UMNO peralat budak Sekolah buat kecoh..

PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.


Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.

“Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.

“Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramah berkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.

“Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.

“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.

Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.

“Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.

“Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno),” katanya - Sinar Harian

Lagi gambar sila lihat di SINI

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mengapa ya dalam kehidupan seharian kita, maksud aku disekeliling kita ada manusia-manusia yang busuk hati dan suka mendengki? Bila ada rasa tidak puas hati, jalan jahat yang dipilih sebagai perhitungan. Mengapa mereka tidak berfikiran rasional sebaliknya bertindak seperti orang sakit mental? Tergamak melakukan kerosakan harta benda, sabotaj sini sabotaj sana. Tidakkah mereka fikir bahawa ada yang memerhati di atas sana? Yang menjadi mangsa terpinga-pinga kerana tidak tahu apa-apa. Sesak dan sebak di dada. Sedih dan marah bergaul rasa. Apalah salahnya kalau ada rasa tidak puas hati itu, ianya dibawa berbincang. Selesaikan dengan cara elok. Gunakanlah akal yang Tuhan kurnia. Jangan jadi bodoh mengalahkan lembu yang dicucuk hidungnya dan perlu sedar bahawa kita lebih bodoh kerana membiarkan nafsu menunggang akal kita.

    ReplyDelete
  2. biase la tu.

    bdak2 br nak tumbuh bulu. baju pn tarak, da nak blagak.

    rakab ade kat situ gak ke? setahu aku, die bawah umur. ade la tu celah memane.

    ReplyDelete
  3. Inilah cara UMNO-APCO mendidik generasi depan terutama Melayu agar patuh arahan mereka. Generasi depan dibiarkan dengan pendidikan kelas ketiga dan hingga sekarang masih tak tahu nak ngajar dlm english ka bahasa melayu. Dunia dh berubah begitu pantas tp nasib kaum sendiri anda semua boleh lihat. Kt penang sampai pelajar kolej pun jd mangsa. Anak2 mereka dihantar ke luar negara atau sekolah antarabangsa. Selagi amalkan pecah perintah maka senanglah untuk mereka terus berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Gasak depa bang mat..
    gomol sampai depa mati..
    macam bang mat gasak normah bini bukhari tuuu...

    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  5. Penceramah pun hanya bekas lepasan SPM..maka budak2 bakal ambil SPM aje le layak halau penceramah SPM tersebut..sebab buat malu budak2 SPM yg lain2 aje..

    ReplyDelete
  6. Yeke Mat sabu tu lepasan SPM.. tapi hebat la jugak sebab lepassan spm boleh jadi pensyarah sebelum jd politician.. bodoh betul la AKP ni..

    tah2 AKP tu yg lepasan UPSR je.. tu pun 5E dapat..

    ReplyDelete
  7. Pengali Kubur

    Mat Sabun bilanya jadi pensyarah?...banyak punya bom le kau ni...

    P/S: Dosa kering kau dah buat..penipu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post