Lim Boo Chang Keluar PKR ..

PULAU PINANG 14 Dis. - Belum pun selesai isu perbalahan antara Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy, pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu menerima satu lagi tamparan.

Kali ini ia melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apabila Ketua Cabang parti di Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar daripada parti tersebut

Serentak dengan itu, Boo Chang yang menganggap dirinya telah terpedaya dengan slogan reformasi PKR sejak tiga tahun lalu akan kembali menyertai parti Gerakan.


Berikutan keputusan itu juga, beliau yang menjadi Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Negeri akan melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Boo Chang berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap PKR yang didakwa gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat selain pertelagahan sesama sendiri dalam kalangan ahli.

"Selepas tiga tahun menjadi ahli, saya rasa kecewa dan sedar laungan reformasi yang mereka canangkan hanya indah di bibir.

"Itulah sebabnya saya mengambil keputusan untuk keluar parti dan kembali ke pangkuan Gerakan yang disertai selama 15 tahun sejak 1984 hingga 1999," katanya.

Beliau mendakwa, MPPP juga telah hilang kuasa autonomi berikutan terlalu banyak campur tangan dari pejabat Ketua Menteri serta sebilangan ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Boo Chang, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ahli MPPP kepada Yang Dipertuanya, Patahiyah Ismail.

Selain itu, katanya, beliau juga telah memaklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung keputusannya itu.

"Selama perkhidmatan saya sebagai ahli majlis dari tahun 1990 hingga 1995 ketika berada dalam Gerakan, MPPP tidak pernah mengalami campur tangan yang tidak munasabah.

"Saya terkilan kerana salah laku sebegini berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang kononnya mengamalkan pentadbiran melalui slogan Kompeten, Akauntabiliti serta Telus (CAT)," ujarnya.

Selain itu, salah satu faktor yang turut mendorong tindakannya adalah berkaitan perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPice) yang dikatakan ada campur tangan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri dakwa beliau, mengarahkan MPPP menandatangani kontrak dengan pihak konsesi dengan tergesa-gesa dan penuh berahsia apabila terma-terma dan syarat-syarat tidak dimaklumkan kepada 23 ahli majlis, kecuali mereka yang menandatangani perjanjian itu sahaja.

Dakwanya, perjanjian itu juga mengecualikan keperluan kajian impak sosial dan penilaian trafik yang membawa kesan kepada kawasan di sekeliling projek.

"Sehingga hari ini, salinan kontrak projek berkenaan tidak diberikan kepada saya seperti yang dijanjikan Patahiyah, malah kerajaan negeri mengarahkan MPPP menampung kos tanpa kelulusan Mesyuarat Biasa Majlis.

"Jadi, demi menegakkan prinsip, saya mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam PKR (berkuatkuasa) serta-merta," katanya.

Ditanya adakah beliau telah mengemukakan permohonan menyertai Gerakan, katanya, tiada permohonan rasmi dihantar, namun berharap beliau diterima semula.

"Ini keputusan peribadi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana saya percaya Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada landasan betul menuju perkembangan ekonomi serta kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum di bawah Gagasan 1Malaysia," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye berkata, parti itu masih belum menerima sebarang permohonan daripada Boo Chang.

Beliau berkata parti Gerakan adalah terbuka dan mengalu-alukan kemasukan setiap rakyat Malaysia yang menyetujui perjuangan dan ideologi parti itu sebagai anggotanya.

"Tetapi bagi kes Lim yang telah keluar daripada parti sebelum ini, kami akan mengadakan mesyuarat khas membincangkannya dan memberi laporan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat untuk membuat keputusan," katanya.

- Bernama

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Alamak,..aku ingat ASD tak keluarkan tajuk ni,...

    aku dah komen kat entri lain pulak... ish !

    ReplyDelete
  2. Blog ASD ni mungkin blog PKR yang paling hebat .

    Tapi berita biasa yang menghiasi blog ni adalah fitnah , keburukan pihak lawan dan skandal sex (liwat dan pelacur)

    Kalau nak cari berita PKR sediri yang boleh memberi faedah kepada rakyat ...... eemmmm jenuh lah ... ada ker tidak , aku pun tak tahu .

    Aku rasa puak puak penyokong PKR pegilah cari cermin , tengoklah wajah sendiri . Buruk tara mana muka tu . lepas tu carilah jalan supaya nampak elok skit .

    Ni tidak siang malam dok kritik dan kutuk orang walhal diri sendiri penuh kurap!!!!!!

    Ahli sendiri tak terjaga belakang ada hati nak jaga rakyat malaysia. Jaga belakang boleh lah .......

    ReplyDelete
  3. Tengok resume nya pun memang KATAK , elok lah keluar sebelum GE13......

    ReplyDelete
  4. penganut pas bangangDecember 14, 2011 at 7:16 PM

    nasib baik keluar sekarang,kalau dah jadi adun masa tu baru lompat tak ke naya.last2 parti taik(BN)kutip sampah ni

    ReplyDelete
  5. kita terima masuk dgn baik dan kita bg keluar pun dgn baik.

    aku tak nampak apa yg pencacai gomel kan kat sini spt rakab dan pPAS yg gomel psl blog ASD dan penyokong PKR. kau org berdua kalau tak de apa nak komen dlm isu ini pergi lah tenguk beg kak ros tu.

    krn PKR mempunyai ciri terbaik lah maka dia pilih masuk PKR dan mesti ada rundingan utk dia balik ke Gerakan yg semakin parah di PP. dr pengalaman tak mustahil dia yg akan ganti presiden Gerakan dan silap hrbulan Gerakan join Pakatan.

    ReplyDelete
  6. LOmpat si katak Lompat...sebelum GE13

    ReplyDelete
  7. Yg dok diatas PKR dah mula sedar..tapi yg dibawah tak sedar2...pakat-pakat pi tanya dia kenapa dia boleh keluar PKR..kan PKR adil utk semua..

    P/S: Dok dengar keluar aje..masuk tak dengar pun...lama2 boleh lenyap PKR..best

    ReplyDelete
  8. Habis laa..

    PKR dah takdak jeneral...tinggai
    kuli ngan hamba abdi jer..

    BUNGKUS PKR BUNGKUS

    ReplyDelete
  9. PenganutPAs..sudi juga pakai nama tu kan...nampak sangat kau ni HIPOKRIT..kau ingat parti yang kau sokong tu baik sangat ke...pergila kau JILAT kat sana ..menyibuk je kat sini...suka hati kita org la nak cakap apa pun...

    ReplyDelete
  10. SELAGI ADA DSAI DLM PKR SELAGI TU LAH AKU TAK KAN KELUAR.

    SELEPAS TERTUBUH NYA PKR YG TINGGAL DLM UMNO CUMA PENCACAI JE.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post