Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam bahawa polis dan tentera terlibat proses pemilihan calon bagi pihak parti itu membuktikan kedua-dua sayap keselamatan tidak bertindak bebas, kata seorang pemimpin PKR hari ini.
Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas.
Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini,” katanya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy.
Bagaimanapun Khairy berkata: “Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden.”
“Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata polis dan tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan.
Ketua cabang Rembau itu yang mesra dikenali “Chegubard” berkata pegawai-pegawai tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia perlu tampil menjawab kenyataan itu.
“Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno,” katanya lagi.
Badrul Hisham yang menyaingi Khairy di kerusi Parlimen Rembau tiga tahun lalu berkata, kenyataan wakil rakyat itu juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua Pemuda Umno sendiri memperakui perkara ini secara terbuka dengan bangga memperakui parti itu memperkudakan dua agensi penting negara.
“Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.
“Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar, berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional,” katanya lagi.
Zahid yang kini Menteri Pertahanan merupakan bekas ketua Pemuda Umno.
Kata Badrul Hisham, dengan kenyataan Khairy sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan tindakan.
“Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno,” katanya lagi.
The Malaysian Insider

nak habak mai..
ReplyDeletekairi la paling cokia nak habaq mai.teror lagi saudara kami yg syahid masa bersih 2.0 hari tuh nak habaq mai.dia ni apa jawatan pun takda.dok bawak iklas hati ja nak habaq mai.depa kata dia dok hidup.mana dok ada itu semua superimpose tv3.dapat ayaq free tak syukoq la ni dok kalut.
Kenyataan Khairy sebenarnya cukup jelas bahawa tak perlu sesiapa melobi untuk menjadi calon PRU.
ReplyDeleteIni kerana Najib selaku PM mempunyai cara tertentu untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui agensi-agensi kerajaan yang tertentu termasuklah unit risikan polis dan tentera.
Agensi-agensi ini melapurkan setiap
perkembangan semasa yang berlaku terutamanya berkaitan aspek keselamatan dalam negara kepada pihak kerajaan, iaitu menteri-menteri dan perdana menteri,...
bukannya kepada Umno..!!
Jadi tidak sepatutnya timbul anggapan bahawa Umno memperkudakan polis dan tentera.
nak habaq mai
ReplyDeletetu dia rakab cakap dah serupa menteri egegegege.tak syukoq dapat ayaq free
Cakap lah apa pun kami dah tak percaya pada BN ....penipu besar..Vote them out in GE13. Kami perlu kan perubahan dan keadilan dan Amanah dalam menguruskan Dana Awam ..Meluatnya kami dgn B end ni..
ReplyDeleteRakab,
ReplyDelete"Ini kerana Najib selaku PM mempunyai cara tertentu..."
Agak2 ko la.. dgn guna kepala hotak ko yg damage tu, mengapa Najib ambil calon2 yg kalah PRU sebagai menteri? Apa dah habis ke orang bijak pandai yg menang PRU utk dijadikan menteri?
Jawapannya, sebab semua yang bijak pandai dah berhijrah ke PAKATAN RAKYAT..
Ezam Kotak jadi senator, Nalla sex jadi senator, kosukun jadi senator, kakjat lembu jadi senator.. pe citer rakab oiiiiii...??? ce citer ce citer
ReplyDeleteMasuk bakul angkat le sendiri Khairi oiii. Kalau hang tak puji diri hang sapa lagi nak puji. Orang tak bagi jawatan kat hang sebab orang tau hang bodoh.tengok lah dalam soal beli kondo 10juta kata Sharizat guna untuk pelaburan.Ini bukan duit dia sendiri tapi duit rakyat,kalau dah tak perlu duit tu atau dah berlebih bagi balik kepada rakyat(kerajaan) jangan buat macam harta mak bapak sendiri.opennie
ReplyDeleteYang rakyat dah reject ..tu lah senator2 ..dok tu lah kabinet bn tidak kewibawaan....yang menipu undi pos lagi .....the whole cabinet should resign .....depa tak nak resign , kita resign kan mrk di PRU13
ReplyDeletelaaaa kalau kabinet BN resign sapa nak jadi kabinet .
ReplyDeleteOrang tua yang main dengan pelacur china tu ker nak masuk dalam kabinet.
mat sabu yang spm gred 3 tu ker ??
lim kit siang yang nak halau melayu keluar dari malaysia masa 13 mei 69 tu ker ??
eeemm kalau puak puak ni , alamat jahanam dan lingkuplah negara .
anon 9.34...
ReplyDeleteselama ni negara dan melayu dh hancur oleh UMGOK, kau x prasan k? nk sibuk pasal pakatan apahal. bukti 52 thn gagal dpn mata stiap rakyat x nmpak, isu seks yg blm pasti kau dh kecoh... apa jenis tahap bodoh hang pencacai.!
hai kawan-kawannnn ! Ada sesiapa yang rindu dengan aku ??
ReplyDeleteMusim PAUmno ni sibuk laa...ramai
yang nak jumpa !!
kehkehkehkeh.....
woi badaq ayaq,
Air perigi memang laa free..!!
loklak laa hang nih..!
nak habaq mai
ReplyDeleteapa pulak perigi,ayaq paip nuh free.pakatan bagi hang ayaq free,hang pangkah la pakatan.berbilion2 pakatan rugi bagi kita ayaq free hang tau dak.satu pengorbanan yg suci nak habaq mai.paling baguih hang pangkah lim kit siang.
non 6.05,
ReplyDeleteApa damage, damage..!! kau ingat
kepala aku ni , mesin kaa..??
Najib lantik orang yang kalah jadi menteri, pasal....pasal dia punya pasal laa,..dia PM ! sukahati dia laaa...
kehkehkehkeh...
Non,
Yang ramai berhijrah tu,..wakil PKR jadi bebas tapi sokong BN....
kau janganlah spin pulakkk...
Ayaq berkarat macam ayaq kopi keluaq kepala paip hang nak bagi aku free,...aku tak nak laa...
ReplyDeleteBiaq aku kena bayaq pun tak apa asai airnya bersih..!!
nak habaq mai
ReplyDeleteayaq kopi tak buat hang jimat ka?abih tu hang nak milo taboq ais keluaq kat paip rumah hang?menang pru13 nanti,kami keluaqkan teh tarik..hang sabaq dan pangkah ja lim kit siang.
badaq ayaq,
ReplyDeletePangkah Lim Kit Siang aku tak ndak
laa...tapi kalu pangkah Lisa Surihani tu, ndak gak aku..
heheheheeee...
KHAIRY NI MEMANG BODOH PUN CUMA BERLAGAK SAJA LEBIH.BILA CAKAP TAK ADA ISI YANG ILMIAH PUN.SERUPA LEMBU FIDLOT.MANA LA NAJIB NAK BAGI JAWATAN.BUAT PERABIS BERAS SAJA.RASA-RASANYA DAH SAMPAI MASA DIA DITENDANG KELUAR DARI SEBARANG JAWATAN.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!