Masa depan Melayu atau masa depan pemimpin Melayu UMNO yang akan gerhana?
Datuk Seri Najib Razak memberi amaran masa depan orang Melayu akan “gerhana” jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.
Susulan ketegasan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno hujung minggu lalu, perdana menteri memberitahu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa mempunyai keahlian lebih dua juta orang bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kerajaan semasa.
“Pilihan alternatif, adakah mereka lebih baik daripada apa yang ada sekarang? Adakah mereka boleh menjamin kuasa kita tidak dibuang atau kedudukan kita tidak terhakis? Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” kata beliau (gambar) pada pertemuan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia’s (Pekida) di sini hari ini.
Najib juga memberi amaran negara akan menghadapi pelbagai ancaman sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
“Kita akan terus mempertahankan pemerintahan sedia ada dan berjuang berhabis-habisan untuk menegakkan pemerintahan yang memperjuangkan martabat Melayu dan Islam.
“Mereka (Pakatan) menawarkan janji alternatif yang menarik, sedangkan mereka sendiri belum tahu sama ada dapat menunaikannya atau tidak,” kata Najib.
Tambah beliau, rakyat tiada pilihan lain selain mengekalkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kemakmuran dan keamanan negara ini terus terpelihara.
“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,” tegasnya merujuk kepada Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berwibawa untuk mentadbir negara ini.
“Mereka belum memerintah, tetapi sudah berjanji untuk memberi bulan dan bintang kepada rakyat,” katanya lagi menegaskan hanya Umno dan BN yang memperjuangkan martabat Melayu dan agama Islam di negara ini.
Jelas Najib lagi, BN juga menolak fahaman ekstremis yang cuba merosakkan hubungan kaum di negara ini.
“BN menolak fahaman yang ekstrem, fahaman itu bukan dasar pemerintahan BN, tetapi kerajaan lebih kepada membantu dan menghulurkan tangan kepada kaum lain untuk kemakmuran negara,” tegasnya mempertikaikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Umno dan BN bersifat rasis.
“Melayu tidak pernah berat sebelah, tidak pernah menjadi rasis semenjak mentadbir negara ini sejak merdeka, bahkan memberikan keadilan kepada semua,” tegasnya lagi.
Dalam ucapannya itu, Najib turut memberikan contoh negara-negara besar yang menghadapi pelbagai krisis akibat daripada pemerintahan yang tidak cekap seperti Greece dan Itali.
“Kerajaan berusaha mentadbir negara dengan berhemah, sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan sewaktu pilihanraya akan datang, tidak mustahil kita akan mengikuti jejak mereka,” katanya memberi ingatan kepada ahli Pekida yang hadir daripada seluruh negara.
Perdana Menteri turut menegaskan Umno-BN tidak akan sekali-kali membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, dan beliau akan mempertahankan setiap inci negara daripada kekuasaan pembangkang bagi memastikan pemerintahan sedia ada terus kekal.
Dalam perhimpunan itu, ahli Pekida turut membuat sumpah bai’ah untuk tetap setia bersama Umno bagi memastikan kemenangan sewaktu pilihan raya akan datang.
Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof.
The Malaysian Insider

nak habaq mai
ReplyDeletepedulik apa najib cakap apa aihh..dah peintah dekat 60 tahun ayaq free pun tak mampu bagi.ni dia kelantan belum 30 tahun dah bagi kopi free,angkat mualap lagi jadi mufti.mufti lim kit siang.umngok ada?bebai..
tidak perlu tunggu pru, Sekarang pun sudah gerhana...
ReplyDeleteBrjaya gak PM kita ni bodohkan Pekida. Sebenarny yg gerhana tu ialah pemimpin atasan Umno sbb jika PR terajui negara, akan brlaku proses pemutihn sistm mahkamah & keadilan. Ramai ke dlm tu jika keadilan brada d landasan yg betul.
ReplyDeleteDah lama pun gerhana....La ni nak putihkan lah di PKR13...
ReplyDeleteINI KATA-KATA ORANG YANG SOMBONG DENGAN ALLAH.
ReplyDelete.
ReplyDeletePakatan belum terlibat dgn komisyen. dgn rasuah. dgn terjun bangunan. dng fitnah kan org... dah tentu lebih baik dr skg. Skg punya pemerintah dah terbukti boros dan tidak amanah apakah kita harus tunggu lagi 5 tahun.
Maruah Islam skg kena tny SoiLek sbb dia yg jaga hudud skg. Dan org melayu sebaik baiknya tny org melayu kg baru dan org felda yg bantah kerja jahat isa.
Dan rakyat sebenarnya ada pilihan, Najib tu berbohong. Pilihan akan ada semasa hari anda mengundi. Kalau Najib kata tak ada pilihan maka jgn lah anda keluar mengundi.
memang dah lama gelap
ReplyDeletemamak zambry...
mamak shaik hussin...
mamak naina merican...
mamak nor yaakob...
mamak mahatir firaun...
banyak lagi la....
depa ni la yg buat gelap...
kah...kah..kah
dia dh takut dgn PR terpaksa guna PEKIDA. pening juga nnt kan bila PRU, PEKIDA vs PR. Dh jadi mcm nk perang pulak. Masuk plak kongsi gelap la, dh mcm2 geng lain plak join.. huru hara jgk Msia nnt..
ReplyDeleteWakaka bila nak minta simpati jek si musibat Najib mesti akan guna ayat MELAYU dan ISLAM. Bila nak terlingkup jek mulalah buat muku toye pastu menyalak ayat MELAYU dan ISLAM. Woitt musibat, yang membenci lu ni bukan org Belanda pun, yang tulis komen dan boikot lu ni semuanya orang MELAYUlah musibat. So xpayahlah lu nak mengarut sebab lu ada Melayu Hebat. Ayatlu tu layak untuk budak baru nak BERKHATAN jek...boleh BLAH MAMPUS TETAP MAMPUS.
ReplyDeleteKita tak perlu Melayu dalam UmNOOO tu ,semua kaki putar belit ,perompak wang rakyat ....kita perlu kan Melayu dalam PAS dan PKR tu ...Gerhana lagi M'sia jika teruskan gerhana yg sediaada..Bangkit lah rakyat M'sia , jgn buta mata dan hati
ReplyDeleteINGAT WAHAI RAKYAT MALAYSIA,YANG AKAN MENGGERHANAKAN KITA IALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG HAPRAK.INGAT JANGAN TERMAKAN DAKYAH MEREKA UNTUK TERUS BERKUASA.
ReplyDeleteSokongan melayu kepada Umno/BN
ReplyDeleteketika ini, cukup tinggi..!!
Kawasan majoriti melayu, hampir semua bakal dimenangi Umno/BN !
Sokongan India kepada BN juga lebih tinggi berbanding pakatan.
Kerusi-kerusi yang berkedudukan 50/50, lebih cenderung kepada BN.
BN memang bermasalah di kawasan majoriti cina. Namun demikian kawasan bermajoriti cina tidaklah banyak jumlahnya...
Kawasan majoriti bumiputera seperti Sabah dan Sarawak pasti kekal sebagai deposit tetap BN.
agak-agaknya siapa yang bakal menang PRU 13 nanti..??
ada berani jawab..??
heheheheee..
Strategi pakatan sekarang ialah cuba menarik seberapa banyak undi melayu.
ReplyDeleteUcapan Anwar di Syah Alam, beria-ia nak bela nasib melayu,...kononnya laaa..
Lim Kit Siang dah mula sayang melayu, taat pada raja.!
eh,eh tiba-tiba pulak..
Kalau Anwar dengan Kit Siang telan bara empat dapur pun aku tetap tak percaya...
Rakab 4:58 PM
ReplyDeleteLembu Lembu Shahrizat yg akan kalah kan Najib dan Umngok.
Rakab menipu. Cakap tak pakai otak.
Yg menang kan umngok bee end ialah Bangla Nepal Indon ..
Rakyat dah menyampah dng umngok bee end.
rakab 5:08 PM
ReplyDeletesamada Pakatan atau Bee End strategik ialah utk mendpt sebanyak boleh undi.
DiShah Alah terbukti Pakatan kuat dan mengerun kan umngok Bee End
Lim Kit Siang syg melayu lebih dr umngok yg biarkan pemimpin umno sendiri difitnah dan di penjara. skg walaupun bukan lg pemimpin umno atau bukan lg TPM Lim Kit Siang masih lg pertahankan pemimpin yg pernah dlm umno.
krn itu umngok membusuk dan terus membusuk..
wooi, bukan aku yang kata laa..
ReplyDeletesurvey yang kataa..
SURVEY YANG KATAAAAAAA....!!!!!
Kalau survey itu membayangkan sentiment skg apa pasal ..PM getar dgn Melayu ,issue FELDA lagi ..TPM meroyan....
ReplyDeletenon,..nah cuba kau baca dan fahamkan...
ReplyDeleteKajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian
Prof Datuk Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali
yakin dengan prestasi BN masa kini.
"Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.
"Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus
pada tahun lepas,"
haah,..amacam..??
TPM bukan meroyan...
ReplyDeletesebenarnya dia laungkan semboyan perang...!!
RAKAB OH RAKAB 10:31 PM
ReplyDeleteaku dah agak dah yg Rakab akan kata tu bukan komen aku. Dan Rakab pun dah agak dah yg aku akan jwb .. aku bukan balas komen Rakab sb aku tahu kelas peralihan Rakab kat bucu mana? Mustahil Rakab mampu buat survey sendiri. Rakab cuma pandai paste tp bila di balas tak berani langsung mempertahankan apa yg di pastekan.
Prof UIA tu tak berani menerima nasib mcm Prog Aziz. Skg apa survey pun baik Pakatan atau Bee End aku tak nak pakai. Sbb rekod penduduk kita dah bercelaru. Yg aku tunggu keputusan rakyat PRU13. masa tu semua survey tak leh pakai.
ini tidak lain hanyalah ugutan untuk meraih undi...
ReplyDeletetermasuk juga menghasut pengundi supaya takut jika PR memerintah...
takleh ke dakwa bawah akta hasutan?
jom ngeteh!
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!