Semalam riuh rendah blog-blog Pro UMNO memainkan isu “130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO”.. ianya diketuai oleh Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini iaitu Abdul Wahab Rahman ataupun dikenali sebagai Pak Wahab..
Sebab utama beliau keluar korang lihatlah sendiri dalam videoclip dibawah..
Antara kata-kata Pak Wahab ialah “Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti.. dan bla..bla..bla…
Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal dalam video di bawah ni dia menyatakan ketidak puashatinya kepada seseorang ekoran dari tidak dilantik semula sebagai Pengerusi JKKKN, siapa yang aku maksudkan faham-faham sendirilah..
Cuma aku nak minta kepada Pak Wahab kalau boleh adakan semula sidang akhbar ini.. pasal skrip tak betullah..
Pak Wahab kata “Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti..
Sepatutnya Pak Wahab kata “Saya dilantik jadi Ketua RANTING bukanya Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian Permatang Pauh bukannya Bahagian DUN Penanti..
Sebabnya dalam KeAdilan tak ada CAWANGAN yang ada ialah RANTING dan dalam KeAdilan juga tak ada BAHAGIAN yang ada ialah CABANG.
Dan di dalam Cabang Permatang Pauh pula tak ada Bahagian Penanti.. yang ada ialah Jentera Pilihanraya DUN Penanti..
Perbetulkan skrip dulu ya Pak Wahab…
Tentang jumlah yang dikatakan 130 Orang tu.. Timbalan Ketua AMK Permatang Pauh Saudara Afzal Khan dah jawab di SINI
130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai Umno
BUKIT MERTAJAM, 21 Dis (Bernama) -- Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh Rabu bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR.
Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman,70, berkata mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.
"Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas 11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.
"Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah haluan dan kembali kepada perjuangan Umno," katanya kepada pemberita.
Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.
Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai Umno.
Zainal Abidin yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam Umno. - BERNAMA
cuba tanya pak wahab duit yg dikutip masa buat pasar ramadhan dlm pekan bm
ReplyDeletemenggunakan nama ranting sg ara tu p mana...nasib baik laaa duit [asar malam tok elong dia tak dan nk kutip...cuma sempat ambik peruntukan telur,beras dgn ikan jaa masa PRK44 masa dsai bertanding..aku rasa khalid jaafar igt lg perangai dia..alaa pak wahab takat dpt 3ribu tu smpai bila hg blh mkn.habis kuat 3 bulan dh habis..
peruntukan dapur masa prk44 masa dsai tu dia ambik kat arwah paktam mcm beras 5kampit,telur dan brg2 dapur lps tu dia jual kat kedai dia..pak wahab!!smpai bila la hg dok nk ligan duit.
ReplyDeleteAsYIK2 KELUAR PARTI,X PUAS HATI MASUK UMNO BUAT APA MASUK LA DAP @ PAS,BARU LA ORG PKR PMTG PAUH X TAK HINGAQ,
ReplyDelete1.PMIMPIN PKR X ADA RISIKAN LANGSUNG MANA2 AHLI YG NAK KLUAR TU PI LA PUJUK2,PI BINCANG2,JGN EGO,SOMBONG,MASA MENGUNDI BARU HAMPA KALUT,130 ORG LARI UNDI TU,KALAH DSAI HINGAQ ORG TUA TU..PLZ SERIUS ABOUT VOLUME..SKIT2 LAMA2 HABIS...
2.DAH LOMPAT HAMPA TIBAI ORG TUA TU KATAK,CUBA HAMPA CERMIN TGK APA SALAH DIRI HAMPA SBLM NAK KATA KAT ORG TU...AKU NI ADA BUAT SALAH TANG MANA...CACAT TANG MANA PTADBIRAN AKU,SDGKAN SAIDINA OMAR MINTA PANDANGAN MASYARAKAT SERTA TEGURAN SEMASA PEMERINTAHAN,INIKAN PULA TKM HAPRAQ,MENANG PERCUMA,NASIB HANGG...AJA CHOT AIR
3.AKU RASA TKM@ CHOT AIR TU KENAI KA SAPA KETUA2 RANGTING & AJKNYA...RASA TAK,YG DIA TAU SAPA LAWAN AKU,AKU PANCUNG....KETUA RANTING SEMUA MEWAKILI KG & MASYARAKAT,PERNAH KA TANYA HABAQ RANTING2 & MASALAH2 BERBANGKIT,MINTA YG PRO DGN CHOT AIR,KASI BISIK SAMA DIA,LU INGAT LU HEBAT,PENANTI TU LA NANTI MJADI KUBUR POLITIK HG....
4.U TAK SESUAI MJADI AHLI POLITIK,U SESUAI MENJADI PENJAWAT AWAM SJA....
5.APA PERUBAHAN BESAR YG DILAKUKAN OLEH KAMU,TAKAT BAGI JC,AKTIVITI MANCING,RASMI,MBERI KATA2 ALUAN,GTG RYG,SALAM2 (SEMUA TU UMNO DAH BUAT) TONGKOI,DEWAN PUN BAGI ORG UMNO JADIKAN BILIK GERAKAN..
6.CUBA BEZAKAN FB2 PEMIMPIN UMNO DGN PEMIMPIN PKR,RASANYA P.UMNO LEBIH HARD WORKING GO TO PEGUNDI2,AWAS SERVEY ITU PENTING BESERTA FAKTA,JELAS SEKALI ANDA AKAN KALAH....
YG BENAR,
aNDA PEDULI APA
Pak Wahab...awat tak habaq 1300 ahli PKR keluaq masuk UMNO......banyak sikit komisen dapat.....
ReplyDeletebila ceramah anwar dihadiri org ramai yg beratus rstu tu aku dah jangka berita mcm ni akan keluar.
ReplyDeletemungkin dah lama dah keluar cuma skg baru nak di announce kan.
setakat mengabai kws jd isu kecik aje dgn isu pemborosan be end. kawasan tu pun nak perhatian mcm mana. kg aku tu umno mcm tu jugak dr dulu smp skg. rumah je yg bertambah. jln eluk di tar setahun sekali.
SETUJU DENGAN ANDA ANON 2.45 AM..
ReplyDeleteKOnsep dan strategi marketing dalam bisnis tidak di apply dalam politik PKR.. Rakyat dan ahli merupakan 'pelanggan' dan pemimpin dan wakil rakyat adalah 'perniaga'. Bagaimana untuk memuaskan hati pelanggan? Ini perlu difikirkan oleh barisan PKR dengan berkonsepkan perniagaan. Memikirkan kepuasan dan kehendak pelanggan. Menentukan 'harga' keperluan rakyat, promosi secara berterusan terhadap 'produk' yang hendak disampaikan. Produk (barangan dan servis) yang berkualiti perlu ditingkatkan dan pergagihan serta logistik produk (servis dan maklumat) perlu berjalan dengan baik dan lancar. come onlaahhhh.. Macam ni pun Pemimpin2 PKR tak boleh pikirkan ke?
melayu yg menanti sumbangan tak akan maju mana2. kesian orang2 melayu pkr dan umno sentiasa tunggu sumbangan.
ReplyDeleteHampa suma kecoh macammana pun tak ada gunanya...
ReplyDeleteHakikatnya pengaliran keluar parti oleh ahli pakatan semakin laju menjelang PRU13.
Pemimpin hampa bergaduh sesama sendiri dah jadi perkara biasa..
PAKATAN PASTI BUNGKUS
Adoiiyaaiii..!!!
ReplyDeleteAnwar dah nak masuk penjara, Nik Aziz pulak dah nazak !!
Hancur PKR, hancur Pas !!
nampaknya yang untung ialah DAP..
Hasil perjuangan hampa semua ialah melemahkan kuasa melayu/Islam tetapi memperkukuhkan pengaruh DAP
si kafir harbi !
tentu hampa semua dapat balasan syurga kan, kan, kan..
TAHNIAH !!
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.
ReplyDeleteTegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.
Cuba hampa suma jujur pada diri sendiri. Kenapa ahli-ahli pakatan semakin ramai meninggalkan parti..??
Jawabnya ialah kerana pemimpin hampa suma tak betul..!!!
pak wahab oi,,aku ingat hang dah belah dari dulu lagii,,lepas balas peruntukan dulu,,,,
ReplyDeleteYg tak iklas dlm perjuangan tu baik keluar daripada belut kemudian hari...depa ini tak faham maksud perjuangan ..kalau nak habuan masuk lah Umnooooo
ReplyDeleterakab@bakar yg lebih bangang dr pak wahab tu...
ReplyDeletewooiii, masuk pi la umno tak heran aiihhh... bangang punya org, umno to lagu kapai bocoq tunggu masa nak tengelam...
ReplyDeleteesuk ni bila dah tengelam kita tengok muka sekoq2 lagu mana...
Kesian aku tengok org tua ini ....saat2 di umur senja pun masih buta hati...
ReplyDeleteSebenarnya Datuk Zainal masuk kampong nak cari anak dara bini dia dah mati....
ReplyDeletetak kan hangpa taktau...
jenis otak penipu...
kah...kah....kah...
Ibarat sireh pulang ke gagang. Kalau tak puashati dengan PKR masuklah PAS, tapi kalau kembali ke UMNO nampak macam nak ghuyub teruslah.
ReplyDeletecerita keluar masuk waa tak2 heran,selupa peliq rakab woo,asik memburit najis nazak,dok conner baring lagi kat Rospig...kah,kah,kah..
ReplyDeleteSiallah macai pkr yang berlakon aku ni..rakab tu kawan aku tau tak..
ReplyDeletepkr jahanam...
pak wahab dok pulun apa lagi....dah selit macam-macam lepas tu keluar parti....pak wahab buat cmtu igt org tanah liat nk heran,pak wahab igt masuk umno igt depa nk bg jadi ketua cawangan,pakai jadi pencacai lar pak wahab oiii....kalu jenis keluar masuk parti ini igt bgus ka,pak wahab ini org x dak pendirian,jenis kelapar duit..apa punya bangsat lar pak wahab.
ReplyDeletePak wahab , setiap perjuangan perlukan keikhlasan n perkorbanan , kita. Perlukan perubahan kerana terlalu byk kepincangan dalam kerajaan yg sediaada ...utk masa depan ,,kalau mcm begitu pun tak boleh di fahami , maseh penting kan wang ringgit dalam saat tahap critical ini ,,,,susah lah ,,,,pi masuk lah Unnooo penipu / yg tidak amanah tu....membetulkan keadaan Umnoo B:end sudah menjadi tanngungjawab kita skrg...SEDARLah,,,,
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!