Bukan saya yang kawin dengan Syella - Musa Hassan


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.
Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. 

Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah. 

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya. 

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu. 

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini. 

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. 

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu. 

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut. 

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. 

Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara. 

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet. 

Dipetik dari Lidah Rasmi UMNO (Utusan)

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hahahahaaaa....

    Bloggers pakatan kantoi lagi...!!!

    fitnah! fitnah! fitnah!!

    tak ada kerja lain lagi ker..??

    ReplyDelete
  2. tunggu dulu rakab simpan dulu komen dan ejekan kau tu..

    kadang kadang org ni tembak simen yg kena hidung. Tahu tak jawapan teka teki ni? dah berpantun kita berteka teki pulak.. apamacam.

    yg sekaya mcm tu selalunya dr kalangan umno atau yg ada kaintan dgn umno.

    ReplyDelete
  3. alahai non 6.16,

    Kau cabarlah aku lumba lari ke..,
    main batu seremban ke,..tak pun lawan makan ! best jugak !!

    ini lawan pantun, teka-teki,...

    adooiyaiii..

    ReplyDelete
  4. Yang kaya atau yang miskin memang ada kaitan dengan Umno..,sebab Umno yang memerintah negara ni sejak merdeka.

    Blogger tu patut pastikan individu itu TS Musa atau bukan,..
    sebelum hebahkan cerita..

    supaya tak timbuk fitnah !

    ReplyDelete
  5. hahaha.... sengal punya rakab... tu bloger hiburan punya keje la.. bukannya bloger politik lah dol.... itu lah yg terjadi kat puak2 umnonok ni skrg. semua nak tuding ke pakatan. takut ngan bayang2 sendirilah tu namanya...

    ReplyDelete
  6. Ada cerita musang pulak? Musang tua belum mampus?

    ReplyDelete
  7. nak habaq mai

    betoi la tu takut kat bayang,org tanya jam omega wan aizah mana takut.rilek ja.pas pun mana dok ada takut bankrup ka apa ka la ni depa depa bagi kopi free.kalau ikut2 buleh bankrup tu,tapi pas rilek ja.

    ReplyDelete
  8. hahahahaaaa...

    badaq ayaqqqqqq..!!!

    Selangor dapat ayaq freeee...!!
    banyak ooooooo.......

    ReplyDelete
  9. nak habaq mai

    rakab la ni baru hang dok nak sokong aku kan..tau pun hang.aku bangga pasai hang dah mula syukoq dapat ayaq free.baguih baguih.hang sabaq ja rakab menang pru13 nanti cendol free nak habaq mai,ais kena beli sendiri la bukan ka.la ni apa yg peqlu hang buat,hang cuma kena rajin ulangkaji sejarah chin peng ja.

    ReplyDelete
  10. rakab anjing babi khinzir..

    hahaha.. wartawan hiburan yg tulis ko salahkan blogger pakatan lak..

    hahaha.. mmg anjing la ko ni rakab..

    ReplyDelete
  11. sudah2 la buat fitnah tu asd oi..ko xtkt neraka ke.

    ReplyDelete
  12. Oi musa..... Inilah yg dikata KARMA! ALLAH tak pernah lupa! Bila tiba masanya........

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post