'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC?



Pada 26 Disember lalu, The Malaysian Insider melaporkan menurut pihak polis, seorang 'Datuk' dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)ditahan atas dakwaan cubaan merasuah (baca di SINI) tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial sejumlah RM1.7 juta.


Tetapi hari ini lelaki tersebut yang telah didakwa dimahkamah hari ini dituduh menipu pengerusi National Feedlot Corporation..

Apakejadahnya ni??

Apa yang kelihatan disini ialah ada pihak yang cuba menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pengerusi NFC itu seorang yang lurus.. oleh itu beliau telah menjadi mangsa penipuan.. ditipu untuk membeli Kondo di One Menerong, ditipu untuk pergi Umrah, ditipu untuk makan angin, membeli Merc dan membeli kondo di Singapura..

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Seorang ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin merekodkan pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa menipu Mohamad Salleh supaya menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta di Solaris Mont Kiara pada 25 November hingga 6 Disember 2011.

Beliau juga didakwa atas tuduhan menjanjikan Mohamad Salleh untuk memberikan “khidmat perundingan” yang diketahuinya tidak boleh ditunaikan, untuk satu jumlah bayaran.

Beliau didakwa melakukan perbuatan di satu restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Mohamad Salleh telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Malaysiakini

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. apasal ko sembab sangat,siasatan polis dah bermula sejak 2 bulan lepas kes seleweng duit nfc.

    isu rafizi kopi boy bangkitkan tu lain pulak..isu tak sama dol..

    ReplyDelete
  2. Baca dulu tropicana.. baru komen.. kan dah nampak menyerbu membabi buta.. nampak bodoh sangat...

    ReplyDelete
  3. Lelaki yang menipu lelaki yang menipu kerajaan lebih di utamakan oleh AG. Berapa wang telibat ? RM2-3 juta. Kes NFC ,RM 250 juta terlibat. Tapi kes belum buka pulaq. Heran bin ajaib!

    ReplyDelete
  4. Siapa tipu siapa sekarang ni ..

    ReplyDelete
  5. Memang dua issue yg berlainan ,,tapi Menyalahguna Dana Awam patut di utamakan....

    ReplyDelete
  6. Wayang kulit akhir tahun.
    Muka senyum siapa nak caya. Bodoh punya pelakun.

    Aku tak heran Datuk tipu ni nanti akan mengaku bahawa semua urus niaga pembelian kondo, kereta, tanah, umrah, melancung, hutang pihutang, pinjam meminjam dalam syarikat NFC adalah melalui dia selaku orang ketiga tanpa pengetahuan pengurus besar NFC, Shahrizat akan tersenyum lebar...bangang 1Malaysia. Padan Muka Rakyat Malaysia kena tipu lagi.
    Lama juga Gani Pak tahi nak buat skrip ni. Kita orang siang-siang dah tahu.

    ReplyDelete
  7. Mana rakab lembu? Suka aku nk dengar spin lembu si rakab bodoh lembu ni..
    Heeeee

    ReplyDelete
  8. tropicana kau dah sedar ke apa kesalahan kebodohan kau punya komen

    ReplyDelete
  9. yg ni memang betul kena ikut tingkap

    ReplyDelete
  10. Tak logic langsung laki Izat kena tipu dgn "datuk " ini.....wayang je tu....

    ReplyDelete
  11. aku mintak maaf lah .. aku tak tahu lah nak anggap apa 4-5 org yg mengiringi okt ni.

    mungkin dia org ni lah yg cuba di rasuahkan tetapi yg kena tipu pengerusi NFC..

    emmh baik tnguk citer tamil daa

    ReplyDelete
  12. Tayang wayang akhir tahun......

    ReplyDelete
  13. masa mencari kambing hitam. kalu ikut kasta perundangan msia, datuk ni lg rendah kastanya banding kluarga menteri.

    ReplyDelete
  14. puki mak lu tropicana....
    kah....kah....kah.....
    bahalul bertempat.....

    ReplyDelete
  15. haaa...lambatnye nk selesai, lepas ni kita tggu pulak sape nak saman sape...mcm2 kenyataan dah keluar...jangan bagi can mesti saman ratus2 juta sharizat ke rafizi ke same je..........tungguuu

    ReplyDelete
  16. Kalau betul Chairman NFC ditipu oleh Mamat sorang ni, maknanya dia ni memang kurang cerdik. Apa punya businessman buat deal kat restoran dan pastu buat payment sampai RM1.7 mil tanpa Mamat ni buat apa2 kerja. Jadi siapa pulak yg lagi tak cerdik bagi RM250 mil kpd Chairman NFC yg kurang cerdik ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post