Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat UMNO?

Bila duit kerajaan dikatakan milik UMNO.. macam ni lah jadinya..



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.


Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

Free Malaysia Today

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. dia ingat dia boleh tipu kita..

    apapun terima kasih atas sumbangan!

    ReplyDelete
  2. Tipu kepala bapak engkau !!

    kalau tipu tak dapat laa duit bodoh..!!

    ReplyDelete
  3. kalau nak bagi kat sekolah pn boleh bagi..

    tu la ko ni rakab..bodoh sangat senang kene tipu

    ReplyDelete
  4. itu la sebab ramai orang dan termasuk aku kata rakab ni BANGANG.. senang je kena kencing.. mesti rakab selalu kena tipu dgn bangla karpet.."abang, angkat ini wang, pergi beli eskrim.." pastu bangla tu gi jumpa bini rakab.. hahahaha...

    maksud ASD, duit RM100 tu haruslah disalurkan kepada sekolah kerana ini dana kerajaan (duit rakyat sebenarnya) kepada rakyat dan sekolah (agensi kerajaan) adalah perantaranya.. barulah nampak telus niat tu..

    tapi ini tidak berlaku, sebaliknya diminta ibubapa dtg ke pejabat UMNO utk ambil duit seolah2 duit itu UMNO yg bagi. Tujuan? bagi meraih undi dikalangan masyarakat yg UMNO je lah yg boleh bela nasib melayu.

    Skang ni ko dah faham ke tidak rakab a.k.a mangkok jamban?

    kami bukan kata dia tipu tak bagi duit, tapi cara duit itu disalurkan..

    ReplyDelete
  5. rakab, kepala bapak kao dengan kau kena tipu!! heeee.. memang kepala atuk kau bangang!!

    ReplyDelete
  6. yang penting anak aku dpt duit...
    kalau umno bagi dlm lobang jamban pon aku sebat jugak...

    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  7. teori rahman,

    mmg gitu la sikap pencacai umngok.. kerana duit boleh lakukan segalanya.. termasuk la visit ke blog PR dan buat kacau.. sebab apa? anda ada jawapannya..

    ReplyDelete
  8. kerajaan beri wang ambil je lah ...tapi tak gurantee dpt undi kami....

    ReplyDelete
  9. RM 100 tu adalah duit rakyat....bukan duit pemimpin UMNO...apa aku peduli. Duit yg kerajaan bagi adalah sumber dr cukai pendapatan, pelbagai jenis saman dsbgnya. ITU SEBENARNYA DUIT RAKYATTTTTTTT Memang patut kerajaan bagi tiap2 tahun tak kisah siapa penaraju kerajaan tapi biasalah UMNO niii nak tunjuk hero dlm kepemimpinan...

    ReplyDelete
  10. kt tmpt aku..siap ade wakil rkyat wat ucapan 2,3 jam..baru nk bgi duit...mangkok btui la...omno ni

    ReplyDelete
  11. mesti lah saat2 ini lah ambil kesempatan berucap ...kalau nak suroh kamu semua dtg utk dengar depa berucap hanya bangku dan kerusi je dengar...buat buang masa je..

    ReplyDelete
  12. Dimana pun tempat utk beri RM100 bukan ada masalah pada penerima2..yg penting semua yg berhak dapat bantuan tersebut,tiada beza2 parti pun, yg penting tiada yg tercicir...

    Wakil2 rakyat BN yg datang adalah utk perjelaskan pd ibubapa/waris bahawa bantuan RM100 adalah dari kerajaan pusat..sebab ada ibubapa tertanya2 duit tersebut dari pihak sekolah atau mana2 pihak...ada yg kata dari PR...

    Kerajaan PR di Penang pun akan beri bantuan kepada pelajar tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 tahun depan...yg pelik.. Kenapa??? 1 dan 4 aje diberi? yg tahun 1,2,3,5&6 dan tingkatan 1,2,3,5&6 ..ada ke mereka perlu duit ke utk persiapan ke sessi sekolah 2012..kenapa mereka disisirkan? siapa boleh jawab..silakan!

    P/S: Nak Kerajaan ke? atau KERA tepi jalan

    ReplyDelete
  13. akp 12:07 am

    duit kjaan Pakatan beri pada tahun 1 dan tahun 4 dan tingkatan 1 & 4 ialah tambahan dr jumlah rm100 kjaan pusat.

    yg pelik bg aku ialah knape kjaan negeri terutama kjaan negeri dibawah bee end/umngko tak bagi duit bantuan spt kjaan Pakatan PP?

    hampir seluruh keluarga yg mempunyai anak di PP mendpt lebih dr keluarga negeri kjaan bee end/umngok. siapa boleh jelaskan, silakan.

    kalau kjaan pusat tak bg rm100 tu boleh lah kau buat buat pelik mcm beruk serkas yg pakai baju tp tak pakai seluar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post