Guna wang zakat, Jamil Khir patut malu!


Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.


“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno,” soalnya.

Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden.

Dokumen berkaitan sila lihat di SINI

Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau.

Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat.


http://www.keadilandaily.com/?p=24829

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SAlam,

    Bukan ke saman tu ditujukan kepada Datuk Seri Jamil Baharom atas portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama, memang la kos guaman ditanggung oleh pihak yang diwakilinya. Kalau sendiri kena tanggung, atas alasan apa Datuk Seri Anwar Ibrahim fail kes tuntutan qazaf tu , pasal nama dia Datuk Seri Jamil Baharom. CUBA KAU JAWAB

    ReplyDelete
  2. Bodoh woi...rumah dia tu sebelum dia jadi Menteri le..Paham tak SEBELUM dia dilantik sbg menteri rumah dia dah besar.
    Apa masalah kau haaa...ingat si Anwar ngan Mat Sabu je ke boleh guna duit yg tak sepatutnya dia guna. Contoh cuba kau jawap apa sebab Mat Sabu tu boleh dpt bayaran balik dr Guan Eng bila mana cedera yg dicari sendiri dan demo haram lak tu...bukan ke dia tak layak.Pekerja sendiri tak boleh claim byk mcm tu...jgn dok buat fitnah ya...rumah dia masa dia masih dlm perkhidmatan lagi dh besar camtu...

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu Muhammad , dah nama dia AMK , nama dia PKR , macam tu lah gaya politiknya dari azali .

    Semua benda nak di spin nya . Asalkan dapat kemuka keburukan orang lain. Sebabnya kebaikan diri sendiri tak ada untuk dijaja.

    Dah 3 tahun dapat perintah satu negeri yang kaya , ada pernah dengar ker AMK atau PKR tegur kerajaan Selangor ?? ada pernah bagi cadangan kepada kerajaan Selangor untuk penambahbaikan?? ada ker AMK pernah TEGUR pemimpin Selangor yang tak buat keje , tak tunai janji dan yang lesap sampai rakyat nak jumpa pun susah ??

    Macam tulah AMK macam tu lah PKR . Ajak sembang boleh lah . NAK AJAK BUAT KEJE TAK BOLEH "zero".

    ReplyDelete
  4. Nama nya wang zakat utk fakir miskin ....bukan yg rumah besar n berpangkat dato' ...... Aku tak halalkan wang zakat aku utk bayar kos guamam nya....

    ReplyDelete
  5. kau tak halalkan wang zakat kau tu . tapi halal ker kalau kau tuduh orang tanpa usul periksa . takat dengar cerita pengadu domba je halal ker . fitnah tu halal ker??

    ReplyDelete
  6. Ini disahkan laporan audit negara, jadinya sapa fitnah sapa ni???
    wang zakat adalah hak penerima, bukan hak kerajaan mahupun MAIWP.. Anak yatim salah satu dr penerima zakat, apa dosa org yg mengambil harta anak yatim? Ya Allah, ampunilah dosa saudaraku yg jahil ini, berikanlah petunjuk kepada mereka ya Allah...

    ReplyDelete
  7. kalau nak bela diri atas kapasiti menteri gunakan lah peruntukan kementerian bajet PM.

    kena lah diujudkan satu peruntukan utk perkara mcm ni.

    zakat ditetapkan syarat syaratnya. zakat bukan diperintah oleh Najib tp Allah.

    anon 12:51 pm org kalau dah kaya tak da de yg nak jd menteri jg agama .. tak de untung. kalau menteri perusahan ke kewangan ke lain lah

    kalau jd menteri org dah persoal mcm mana dpt duit.. maknanya gaji menteri lg byk dr gaji yg dia dpt dr prog dan ceramah.

    ReplyDelete
  8. MALU !! Kes mcm shahrizat boleh lah MALU !!

    Ini duit zakat !! Bukan MALU !!

    T A K U T !

    Bila tidor mlm .. di ambil nyawa .. sedar sedar dah ada di alam arwah..

    hiissssh tak leh aku nak bayangkan.


    ***

    tentu ada suara yg kata dah ganti apa nak diributkan..

    hello .. hello bro.. ganti 10 kali jumlah pun dan tak boleh tebus dosa yg dibuat.

    ada satu kes peg punggut duit zakat fitrah kena tangkap... kenapa tak suruh ganti je? berapa ribu sangat pun

    ReplyDelete
  9. bukan tomah bukan fitnah ....laporan Audit Negara lah PPas ...itu pun tak boleh faham...

    ReplyDelete
  10. nak songlap pakai lah duit cukai hasil judi ...Toto , magnum n kuda .atau apa2 lah peruntukan ..Itu kan duit zakat ...apa lah nak jadi menteri2 UMnoooo ni...Itu kan duit fakir miskin , anak yatim piatu etc tak takut dgn ALLAH ke?

    ReplyDelete
  11. Apa spin2 PPAS itu kan Laporan Audit negara ....

    ReplyDelete
  12. Itu duit zakat beb , pengunaan nya tertakluk dalam AL-Quran ...siapa yg berhakDI ATAS NYA ....bukan suka2 guna...apa lah nak jadi ....semoga ALLah SELAMATKAN m"SIA DARI PENYAMUN2 umnO-b END

    ReplyDelete
  13. Walau dia mewakili jabatannya...soalnya, kenapa guna duit zakat...guna ler budget lain.. Tak kan macam tu punya simple pun nak kena ajar?

    ReplyDelete
  14. PPas ni bukang tahu mende.. natang beruk sungguh... doh Laporang Audit lapor gitu.. bukannya fitnoh.. bakpe dok mapuh2 natang sekor ni...

    ReplyDelete
  15. INi isu lama, saja je recycle balik semula sebab sudah takda isu lain. Sudah dijelaskan sebelum ni, untuk mengendalikan kes kes macam ni, memang setiap agensi ada peruntukannya.

    Peruntukan itu la yang digunakan untuk bayar kos guaman. Satu sen pon tak guna duit zakat. Sembang lebihhhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post