Apa pula alasan yang akan diberikan oleh SPR selepas ini..
KUALA LUMPUR, 8 Dis — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.
Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.
“Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang,” katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini.
Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.
Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.
Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.
Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.
Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.
The Malaysian Insider

pakai saja dakwat yang membolihkan umno porno penipu menang senang cerita , banyak sangat dolak dalih tapi bab rasuah makan duit rakyat tak pula nak rujuk majlis fatwa . memang dasar umno bn sesat dan menyesatkan otak rakyat .
ReplyDeleteKalau dah pakai dakwat kekal pun
ReplyDeletemasih pakatan kalah juga,..dah tentu majlis fatwa pulak yang mereka salahkan..
emmmmmm alahai..
x pakai dakwat kekal dlu pn PR dh menang kt 5 negeri kan...mcm tu pn masih x bersih lg ke pilihanraya negara kita ni???
ReplyDeletekalau pilihanaraya adil bukan takat 5 negeri, satu malaysia pr boleh perintah.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeletewat anon 12.49,
mujur 5 negeri ajer masa PRU dulu sbb x pakai dakwat kekal,
kalo pakai,Pakatan Rakyat dh jd kerajaan doh..
BN LINGKUP + dh jd Pembakang la plak..
Huhuhu..
Kalau pilihanraya tak adil..
ReplyDeletejangankan satu negeri,..satu kerusi pun pakatan tak dapat ,.....
...nonnn !!
kata2brakab tu penuh emosi bangang punya rakab memang bodoh dia ni mangkuk hayun..
ReplyDeleteeh, emosi apa kebendanya non..?
ReplyDeleteaku cuma respon komen kat atas tu..
kau ni tak boleh berbeza pandangan pulak...nak marah jer..
cam komunis..!!
Mcm2 la alasan.... Da kalah tu kalah je la pakatan oi.... Hahaha..... Umno selamanye.....
ReplyDeleteAnon 3:32,
ReplyDeleteTiada yg kekal selamanya selain Allah.. Ada sesapa nak bangkang?
nak habaq mai
ReplyDeleteapa dok cerita dakwat2 aiih.hangpa umngok kalah pru sejak kami dapat ayaq free lagi,hangpa tumbang sejak kami dapat kopi free.tu dia aiih puitis bahasa aku nak habaq mai,aku ambik tution bmelayu dgn guru a samad said..pendita limkitsiang.
kalau tak tipu pakai je dakwat kekal itu apa nak takut...lagi pun M Fatwah dah kata ok
ReplyDeletekalau tak tipu itu bukan apco-ameno. sekarang nak guna battalion askar simpanan & rela... apco-ameno sure menang..
ReplyDeleteAskar dan RELA pun layak mengundi jugak...bodoh !
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!