ISA bagai keris Taming Sari lindungi Melayu - Ibrahim Ali



Datuk Ibrahim Ali menyamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan keris tersohor Taming Sari sambil menegaskan, undang-undang itu penting sebagai “senjata” bagi melindungi hak asasi orang Melayu dari dicabar.


“Keris Taming Sari senjata bagi orang Melayu, ia sudah tidak ada sekarang.

“Di mana Taming Sari kita jika kita mahu melindungi kepentingan orang Melayu pada masa depan?” kata Presiden Perkasa pada Seminar Najib Razak yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Ibrahim (gambar) menekankan bahawa semangat ISA, yang membolehkan penahanan seseorang tanpa dibicarakan, mesti diteruskan dalam undang-undang baru yang akan digubal tahun depan agar pihak polis ada kuasa untuk menangani isu-isu yang mengancam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Sehubungan itu kata beliau, cabaran-cabaran ke atas hegemoni orang Melayu termasuk isu kalimah Allah, perhimpunan Bersih 2.0 dan insiden meletakkan kepala khinzir di surau boleh mencabar sensitiviti agama.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memansuhkan ISA dan dua akta baru akan diperkenalkan.

The Malaysian Insider

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ckp la puas2 brahim ooii, pru 13 ni senyap la sebb dah x duduk dalam parlimen.

    ReplyDelete
  2. orang melayu pon dah meluat cakap pasal melayu berahing oii ... itu hanya retorik disebaliknya penyamun penyangak dipenuhi oleh melayu.

    hahahaha.. Tuan Guru dok senyum tengok kau pass ni .. kat mana mu nak dudok .....

    ReplyDelete
  3. bagaimana seorang muslim boleh berhujah sedemikian rupa,

    ReplyDelete
  4. Dia bercakap bahawa semangat ISA, yang membolehkan penahanan seseorang tanpa dibicarakan, mesti diteruskan dalam undang-undang baru yang akan digubal tahun depan agar pihak polis ada kuasa untuk menangani isu-isu yang mengancam masyarakat PELBAGAI KAUM di Malaysia.

    Cakap berbelit2, dia ada cakap ISA hanya untuk mempertahankan orang melayu tapi dalam hujah tambahan ISA digunakan untuk melindungi masyarakat pelbagai kaum..

    ReplyDelete
  5. dia cakap dengan merujuk kepada pengalaman dari peristiwa 13 mei 1969 dulu .

    bila ada pihak mengapi-apikan orang cina supaya menghalau orang melayu keluar dari Kuala Lumpur . bila tiada tindakan diambil masa tu terjadilah 13mei .

    Bila ISA diguna dalam operasi lalang dulu , 13mei dapat dielakkan oleh mahathir.

    kaji balik dan ingatlah pengalaman buruk bangsa melayu dalam 13mei , sebelum membantai ibrahim ali ni , dek kerana rasa benci yang berkarat dalam hati tu !!

    ReplyDelete
  6. operasi lalang yg bergaduh pemuda umno dng mca. yg kena isa pemimpin DAP dan PAS.

    dan lewat skg ni, isa byk di gunakan atas PAS dgn sb kononnya utk selamat kan Islam. Isa digunakan keatas pemimpin muda KeAdilan satu ketika dulu yg berani dan lantang dan Isa berjaya memesongkan perjuangan mrk dr rakyat kpd umngok.

    Skg isu spt 13 Mei dan Operasi Lalang dah xleh pakai. Melayu, Cina, India dll bersatu padu samada dlm PAKATAN atau BN. Jd ISA adalah senjata sebenar Bee End bukan Melayu. Cina BN akan guna utk ISA kan Cina Pakatan. Melayu BN akan guna ISA utk Melayu Pakatan. Dan begitu India dan kaum lain.

    Satu ketika dulu beberapa pemimpin Cina Pakatan di tangkap termasuk seorg wartawan Cina. Mrk dibebaskan beberapa hr kemudian. Krn mrk sedar iaitu mrk tlh salah gunakan ISA tsbt. Krn tanpa dibicara lah maka salah guna kuasa boleh berulang.

    Maka alasan brahin tu aku tak leh terima. Guna Isa utk menenangkan keadaan pun aku tak leh terima krn keadaan akan tenang jika kedua dua pimimpin berbincang mencari penyelsaian dng satu matlamat iaitu utk rakyat dan utk msia.

    syg nya dlm parlimen tmpt yg tertinggi utk berbincang pun pemimpin bee end boleh berdolak dalil. bila rakyat tak terima apa yg bee end sampaikan maka dtg lah isa .. ini lah yg susah nya dgn tabiat umngok.

    - PATI - yg diberi oleh Rakab iaitu Pejuang Allah Tegak Islam.

    ReplyDelete
  7. nak habaq mai

    kalu roboh kota melaka
    papan dijawa hamba binakan
    sehari kalu kopi free tak kena
    menggigei badan serba tak kena

    ReplyDelete
  8. nak habaq mai

    kalu pantun aku yg silap2 rima dia tu maknanya adik aku yg tulong taipkan,dia tu org umngok mmg selalu silap.aku kalu type kalu sekali tak pernah silap nak habaq mai,pasai aku org pr.kira pengumuman la ni noo..hangpa semua dah kena kopi free?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post