Akta Himpunan Aman 2011 sesuai untuk negara tidak bertamadun?



Persatuan Undang-Undang Asia dan Pasifik (Law Asia) menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai bercanggah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.


“Akta itu melanggar norma hak asasi manusia secara langsung dan tidak langsung, yang dinyatakan melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat – Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan,” kata Presidennya, Malathi Das.

Menurut Malathi, Law Asia membantah undang-undang tersebut kerana ia mengekang himpunan aman yang menjadi amalan biasa di negara-negara bertamadun yang lain.

“Law Asia mendapati akta ini memberi sekatan teruk dan ini tidak dapat diterima negara-negara bertamadun ekoran sekatan terhadap demonstrasi jalanan, mengambil kira had umur peserta yang menghadiri perhimpunan. Malah prosedur membebankan termasuk perlu mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan,” katanya.

Tambahnya kerajaan Malaysia turut meluluskan akta perhimpunan amam ini diluluskan dengan tergesa-gesa serta dibahaskan di Parlimen dengan masa yang singkat.

“Kerajaan hanya memberikan sedikit masa bagi ahli-ahli parlimen masih belum membiasakan diri dalam dengan kekangan terhadap kebebasan berhimpun yang masih boleh dibahaskan dengan masa yang tidak cukup bagi berunding dengan orang ramai.”

“Perhimpunan aman melalui jalan perarakan boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan akta yang menyekat seperti Akta Perhimpunan Aman,” kata Malathi.

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pada masa sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta tersebut.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut.

Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.

Namun, selepas mendapat tekanan dan bantahan dari rakyat, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.

Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.


Photobucket

http://www.keadilandaily.com/?p=24010

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini ada satu perkara yang aku mintak kau orang fikirkan dengan tenang dan rasional..

    Ucapan dasar Azmin Ali merujuk PKR sebagai Children of Light, terma yang digunakan dalam kitab Injil penganut Kristian.

    Istilah ‘children of light’ ini hanya terdapat dalam agama Kristian !!

    Seorang pelajar Phd IIUM mula memberikan arguments bahawa istilah yang digunakan Azmin Ali memang mempunyai konotasi Kristianiti yang sangat nyata .

    Kau orang fikir laa sendiri

    ReplyDelete
  2. Fitnah ni rakab anjing babi khinzir...

    ReplyDelete
  3. nak habaq mai

    nik aziz takda cakap apa thatmean ok la nak habaq mai,apa la hang..hang belum pekena kopi free kot dok kalut rakab.

    ReplyDelete
  4. badaq ayaq,

    Dah tengah malam baru hang nak muncul..!

    hang dah tengok video ustaz muda Pas angkat darjat Nik Aziz sebagai nabi ??

    makin rosak puak paih ni, badaq ooooiiii...!!

    ReplyDelete
  5. nak habaq mai

    superimpose tu,aku kenai ustat tu,perot dia tak buncit,videoq tu buncit semacam,superimpose..banyak minum kopi free sampei buat pitnah.tak baik hang nak habaq mai.

    ReplyDelete
  6. haha....tak payahlah nk kecoh sgt pasal phimpunan ni. Lps PRU13 perarakan besar-besaran kat jalanraya akan di benarkan tanpa kawalan polis, kite tunggu jelah....harap PR kotakan janji tu...

    ReplyDelete
  7. kalau aku jadi PKR pedulikan Assembly bill tu....Akta itu akan backfired pada B-END nanti.....

    ReplyDelete
  8. kalau semua tak tau child of light tu maksudnya ...
    child- adalah kanak2 yg berumur dari 1 tahun hingga 12 tahun.

    light -adalah cahaya yg dijanakan oleh kuasa hidro atau sumber tenaga yg lain dan TNB sebagai penyelenggara yg berwajib

    jadi persoalan tu sudah dirungkaikan oleh saya sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post