Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau adalah seorang "winnable candidate" iaitu calon boleh menang untuk Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga ADUN Perlis kawasan Tambun Tulang berkata keyakinannya itu berdasarkan pandangan rakyat terutama di kawasan yang diwakilinya.
"Semua rakyat tahu. Kalau tidak ada hal saya tak akan keluar dari Perlis. Saya akan duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja... jumpa rakyat dan sebagainya. Kalau macam itu bukan 'winnable candidate', apa makna sebenarnya?" katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding semula pada pilihan raya umum datang, Shahidan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Arau, itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
Masalah rakyat
Dalam laman Facebook beliau, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian iaitu baik, sederhana baik, buruk, terburuk kepada mereka.
"Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa saya buat macam itu.
"Masalahnya rakyat dah bercakap (menilai) macam itu. Bukan kita yang buat penilaian tetapi rakyat yang membuat penilaian. Jadi saya bagi pandangan rakyat apa yang berlaku. Kita bercakap (mengenai winnable candidate) tapi tak ada ciri yang jelas," katanya.
Shahidan berkata bahawa dalam menyelesaikan masalah rakyat, seorang calon boleh menang tidak akan memberi alasan tidak ada peruntukan dan sebagainya, sebaliknya perlu berikhtiar dan berusaha termasuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
"Rakyat tak faham (soal peruntukan) itu. Kalau calon boleh menang, dia perlu berkorban. Tetapi pada masa yang sama hakikatnya ialah bukan semua masalah boleh diselesaikan serta merta oleh kerajaan," katanya.
Mengenai senario politik semasa, beliau berkata negara tidak akan kekal aman sekiranya kemenangan berpihak kepada minoriti yang mahu menguasai majoriti.
Mewakili nisbah
Katanya penduduk Malaysia merangkumi 67 peratus kaum Melayu dan bumiputera, 22 peratus Cina dan lapan peratus India, jadi kemenangan wakil rakyat mesti mewakili nisbah mengikut kaum untuk keharmonian negara.
"PAS tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah pun, bolehkah dia mewakili rakyat secara keseluruhan?" kata Shahidan.
Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang dengan syarat parti dapat memperkukuhkan perpaduan anggota dan mempunyai jentera pilihan raya yang berkesan.
"Kita boleh menang dengan cemerlang dan boleh kalah dengan teruk. Isu dalaman kena diperbetulkan. Begitu juga dengan orang yang menyokong MCA. Tapi di peringkat akar umbi, jentera sudah bergerak di seluruh negeri," katanya.
Shahidan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah menunjukkan jalan terbaik dan memberi contoh kepada kepimpinan peringkat bawahan supaya bermula sekarang bagi memenangi hati rakyat.
"Siapa yang tak mahu ikut perubahan dia mesti diubah," katanya.
- Bernama
pengangguran negeri-negeri di Malaysia..mana teruk?..negeri PR atau BN? http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/kadar...
ReplyDeleteMemang patut pun Shahidan jadi calon...sebab dia berpengalaman sebagai adun, ahli parlimen dan menteri besar..
ReplyDeleteTerpulanglah kepada sokongan masyarakat setempat terutama di Tambun Tulang..
Woi rakab oiii... ni la org sebut 'masuk bakul sendri angkat maa' tapi sebab Sahidan badan besor.. mau pecah bakul dia masuk so kena la 'Masuk Tong Taik sendiri angkat'..
ReplyDeletep/s Ko ni rakab kalau tak membodek tak sah.. kalau beri komen pasai UMNGOK mesti mengampu.. kalau tak ngankat telur pemimpin UMNGOK bukan rakab la tu..
Wlupun aku anti umno tapi aku sokong apa yg Shahidan ckp, dia memang calon terbaik.. ramai rakyat perlis yg syg kat dia. mana x syg, dia antara pemimpin umno yg paling suka membantu aku pernah jumpa.. dia xmcm pemimpin umno yg lain yg pentingkan diri dari rakyat...
ReplyDeleteapa lah harapan dan kemahuan warga perlis jika dibandingkan dgn warga kapar atau kws di johor. Pasukan Bola pun tak kemana mana? Bagus lg si anuar musa. banjir pun tak seteruk KL atau Kajang.
ReplyDeletedia cuma terima penilain dr rakyat tp bagaimana pulak penilaian wakil rakyat atau calun lain terhdp dia sbg pemimpin bukan sbg wakil rakyat tp sb MB.
masalah peruntukan akan jd masalah krn peruntukan calun menang akan diberi kpd calun sederhana menang. selamat duit poket calun sederhana menang. ini lah pengorbanan calun menang yg dikatakan itu.
jentera dan ahli parti tahu hal peruntukan ni. sb tu kali ini mrk akan mtk lebih.
lg satu kalau dah 67% melayu apa masalah PAS memerintah. hakikat ini pakatan sedar dan ingat sekarang ini peratus melayu yg tidak suka umno tlh bertambah. umno/bee end pun bukan mewakili rakyat keseluruhan sb yg mengundi peratusannya tdak jauh berbeza. tp rakyat akur siapa menang dia lah pimpin kjaan.
selagi kehendak dan kemahuan rakyat di perlis tak berubah selagi tu lah shahidan selamat. mrk merasa cukup dgn apa yg ada.
oooooooooo cik non 8.05,
ReplyDeleteHang celik jer bijik mata terus
maki aku noooo...
apa yang aku ampu Shahidan tuu..??
bukan dia kenai aku punnnn...
aku sokong Shahidan jadi calon sebab dia berpengalaman luas...
Kenapa ?? Puak pakatan rasa gentar kaaa..??
rakab yg bangang,
ReplyDeletetak gentar....
lawak geli terkentut2....
jaga bini pun menipu...
mat kongkek nak tanding lagi?
kah...kah...kah....
Sudah la shahidan ooi. Nanti rahsia hang orang korek habis habis baru tau. Duduk diam diam sajalah. Duit pun dah banyak.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!