KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1999.
KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia”.
Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut:
PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN
Rujuk Kertas Maklumat Projek bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.
Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI
KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA
Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.
Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.
Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI
KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD
Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.
Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Keseluruhan dokumen sila lihat di SINI
Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.
Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.
Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya.
Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.
Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI
YB NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI
WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PERDAGANGAN KEADILAN
19 DISEMBER 2011
Dr M ini pandai juga berlakon rupanya..skrip seperti ini selalu di lakonkan dari negara jiran kita. sendiri yang buat nak kenakan orang lain pula....gua caya sama lu....
ReplyDeleteini semua tak boleh percaya...superimpose semua ni..takat dokumen mcm ni nenek aku pon boleh buat kahkahkahkah
ReplyDeletemasih ada orang bukan macam rakab BODOH!
ReplyDeleteYa allah , selamat kan Dr M kita ni....kalau dibersalah dan mati sebelum sempat dihukum dan bertaubat , kami memohon supaya dia diletakkan bersama sama bukan sahabat sahabat baginda nabi SAW yang taat lagi setia.
ReplyDeleteTDM terperangkap daa..
ReplyDeleteIni pukulan maut namany.
semakin bodoh si rakab tu...komen2 diblog lain pun mcm ni cara nya...dia x sbr2 dihambunkan bersama Madir dan diludahkan lembu2 umno tu..org ramai semakin tau betapa teruk dan jahatnya Madir dan umno tu
ReplyDeletedr suruh anwar bersumpah lebih baik seret anwar ke mahkamah. kita tunggu Tun M dakwa anwar mefitnah dan dokumenn tsbt adalah palsu.
ReplyDeleteya aku sedar bgaimana rupa dan keadaan nya mahkamah dan hakim kita
tp byk yg akan terbongkar psl Tun M ini walaupun keputusan mungkin menyebelahi beliau. jd apa yg beliau harus takutkan dng mahkamah?
yg aku tak faham tu ialah knape dia tak nak mengaku. apa salah nya dia mengaku.
ReplyDeleteini krn idea mendptkan pinjaman ialah idea anwar. apajua idea yg dtg dr anwar ketika itu termasuk bahasa baku akan diubahkan maka eluk eluk pendidikan tlh lancar di ubah ke BI.
Tun M sekadar ingin membuktikan kpd umum anwar adalah menteri kewangan yg tidak bijak.
atas alasan yg sama maka jika ada pemimpin yg ambil pinjaman dr bank dunia/imf adalah pemimpin yg tidak bijak.
buku Tun M perlu byk di ubahkan.
kalau lah media kita bebas. wartawan kita pun diberi perlindungan dan hak kebebasan... sebaik baik selepas sejam dua keluar bukti dokumen perjanjian mrk terus bertanya kpd Tun M,
ReplyDeletesoalan wartawan: apa komon Tun mengenai dokumen pinjaman yg...
jwpan Tun : 'er.. apa nama..' 'er.. apa nama..'
mcm wartawan melodi... mcm tu lah wartawan tsbt terjah Tun M.
lebih baik dia pergi sebelum byk lg dia menipu.
ReplyDeletedia berhenti sb tak sanggup nak menipu.
ini mungkin peluang terakhir utk dia bercakap benar.
dulu aku rasa dia cukup hebat (aku masih ada poskad yg di tanda tangani oleh Tun) .. skg aku rasa cukup kesian kat dia. keesiaaan kat dia. sb org umno disekeliling dia jugak lah yg menybbkan dia terus menipu.
kalau dipanjangkan umur dan dia terus bercakap ingat lah dia ini pembohong dan penipu.
PATI@Pejuang Allah Tegak Islam
punyalah meraban Puak Kote Rakus (PKR) berhujah . Keluarlah banyak mana pun dokumen Rafizi . Yang pasti rakyat lagi cerdik , tahu mana satu IMF , mana satu Bank Dunia dan siapa dia Paul Wolfowitz dan george Soros
ReplyDeleteDr.M cakap pasal dia tolak bantuan IMF tapi Anwar nak ambik . Anwar plak dok lelong pasal Malaysia ambik pinjaman Bank Dunia. Tak reti ker nak beza antara IMF dengan Bank Dunia??
Apa masalah terima pinjaman dan bayar pokok serta bunga atas pinjaman tersebut ?? tak ada negara dalam dunia yang tak buat pinjaman.
Yang dipertikaikan adalah terima bantuan dari IMF pada 1998 . Penerima bantuan mesti menerima syarat yang ditetapkan . Syaratnya menaikkan kadar faedah , kurangkan belanja kerajaan dan buy-out ringgit untuk menstabilkannya .
Syarat yang melingkupkan negara tulah ditolak . Maka ringgit ditambat . Orang bodoh yang tak faham keadaan 98 yang fikir Anwar tu pandai ekonomi .
Ni dinamakan gali lubang dan kambus sendiri lubang . elok-elok Tun M dah bersara , dijoloknya . sekarang siapa yang kena ??
Nak bersumpah pun takut . Sultan Muhammad V tenang jer bersumpah . Tak dengar plak Nik Aziz cakap bersumpah ni tiada dalam Islam .
Kesian kat Anwar. Nak cerita kebaikan yang dibuat oleh parti pimpinannya tak ada.Yang boleh dibuat , reka cipta keburukan parti lawannya . Takkan nak majukan Malaysia dengan keburukan orang lain sahaja !!!!
Surat penjanjian jual beli motorcup lagi elok dari apa yg PKR buat dedahkan...motorcup baru harga 4k lebih aje time 1999 tu, lagi cantik surat perjanjian dari surat IMF...macam ni ke surat utk pinjaman beratus juta...juta..juta..kah..kah...wahai penganut2 PKR dan juga PR...kalian sebar la seluas-luas fitnah nie...semoga rakyat tahu bahawa betapa jahat puak2 PR nie..buat fitnah..
ReplyDeleteTDM ni mmg kaki pembohong. Sape nk percaya dia lagi. Orng stakat dengar & tengok je dia ni namun nk prcaya jauh skali. Samalah dgn PM skrg. Hampeh..
ReplyDeleteHaramjadah tun mahakote, pagi pagi aku terpaksa mencarut. Kita tak perlu lagi nak mengulas tentang si kote ini sebab semua dah tahu akan kejahatan dia; menipu, memfitnah, mencuri duit rakyat, mengkroni, merosakkan kehakiman, menjual negara kepada yahudi, dan dan dan apa lagi yang nak di tuliskan. Berjela-jela kertas tak akan habis. Apa yang patut dibuat doa saja siang malam supaya Allah turunkan bala kepada semua yang telah membuat kejahatan itu. Cakap baik tak guna lagi. Namun begitu ada juga unta bin baghal seperti rakap jahiliah dan penganutpas yang tak pas pas yang kerja mereka untuk menyakit hati orang dan memfitnah. Elok orang macam ni kita tampar saja macam yang di gertak oleh bodoh bodoh umeno.
ReplyDeletekalau dah ambil pun pinjaman , cakap benar je ...mungkin M'sia perlukan pada masa itu....Jangan lah putar belit nak mengenakan Anwar pula...Ada2 lah cerita ex PM ini bencinya pada Anwar , lepas pada Pak Lah pula sampai nak keluar UMNNooo. Macam lah dia tu bagus sangat...Dah pencen dok diam2 je ...Byk bunyi lagi lah Rakyat menyumpah..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!