Ku Li kata Mahathir Bodoh?


"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," kata Ku Li.


Bukanlah cerdik sangat tu sama dengan bodoh kan?

Mahathir bukan cerdik sangat: Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu.


Gentleman Melayu Terakhir

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya sokong sepenuhnya..memang Tun M tak bijak..yang menyebabkan pemerintahan Tun M berjaya sebab ada orang genius Anwar Ibrahim dalam kabinetnya dulu 1982-1998

    mari kita bantah monopoli MAS-AirAsia.. .http://batuditepijalan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya Chedet cukup bijaksana. Lebih handal dari Ku Li. Inilah satu hakikat yang kita perlu terima.

    Buktinya?

    Ku Li sebagai anak jati Melayu gagal jadi Presiden UMNO.

    Chedet, anak India Kerala, seorang melayu celup berjaya menipu orang umno untuk jadi Presiden UMNO. Pakai kain pelikat, pakai songkok, pakai nama melayu dah jadi melayu. Ahli umno semua terpedaya kebinggungan.

    Sememangnya orang india otak geliga. Kalau pakai nama india, tak mungkin jadi kaya raya. Pakai nama melayu boleh jadi Menteri Besar kat Perak. Kat Penang pun ada seekor yang cakap melayu pun tak fasih. Tak yah nak sebut name. Engkorang pasti tau siapa tu.

    ReplyDelete
  3. macam firaun juga amat bodoh..

    ReplyDelete
  4. Najib pula macam mana?ada cerdikka??

    ReplyDelete
  5. Melayu yg bodoh saja sokong mamak dhir jadi PM dlm umno,kenapa tak sokong melayu yg benar2 menaikkan martabad melayu ada beribu dlm umno takkan satupun tak pandai,kerana menteliti otak melayu suka menadah dgn takdir,itu kerja Allah...Ketegapan iman kita sebagai org melayu harus bersuara...siapa kata mamak itu melayu bijak betulkah mamak aku tengok dari pengalaman mcm punde je kerja lain org buat mamak tunjuk kuasa....Melayu sekarang harus ubah pendirian dlm parti jika mahu maju,parti kita parti utk org melayu bukan mamak,kalau mamak nak buka parti sendiri dipersilakan....kalau masih mcm rojak india dlm parti umno lebih baik kami masuk parti PAS/PAKATAN

    ReplyDelete
  6. bagi aku semua pemimpin umno-bn bukan setakat tak cerdik, tapi bodoh, bangang, tolol, bahlol, tongong, bengong, dunggu, banyak lagi laa....

    tapi rakyat yang sokong mereka lagi bodohhhh....

    bodoh2 pemimpim umno, mereka pandai buat duit...

    bodoh rakyat yg sokong mereka, merempat dari nenek moyang hingga ke anak cucu...

    ReplyDelete
  7. mahaathir lulus universiti singapore sampai jadi doktor dengan biasiswa .

    Ku li ada apa ?? anak raja boleh pegi mana2 universiti luar negara dan dapat kelulusan . Menyalak pada masa ni buat apa?? kalau cerdik takkan berkubur Semangat 46 . tak sedar diri Pak Lah dah adi PM , Sabri cheek dah jadi menteri sukan , belakang mau menyalak lagi.

    ReplyDelete
  8. Mahdey ni tak yah citer laa. Perosak bangsa melayu no. 1. Bodohnya dia sampai kita tak leh nak pikir. Kalau pikir kita pulak jadi bodoh sama:

    1. Tak hormat kepada keputusan rakyat terengganu yang memilih Pas sebagai kerajaan negeri bila wang royalti ditukar kepada wang ehsan kawalan BN. Haprak tahap maksimum punya tindakan.

    2. Terang2 cakap anwar tumbuk mata sendiri masa dalam lock-up. Sewel tahap gaban.

    3. Kata zaman nabi s.a.w tak de pisau gellette sebab tu simpan janggut. Dia tak tau pedang nabi lagi tajam. Tak de masalah kalau nak pancung kepala org pun. Bodoh tak nak belajar.

    4. Menghancurkan kekebalan raja2 yang memayungi orang2 melayu. Pembelot lidah bercabang.

    5. Pura2 nak letak jawatan masa perhimpunan UMNOG. Weii hang ingat ini jawatan PM macam jawatan pengerusi silat cekak Kg Dusun ker?? Main suka hati nak letak2. Berlakon putar alam.... sudah lama dahhhh.... Mati hidup balik aku tak caya.

    madet akan melihat sendiri kejatuhan UMNGOK dengan mata kepala dia sendiri tak kira dalam masa terdekat atau masa yang panjang.....

    ReplyDelete
  9. Akhirnya,..akhirnya Kuli mula secara terang-terangan mengorak langkah !!

    Ketika 9 januari semakin menjelma,..ketika Anwar dan sekutu semakin menerima ketentuan nasibnya,..Kuli menonjolkan dirinya sebagai pengganti...

    Malang bagi Kuli perancangannya telah lama dihidu oleh Umno..

    Tindakan Kuli mengisytiharkan perang dengan Umno dan pemimpinnya tidak langsung memeranjatkan..

    Cuma kambing macam kau orang saja yang mengembek kegembiraan !!

    ReplyDelete
  10. Alahai Ku li..Kekecewaan beliau pada tahun 80an kerana gagal pemilihan Presiden UMNO masih berdarah lagi...tapisalah tembak la, sebab Tun M bukan PM lagi..tiada kesan..rakyat mampu menilai siapa Ku li dan Tun M..

    P/S: Benda yg lepas jangan dikenang..kata P Ramlee

    ReplyDelete
  11. sedikit demi sedikit
    satu demi satu
    dr pinjaman bank dunia dan skg kisah ni pulak. tak laku lah buku det.

    kisah buruk dan tanggap yg sebenarnya ttg tun det terbongkar.

    rakab bodoh dia ckp demikian kpd murid tua MCKK.. sudah tentu org org ini berpengaruh

    tak pyh nak tau otak dia org MCKK ini cerdik ke atau kau.. timbang je cukup.. sb kau mana ada otak nak ditimbang.

    kalau chedet tak ganggu gugat mahkamah anak raja ini tlh kuburkan UMNO. dan ank raja ini lah yg menybbkan MCA pegang tampuk pemerintah beberapa jam dan diserahkan semula kpd umno Baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post