Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula?



Pada 28 Disember tahun 2010, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.


Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) katanya.


Berita penuh di SINI

Dengan purata harga RM1 Billion untuk membina sebuah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) ada pihak mendakwa bahawa kapal peronda tersebut boleh dikategorikan sebagai Kapal Peronda termahal di dunia. baca di ( SINI )

Tetapi itu bukanlah harga yang telah diluluskan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Dalam hal pembelian 257 ‘Armored Personnel Carriers’ untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia kita telah menyaksikan pada awal perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ianya bernilai US$559 Juta (RM1.749 billion) tetapi Kerajaan Malaysia telah membayar RM7.55 Billion, empat kali ganda dari harga yang ditandatangani awal perjanjian.

Menteri Pertahanan yang dilaporkan telah menyaksikan perjanjian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua mengatakan Kementerian Pertahanan tiada maklumat tentang perjanjian antara FNSS dan Deftech tersebut. Sila baca di ( SINI )

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku dalam hal pembelian enam Kapal Peronda Generasi Kedua, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut, tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd telah menerima ‘Letter of Award’ dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion.

Kenapa wujud lebihan RM3 Billion ini?? Siapa yang rembat? Adakah ianya juga perlu dibayar untuk komisyen lagi?

Photobucket

Boustead gets Mindef contract for 6 ships, contract ceiling RM9b

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd has received the letter of award from the Ministry of Defence (Mindef) to supply six patrol vessels with a contract ceiling of RM9 billion.

Bousted Holdings Bhd said its subsidiary Boustead Naval Shipyard had received the letter on Friday to design, construct and deliver six second generation patrol vessels.

“The contract carries a ceiling of RM9.0 billion, to be implemented over three Malaysia Plans, 10, 11 and 12. The delivery of the first of class ship is estimated in 2017 with follow-on ships every six months thereafter,” it said.

The Edge

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau 6 buah RM 9 bilion, maknanya sebuuah dah jatuh RM 1.5 bilion. Negara Israel dan US yang hebat teknologi ketenteraanya pun beli lagi murah dari kita.

    PERSOALAN POKOKNYA KENAPA KITA BELI TERAMAT MAHAL? SAMADA YANG MEMBELI TU BODOH PIANG! ATAU CERDIK MELANTAK KOMISYEN SEBAB TAU ADA PENCACAI-PENCACAI ULAT TAHI LEMBU YANG AKAN TETAP MENYOKONG DEPA.

    -wakleman

    ReplyDelete
  2. Petanda dah cukup duit untuk PRU13

    ReplyDelete
  3. ayo ! kita samun bank negara......

    ReplyDelete
  4. Apa nak jadi kerajaan hari ini asyik nak songlap duit dana awam je,,,,kita kena jatuhkan mrk kalau tidak bankrup lah Msia ni .....mrk makin kayaraya ,duit simpan luar negeri..

    ReplyDelete
  5. Kesiannyaaa penyokong pakatan yang bangang ni...pakai terimaaaa jer apa saja yang disuap pada mereka !

    Kalau sumbatkan tahi pun depa ni nganga jer..

    tak mau berfikir langsung..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, selamatkan tanahair ku Malaysia..

    ******
    Minta izin tuan tanah untuk iklan. Terima kasih :)

    Jualan rumah banglo, Semi D, teres dan lain - lain dengan harga yang berpatutan.

    Lokasi: Sekitar Jertih, Kg Padang, Jabi, Kg Bintang, Kg Raja, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan lain - lain tempat.

    Kami sedia untuk membeli, menjual atau memajukan mana - mana lokasi tanah khususnya yang berpotensi untuk dibangunkan.

    Ombak Murni Holding Sdn. Bhd (OMHSB)
    En. Azmi bin Abdullah (Pegawai Pemasaran)
    Tel: 019 920 5254

    ReplyDelete
  7. MENTEKEDARAH LAAA SELAGI BOLEH....CEKIK LAA DUIT RAKYAT...TAK HALAL DUNIA AKHIRAT.

    ReplyDelete
  8. azmi OMHSB, nasib baik .. kalau rakab dia mtk 2 biji Banglo.

    dasar penyagak !

    ReplyDelete
  9. kalau Musa xKPN boeh saman psl gambar kawin.. ini billion billion tak kan zahid nak diamkan je.

    psl tambahan 3billion ini lah dihapuskan subsidi myk dan cukai dinaikkan.

    krn songlap 3billion inilah penganggkutan awam takok lama. projek lembab sb payment lambat.

    ReplyDelete
  10. zionist yahudi punya perangai pun tak mcm ni.

    tunggu pulak zahid cabar bersumpah Al-Quran. Ini je modal yg aku nampak dia org pakai.

    Menipu belajar dr Mamak. So bersumpah pun ikut Mamak.

    ReplyDelete
  11. belanja utk kapal ni dgn kembangkan bisness/pelaburan mana yg eluk? soalan utk pencacai.

    dulu beli kapal selam sb ada lanun. skg lanun pun dah senyap. skg beli pulak kapal laut. ni musuh mana yg kita nak lawan ni.

    kedudukan kita bertahan bukan menyerang tp beli senjata mcm nak menyerang.

    Masih tak selamat ke sbg negara Asean dan Commenwealth?

    Kawteam pulak dng Israel. Dgn Rusia (Angkasawan) dng US (pengkalan tentera) Jemput pulak bapak bapak komunis ke PAU.. Ambil APCO sbg penasihat..

    PATI@Pejuang Allah Tegak Islam

    ReplyDelete
  12. PATI OH PATI,

    Aku tak sangka tahap pemikiran kau dah merosot sampai begini sekali..

    Kapal-kapal perang itu adalah keperluan negara untuk menggantikan kapal-kapal lama yang dah usang,..

    Setakat membeli enam buah kapal
    peronda bukan bermakna Malaysia dah mampu menyerang mana-mana negara..

    ReplyDelete
  13. Bodoh punya PATI, ko ingat pasal kes kapal TLDM hampir karam kat Sabah hari tu? yang nak kejar kapal China tu.. Byk kapal2 TLDM dah usang, perlu digantikan..

    ReplyDelete
  14. Ya tak ya ..

    kapal terbang yg tak de enjin pun kena jugak ganti kan?

    patut lah perairan kita selalu di ceroboh masuk.. kapal laut dah usang.

    selagi tak karam selagi tu lah tak tukar. tu sb beli kpl selam dulu ya.

    kalau setakat nak kejar kapal tongkang dan bot nelayan tak payah lah sampai sekali 6 biji... beli lah 2 dulu sementara yg lain boleh digunakan.


    PATI@Pejuang Allah Tegak Islam

    ReplyDelete
  15. korang ni kalau tak tau pasal bidang pertahanan pun jangan la sampai main ikut je apa orang lain suap tu, pi la gugel dan study skit pasal kapal tu..
    ni sikit2 rasuah la,takde perang la, PATI masuk la.. dari apa yang korang tulis tu, camtu la minda korang..

    kalau aku jadi blogger gak, memang senang la korang percaya apa yang aku spin..

    ReplyDelete
  16. diorang nak orang di kampung, penyokong, bangga negara beli kapal perang paling mahal, tapi satu dunia pun dah tahu kekarutan pembelian, tak perlu goggle, tak perlu masuk tentera untuk tahu kalau menteri pertahanan sendiri dari mana latar belakang boleh jadi menteri....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post