Jemputan Debat pun tak terjawab.. Khairy nak pertahan Shahrizat?



“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno.


Nampak sangat Reezal Merican tu dan kena bohong dengan si Khairy..

Jika benar Khairy Jamaluddin mahu mempertahankan Shahrizat dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) beliau sepatutnya sudah memberikan jawapan kepada jemputan debat yang di hantar oleh Rafizi kepadanya..

Digelanggang ini beliau boleh menunjukkan kehebatannya dalam mempertahankan Shahrizat kepada semua. Bukan sekadar mengatakan beliau bersedia berdebat dengan Rafizi kepada media tunggangan UMNO.

Photobucket


Surat jemputan ini telah dihantar kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 18 November 2011 melalui faks, email dan pos laju kepada beliau di alamat ibu pejabat UMNO.

Tetapi hingga ke hari ini masih belum dijawab secara rasmi, yang diterima hanya kenyataan terbuka melalui twitternya dan Khairy berkata ‘akan pertimbangkan’.

Oleh itu KeAdilan akan meneruskan acara debat ini kerana Khairy tidak pernah membuat kenyataan menolak debat ini malahan sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan di media arus perdana bahawa beliau bersedia.

Tarikh yang dicadangkan untuk diadakan debat mengenai isu penyelewengan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) oleh Suami dan Anak Shahrizat ini ialah 12 Disember ini.

TV Selangor dilaporkan akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi websitenya.

Dibawah ini adalah berita berkaitan yang mana apa yang kelihatan ialah Anak Mamak cuba membela Anak Mami..

****************************************

Skandal NFC: Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan “keluarga” mereka.

“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.

“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka,” kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu.

“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Reezal lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal.

“Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka,” katanya lagi.

Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis.


The Malaysian Insider

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. itu lah pemuda umno jaguh kampung.

    ReplyDelete
  2. Puak-Puak LembUMNO ni kalau bercakap memang tak tahu malu, dah lahirnya pun hasil PERSETBUHAN HARAM BAPA KESAYANGAN INGGERIS lembUMNO... itu yang membuat mewarisi perangai pejajah....

    ReplyDelete
  3. Apa nak jadi dengan malaysia ni..yang jahat..korup..zalim diagung-agungkan..dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  4. muka macam orang nak nanggis jer.....garang ker bendanya....

    ReplyDelete
  5. Lembu halal lg nk makan, yg puak2 amBABIga (PR) lagi la haram..tu la xtau nak beza halal haram, kata belajar hukum, nak jalankan hudud, tp kata2 xde plak jg, manusia haprak la PR ni..

    ReplyDelete
  6. Lembu Betina dijangkit Mad Cow DiseaseDecember 1, 2011 at 11:44 AM

    Ini akibat tidur dgn lembu dikondo yg sama - MAD COW DISEASE telah jangkit ini lembu betina! hahaha...rakab hang nak kata apa pula?

    ReplyDelete
  7. nak habaq mai

    apa yg hapraknya nak habaq mai.lembu yg lim kit siang sembeleh lagi lazat dari umngok sembeleh hang tau dak kak ramlah.manih ja daging dia,lembut ja kunyah.dulu chin peng sembeleh lg sedap nak habaq mai.punya sedap lepas sembeleh buleh makan teruih mcm tu ja.tak payah nak gulai2 dah.kak ramlah hang ni jenis tak bersyukoq dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  8. ni, nak habaq mai kat kak wan ramlah makan babi hutan tu lebih baik dari makan lembu fidlot yang melibatkan duit negara kepunyaan rakyat seluruhnya kalau nak tobat hang jenuh jumpa sorang sorang mintak halai tu pun kalau depa pakat halai kalau tidak jenuh tanggung dosa.
    cua hang baca kesah riwayat hidup syaidina Omar semasa beliau jadi khalifah apa yg dilakukan terhadap harta pebendaharaan negara supaya ianya boleh dijadikan contoh kepada umat islam selurunya.

    ReplyDelete
  9. Dengan pantasnya Timb. KPN (Khalid Abu Bakar) dah bagi kenyataan hari ni yang polis tak nampak atau jumpa apa2 kepincangan dalam pengurusan NFC. Alahai Khalid oii.. Dulu pun ko cakap yang Koperal Jenain kerja ikut prosedur dan tak tembak mati Amirul sewenang2nya.. Last2 Koperal tu dihukum penjara pulak..
    Sudah la Lid oii.. malang betul M'sia ada peg. polis mcm ko ni..

    ReplyDelete
  10. nak habaq mai

    umngok buat apa pun semua pincang nak habaq mai apa nak siasat2 aih.kita buat satu apa takda pincang.puak yg tak tau bersyukoq dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  11. AnakPolis kutuk polis !!

    malangnya bapak kau dapat anak macam kau.

    ReplyDelete
  12. MEMANG TAK BOLEH DISANGKALKAN LAGI MEMANG UMNO PARTI PERASUAH,PERASUAH TERANG-TERANGAN PUN NAK DIPERTAHANKAN HABIS-HABISAN.APA NI INGAT DUIT 250 JUTA TU DUIT MAK BAPA HAMPA KA.TU DUIT RAKYAT.KAMI TAK AKAN HALALKAN WALAU SATU SEN PUN.BERSEDIALAH DIAKHIRAT NANTI KAMI AKAN TUNTUT.INGAT PUAK=PUAK UMNO.INGAT PRU 13 NANTI KAMI RAKYAT MALAYSIA BERSUMPAH AKAN MENGHUMBAN UMNO DAN BN JAUH-JAUH DAN TAK AKAN KEMBALI LAGI DI BUMI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  13. mai sekapai mana tak adik dan kakak...

    ReplyDelete
  14. Kan budak Khairy tu dah jawab..

    dia kata lepaskan PAUmno duluu..

    apa nak kecoh,..tunggu jer laa..

    ReplyDelete
  15. ahhh bullshit la kau khairy jamaludin...to hell la!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post