Khairy PENAKUT!! Rafizi kata..



Perdebatan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam penetapan tarikh.


Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial Twitter.

“Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar anak-anak buah kaki maki hamun untuk alih perhatian. ‘Typical’ Pemuda Umno,” sindirnya di Twitter semalam.

Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia terpaksa dibatalkan.

Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari dan sehingga kini tiada respon.

“Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong,” kata Rafizi di Twitter semalam.

“Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat,” kata Rafizi.

Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk berdebat berkenaan isu ini.

“Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian,” jelas Rafizi.

Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.


http://www.keadilandaily.com/?p=24300

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ajak berdebat DALAM KANDANG DAN DENGAN LEMBU-LEMBU SEBAGAI PENYOKONG PUN KONFIRM KANTOI, BAIK LARI DULU LA...

    -wakleman

    ReplyDelete
  2. Kj dah tahu perkara penyelewengan feedlot terbukti,didebat pun buat malu dia aje,sebab Rafizi ada bukti kukuh....sebelum rakyat tukul kepala kj baik aku belaaa,ni semua kerja lembu umnog...sembelih aje mamak ijat tu...apatunggu lagi umnog

    ReplyDelete
  3. hishamudin dah lari pi kota tinggi alamat lembu lembu kota tinggi nak kena sembelih lagi pun lembu masih tak cukup kena defrost semua pembekuan di berhentikan untuk mengimport lembu luar untuk jadi pengundi hantu jawabnya pru 13 mungkin di tarik sampai mei 2013 kah,kah

    ReplyDelete
  4. Rafizi ?? mafizi ?? sapa tu..??
    ooooooooohh, keledai pkr...

    sapa dia tu, menteri ? gabenor bank ? atau ahli muzik ??

    jantan tak tau malu !! menikah satu sen tak keluar wang,..malah
    harta kerajaan nak kau kikis..!!

    pergi kau main muzik disana,..buat apa kau menangis disini..??!

    [dialog mak dara maki keledai pkr]

    hahahahaaaa....

    ReplyDelete
  5. haiii..takkan la buat lawak pulak .. tak nak backing KJ ke?

    ReplyDelete
  6. itu tanda rakab anjing dah gila meroyan la tu.. tak pasal2 nak buat lawat bangang kat sini..

    lawak la tu konon.. khhaakkk ptuuihhh...

    ReplyDelete
  7. Lawak Rakab lembu NFC pun tak gelak.

    Isu Lembu/Shahrizat ini satu pukulan tko utk umngok.

    Jd KJ dan Rakab ikut Lawak Labu dan Labi dlm gelangan tinju. dgn menari lah dgn slow motion lah... yg pengsen rebah termasuk lah umnogk (pengadil),

    Rakyat dan Pakatan ketawakan umngok terbahak bahak.

    ReplyDelete
  8. anon 11:26 tu anjing pakatan meyamar aku tu hehehehehe..

    ReplyDelete
  9. ccuba ajak debat soal akidah islam di selangor dan pemecatan hassan ali, tak tercirit pembangkang nak sedia kan bahan,.. tajuk yang favour dia orang boleh lah, cuba cari satu subject pasal pembangunan dan hal tuju malaysia, baru nampak siapa lebih berwibawa membawa malaysia terus maju...

    ReplyDelete
  10. nak berdebat bawa lah topik kepentingan negara dan masa depan, apa BN boleh bawa, apa PR boleh bawa, topik lembu jadi lembu lah semua, cakap pun hal lembu sepanjang debat. topik berat sebelah, cuba pemuda bawa topik maksiat diselangor,. boleh PKR menidakkan nya,,, ngap

    ReplyDelete
  11. Nak debat pasal lembu tu sbb penyelewengan duit!!!! apelaaa batak sangat Pencacai UMporNO duk cakap pasal lembu.

    Nak debat pasal pembagunan dan hala tuju Malaysia, BANYAK alasan UMNO cakap xleh tu la xleh ni la. Berani debat laaa!! Cakap depan2 PAS & PKR x layak memerintah. Ni cakap belakang2. Ni lah UMNO... sombong bodoh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post