Nampak semakin menarik Scandal Fidlot ni.. Mahathir cuma mendesak Shahrizat meletakkan jawatan tapi dalam masa yang sama beliau pura-pura tak nampak bahawa Muhyiddin adalah orang yang bertanggungjawab menganugerahkan NFC kepada Suami dan anak Shahrizat.
Jika Shahrizat meletakkan jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana NFC oleh suami dan anaknya, Muhyiddin juga seterusnya akan didesak untuk berundur kerana bertanggungjawab menyerahkan projek NFC kepada suami dan anak Shahrizat.
Jika ini berlaku.. tapi hakikatnya kemungkinan ini berlaku adalah tipis, siapa yang semakin hampir kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Siapa lagi kalau bukan anak Mahathir sendiri.. Hmmm... patutla ada pihak disebelah sana serah dokumen kepada PKR..
Jika Shahrizat meletakkan jawatan kerana berasa bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan dana NFC oleh suami dan anaknya, Muhyiddin juga seterusnya akan didesak untuk berundur kerana bertanggungjawab menyerahkan projek NFC kepada suami dan anak Shahrizat.
Jika ini berlaku.. tapi hakikatnya kemungkinan ini berlaku adalah tipis, siapa yang semakin hampir kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Siapa lagi kalau bukan anak Mahathir sendiri.. Hmmm... patutla ada pihak disebelah sana serah dokumen kepada PKR..
******************************************
PAS: Muhyiddin, semua terlibat kes NFC perlu letak jawatan
KUALA LUMPUR, 12 Dis – PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.
“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.
“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu.
Bulan lalu, Muhyiddin berkata tidak wajar pemimpin Umno meminta Shahrizat berundur.
“Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini.
“Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.
“Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?” soal beliau.
Tuan Ibrahim menambah, Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.
Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.
“Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.
“Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur,” tambah beliau.
The Malaysian Insider
Lebih senang jika UMNO dibubarkan sahaja. Ada pun buat busuk je.
ReplyDelete20 persen.
ReplyDeleteMuhyidin patut sekat segala bentuk projek, kontrak daripada diberi kepada kroni-kroni pakatan. biar
ReplyDeletedia mati kering.
kihkihkih..biar padan muka dia..
Senang kita tumbangkan B-end je habis cerita....
ReplyDeletePKR parti temberang !
ReplyDeleteAhli tak berapa kerat tapi cita-cita tinggi...kesiannya,
jentera pilihanraya harapkan Pas !
undi harapkan Dap !
Pas dengan Dap sekarang bermasalah dalam parti masing-masing...
PKr terkontang-kanting !!
BYE-BYE PAKATAN
nak habaq mai
ReplyDeletedap dan pas bagai isi dan kuku
malah lebih rapat dari itu
isi&kuku pun tak buleh celen tau?
minum kopi free beqsama selalu
badaq ayaq,
ReplyDeleteAku setuju....Dap dan Pas akan tenggelam bersama-sama pkr nanti..
TALKIN UNTUK PAKATAN
8:47 anon
ReplyDeletera kab dah meminati bombo sebab huraian bombo pada rakab tak terjawab sentiasa memburit je,mamak tua kata umno akan tutup tabir pru 13,habislah kroni yg berpaut hasil dgn umnog,muflisi nalahuddi....kah,kah,kah...
rakab masih lena dibawah ketiak busuk rosmah rupanya.... puak pr tak seberapa kerat kata kau ye... takpe.. masa ni kau boleh cakap.. tapi jgn takbur.. kalau Allah kata jadi maka jadilah ia. brp org dah pemerintah luar tumbang mutakhir ni.. inikan pula umnok kau yg satu persatu dah terbongkar kebusukannya. tapi ditakdirkan umnok kalah pru13 nnti tlg jgn terjun flat ye...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!