Pegi free pastu escort sampai 1 battalion .... Tiap-tiap tahun boleh Pegi kalau camtu.

    ReplyDelete
  6. Pasukan pengawal tu kerajaan Arab Saudi yang sediakan untuk mana-mana pemimpin negara yang datang menunaikan haji..
    bukan askar Malaysia yang dibawa ke sana...

    ReplyDelete
  7. Hei Rakab, bukan special request ke? Kalau tak mahu depa lagi suka.

    ReplyDelete
  8. ASD,

    Itu tindakan dari Kerajaan Arab Saudi sendiri...bukan untuk Najib jer, malah untuk kebanyakan pemimpin negara lain..

    kecuali pemimpin yang tak 'ngam' dengan Arab saudi macam presiden Iran tu..

    ReplyDelete
  9. bodoh kau ni rakab mcm tak tahu je askar arab tu di bayar siapa yg tak mahu...dah makan nasi bungkus free ada fulus lagi gitu style di malasia gitu juga caranya dah biasa senang,yg penting bukan duit mak nenek dia punya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post