Anwar tidak nafi berada di kondominium - Utusan

Cuba korang baca bagaimana Lidah Rasmi UMNO melaporkan tentang kes tuduhan liwat ini.. ianya cuba membuktikan sememangnya Anwar bersalah hanya kerana beliau tidak menafikan telah berada di kondominium itu..




Senjata makan tuan. Itulah yang berlaku kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila keterangan membela diri dari kandang tertuduh yang dibuat sebelum ini tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

Tidak cukup dengan itu, keterangan tanpa sumpah itu yang lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar kesnya tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tertuduh juga pada bila-bila masa tidak pernah membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan bagaimana air maninya boleh ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Perkara tersebut merupakan antara keterangan yang langsung tidak dinafikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinyatakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden selama hampir tiga jam di Mahkamah Tinggi di sini pada penggulungan hujah di akhir kes pembelaan.

Keterangan yang tidak dinafikan antara lainnya adalah Anwar telah menghubungi Ketua Staf beliau, Ibrahim Yaakob supaya sekeping sampul surat diserahkan kepadanya di kondominium itu. Mohd. Saiful Bukhari telah menyerahkan sampul surat itu kepada tertuduh di unit 11-5-1 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada hari tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan tertuduh tiba serta meninggalkan tempat berkenaan selepas kejadian.

“Selain daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh tertuduh mengenai keterangan pengadu dan lain-lain saksi pendakwaan, adalah penting untuk menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah memberikan versinya mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 dan 4.30 petang di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, tempat kejadian itu didakwa berlaku,” hujahnya.

Mengenai isu konspirasi pula, Mohd. Yusof berhujah, Anwar sendiri, dalam afidavit yang difailkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan permohonan mengetepikan sapina, menyatakan bahawa tujuan beliau memanggil pasangan itu bukanlah untuk menuduh mereka terlibat dalam konspirasi.

Secara keseluruhannya, hanya sedikit keterangan Anwar dari kandang tertuduh yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi olehnya.

Sementara itu, menurut Mohd. Yusof, saksi penyanggah, Dr. S. Jeyaindran sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak langsung menunjukkan rasa sakit sewaktu pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Julai 2008 malah mampu menanggalkan pakaiannya dan duduk di meja pemeriksaan tanpa bantuan mahupun dibatasi rasa sakit.

“Ini adalah penting kerana pemerhatian ini dibuat oleh seorang doktor yang telah membuat pemeriksaan ke atas tertuduh pada 16 Julai 2008 iaitu kurang sebulan dari tarikh kejadian didakwa berlaku berbanding Dr. Thomas Hoogland yang tidak pernah berjumpa dengan tertuduh untuk tempoh enam tahun selepas pembedahannya pada 2004,” kata Mohd. Yusof.

Mengenai seorang lagi saksi pakar luar negara, Dr. Brian McDonald, Mohd. Yusof menyifatkan saksi tersebut adalah saksi pakar berbayar yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam menjalankan pelbagai ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) berbanding pakar kimia tempatan Dr. Seah Lay Hong.

Tindakan pakar luar negara itu memberikan komen-komen liar dan menyatakan bahawa langkah-langkah yang dibuat oleh Lay Hong dalam menjalankan analisis DNA adalah kerja-kerja yang hanya dilakukan oleh robot di negaranya adalah satu perkara yang sangat dipertikaikan dan menyeleweng.

“Bukan sahaja dalam kes kita, malah kes-kes lain juga kredibiliti, kepakaran, kelayakan dan objektiviti Dr. McDonald telah dipertikaikan. Antaranya dalam kes Robert Charles Bropho apabila hakim Goetze DCJ telah menolak keterangannya,” kata Mohd. Yusof.

Timbalan Pendakwa Raya itu untuk beberapa minit yang berikutnya menyenaraikan beberapa lagi kes luar negara yang mana hakim-hakim yang mengendalikan kes tersebut mempertikaikan ‘kepakaran’ McDonald.

“Atas segala bukti yang dikemukakan oleh pembelaan di akhir kesnya, adalah jelas bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh tertuduh telah berjaya dibuktikan melangkaui keraguan munasabah. Tertuduh perlu disabitkan dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” kata Mohd. Yusof.

Sebelum mengakhiri hujahnya, Peguam Cara Negara II itu memetik kata-kata seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang antaranya menyebut bahawa keterangan tertuduh yang dibuat melalui kandang tertuduh, yang tidak boleh disoal balas oleh sesiapa tidak boleh diberi beban pembuktian yang sama dengan seseorang yang memberi keterangan dari kandang saksi.

Sejurus selepas Mohd. Yusof selesai berhujah, peguam bela utama tertuduh, Karpal Singh memohon agar pihaknya diberi masa untuk membuat hujah balas.

Mahkamah menetapkan Khamis ini untuk barisan pembelaan berbuat demikian.

Lidah Rasmi UMNO

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hujah pendakwa yang cukup dangkal dan mudah untuk dipatahkan.. tetapi akan daya apabila mereka hanya memekakkan telinga dan membutakan mata segala bukti dan kebenaran yang jelas hanya semata-mata 'untuk hidup senang' pada masa hadapan..

    ReplyDelete
  2. hujah pembela pulak , iaitu karpal singh :

    "kejadian liwat tu berlaku atas kerelaan saiful . jika saiful tak rela dia boleh melarikan diri ke kondominium sebelah ".

    tak pasti ... ini adalah hujah pembelaan atau hujah pengakuan atau 2 dalam 1 . ehhehhehhe......

    Anwar tak bersalah dari segi undang-undang sebab liwat tu berlaku atas dasar suka sama suka .

    Tapi karpal lupa yang aku dan segenap rakyat melaysia tidak sanggup untuk menjadi pengikut kepada pemimpin yang menggunakan jalan belakang untuk memuaskan nafsu nya .

    hehehhehhe....

    ReplyDelete
  3. Aku xberani nak kata Anwar betul atau salah, tapi yg pasti Anwar kena berundur dari PKR.. sama mcm kak ijat yg ditekan oleh org umno sendiri untuk berundur, Anwar juga patut ditekan berundur..

    ReplyDelete
  4. tujuan karpal mengatakan berlakunya liwat atas kerelaan saifool adalah perangkap utk membutikan yg saifool hny mengada kan cerita dia diliwat dan seorg yg suka berbohong.

    ini krn pertuduhan yg dikenakan kdd anwar ialah suka sama suka sdgkan selepas itu dlm keterangan saifool mengatakan dia kena liwat tanpa kerealaan.

    kita sdg ckp ttg undang undang. kalau suka sama suka tidak salah di segi undang undang apa guna nya anwar di dakwa? Undang undang jelas mengatakan suka sama suka tak salah. Jelas. Biar rakyat yg menghukum anwar jika rakyat tak sanggup pemimpin yg dikatakan meliwat suka sama sukan. Bukan Mahkamah.

    mahkamah pun tak peduli samada suka sama suka atau tidak. krn kalau suka sama suka mahkamah tak leh buat apa apa, tp kalau tidak rela mahkamah kena tolak kes sbb pertuduhan menyatakan suka sama suka.

    rakyat tak suka dan paling benci bila undang undang di gunakan utk kepentingan org tertentu. kalau undang undang boleh diperlakukan begini musnah lah sistem negara.


    PATI = Pejuang Allah Tegak Islam

    ReplyDelete
  5. Anon 10:13 AM

    Mmg Anwar di tuduh spy dia berundur dr politik. Kalau diganti kan dgn org lain dan umngok membuat tudahan spt ini adakah ketua parti tsbt kena berundur? Jd tak de fullstop.

    Shahrizat bukan di suruh berundur dr Politk tp dr jd Menteri. Dia nak jd Ketua Wanita seumur hidup pun lantak lah dgn umngok.


    Tidak adil kita kpd anwar atau kpd pemimpin yg akan dtg yg mungkin lebih baik dr anwar diperlakukan begini. dlm umngok terbukti krn itu lah pengikut nya membabi buta mengiyakan kata kata pemimpin mrk.

    ReplyDelete
  6. Kepada semua para sahabat yang telah membuat komen......terima kasih.

    DALAM KONTEKS INI KITA SEWAJARNYA MELIHAT DARI BEBERAPA SUDUT YANG MUNASABAH.........DIMANA LETAKNYA 'PERADABAN DAN TAMADDUN' MANUSIA DAN ISLAM KESELURUHANNYA???? INI YANG PERLU DIPERBINCANGKAN......BUKAN SEKADAR KITA MEMBINCANG TENTANG UNDANG-UNDANG MANUSIA.......LEBIH PENTING LAGI ADALAH UNDANG-UNDANG ALLAH YANG TERMAKTUB DALAM AL-QUR'AN DAN SEBAHAGIAN BESAR HADITH SOHEH.

    JUSTERU ITU, SEBAGAI UMMAT ISLAM YANG BERPEGANG KEPADA HUKUM SYARAK DAN MEMPERTAHANKAN KEAGUNGGAN AGAMA ISLAM, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYATAKAN YANG HAQ DAN MENOLAK SEGALA YANG BATHIL......

    SAMADA SECARA SEDAR ATAUPUN TIDAK, KITA SEMUA TELAH DIUJI OLEH ALLAH swt DENGAN PELBAGAI UJIAN.....SEDARLAH BAHAWA ALLAH AMAT BENCI KEPADA HAMBANYA YANG SUKA KEPADA PERKARA YANG BATHIL.

    ReplyDelete
  7. menjawab isu Sabah dan Sarawak yang anti-Semenanjung...
    http://batuditepijalan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Jika betul Anwar tidak bersalah tetapi dijatuhkan hukuman atas konspirasi maka Syurga lah tempat yang selayaknya untuk beliau.Jika betul Anwar melakukan liwat maka hukuman setimpal perlu dijatuhkan. Jika dia terlepas dari hukuman di dunia maka dia pasti tidak akan terlepas hukuman di akhirat. Neraka jahanam lah yang menanti. Mengapa kita perlu bergaduh, caci maki,menghina sesama sendiri. Allah itu maha adil. Yakin dan percaya lah. Hanya orang yang tidak yakin dengan keadilan Allah saja yang terus menerus menyalahkan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  9. siap ada tagline PATI tu

    PATI = Pejuang Allah Tegak Islam

    tapi pada masa sama ... berjuang untuk membela seorang peliwat dan seorang yang melanggan pelacur China.

    Bertaubatlah ... buat malu jer . Mencemarkan kemuliaan kalimah Allah demi merebut kuasa politik .

    ReplyDelete
  10. wahai umat islam semalaysia, bangunlah untuk keadilan... semua orang boleh tuduh anwar seorang peliwat tapi bukti dari segi islam tak menunjukan begitu dan semua orang tau dia sepatutnya dibicarakan di mahkamah islam...
    ingat apabila belaku kezaliman begini, bala allah akan turun dan tak mengenal sesiapa termasuklah kita semua... kalau tak hari ni, esuk, kalau tak esuk pasti berlaku akibat kezaliman manusia itu sendiri...
    Najib, UMNO dan BN... kamu la punca turunnya bala allah... sejak akhir2 ini KL dah dilanda banjir, tak lama lagi akan jadilah seperti Bangkok, mungkin lebih teruk!!!

    ReplyDelete
  11. letak la bukti mcm mna pun..penyokong2 pkr n anwar tetap x kan percaya..bn ttp yg salah sbb cri salah anwar...betapa hebatnya seorang anwar ibrahim

    ReplyDelete
  12. PATI tu maknanya Pendatang Asing Tanpa Izin,..title khusus untuk
    pecacai pakatan yang tak bernama,..
    tak ada mykad ler tuu...

    heheheheee...

    ReplyDelete
  13. anon 9;50am
    aku sebagai rakyat malaysia yg cintakan negara ini lagi tak snngup melihat negara kita di di duduki oleh pendatang asing yg dengan mudah mendapat kerakyatan.aku juga tak sanggup melihat pemimpin negara ini terdiri daripada mereka yang mangamalkan rasuah, yang hanya tau cari salah orang saja.pembodek,yang hanya tau membazirkan wang rakyat saja.

    ReplyDelete
  14. Menyampah betul tengok Bangla, Indon,Mayammar,Filipine dan Nepal ,Pak Hitam berselepah di Malaysiai ini.....tak tau lah apa lah jadi dgn kerajaan kita ini..... Kes A nwar sepatutnya dibicarakan di mahkamah syariah,,,kata tegakkan Islam ,mahkamah syariah tak di gunakan....

    ReplyDelete
  15. Maka bersegeralah hantu pelesit keluar untuk menyatakan fitnah itu satu perkara yang mulia yang dipersetujui pula oleh Hakim-Hakim dunia tanpa menghiraukan hukum-hukum Allah. Memang di dunia ini anda boleh buat apa saja dengan bertujuan mendapatkan harta dan wang semata-mata. Mungkin hari ini, besok atau lusa anda masih tiada di apa-apa, namun Allah tidak lupa segala-gala nya.

    ReplyDelete
  16. nak tny cekli sikit.. jd dlm berpegang hukum dan mempertahankan islam ni tentu ada pentujuk nyata yg mana lebih benar dr yg benar dan mana yg benar dgn yg palsu.

    adakah perjalanan kes fitnah ini dr awal tlh mengikut hukum yg diadili oleh mahkamah syariah spt yg dimintak oleh yg kena tuduh. adakah keadilan antara seorg yg dipilih tokoh islam dgn seorg pembancuh teh dng rekod yg boleh diragui. siapa yg lebih mendpt keuntungan dan siapakah yg lebih rugi.

    dlm byk hal dan perbuatan kita, kita perlu pastikan yg mana gerak allah dan yg mana gerak nafsu.

    Jd tahu tak kenapa PATI tu maknanya
    Pejuang Allah Tegak Islam.

    ibrahim 11:17 am

    kau patut ckp pendirian kau ni kpd pemimpin umngok. spt kata cikli kita diuji. dlm kes fitnah ini kita diuji. dgn keimanan kita dgn ilmu kita skg ini lah yg akan menentukan tempat kita disana. bg yg tdak mengambil peduli awal awal mrk tlh menempah tempat. tp bg spt rakab dan pPAS mmg lah pilihan mrk tempat jahanam. jd kita biarkan?

    anon 11:19 am

    macamana aku nak percaya dia peliwat dan langgan pelacur. awal awal lg dah byk keraguan. boleh pulak jumpa najib dulu. boleh pulak serah diri diliwat 6 kali .. ada lebih dr 4 air mani ...byk laaa.. yg pelacur tu cuma video je yg boleh di ubah dibuat dgn teknologi moden. contoh kes Bekas Ketua Polis mmg kalau dia tak nafi gambar tu mirip dia.

    berebut kuasa politik utk tegak kan Islam tak salah. membela org yg dituduh dng rekod baik sbg tokoh islam di peringkat antarabangsa pun tak salah.

    PATI = Pejuang Allah Tegak Islam.

    Bila rakab tag aku PATI aku tenguk dia tak bagi maksud PATI dng pentunjuk Allah aku dpt maknanya iaitu Pejuang Allah Tegak Islam. kalau otak aku yg fikir tanpa bantuan Allah susah nak dapt makna yg bermakna ni.

    Salah rakab benggap. sebut PATI je.
    dia kata aku pro pakatan yg tak bernama so dia tag aku PATI TETAPI skg aku dah ada nama TAG aku ialah Pejuang Allah Tegak Islam. faham tak, rakab? aku dah ada nama tau. PATI@Pejaung Allah Tegak Islam.

    Malam ini Rakab susah tido sb terngiya ngiya perkataan Penjuang Allah Tegak Islam.


    PATI@Pejaung Allah Tegak Islam.

    ReplyDelete
  17. Ya ALLAH selamatkanlah bumi Malaysia daripada. Pemimpin yg zalim dan tidak adil......Aku takut akan bala yg ALLAH akan timpakan pada bumi Msia ....SEdAr lah dan bertaubat lah manusia yg zalim....yg perangai mcm FIraun....ingatlah janji ALLAH itu benar....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post