Semakin galak Lidah Rasmi UMNO menyiarkan berita tentang Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat samada PAS atau PKR keluar Parti dalam seminggu dua ini..
Ini sebenarnya menandakan Pilihanraya semakin tiba kerana bila tiba saja Pilihanraya Lidah Rasmi UMNO akan mula memainkan propaganda basi ni.. macam tak ada idea lain dah..
Minggu lalu dilaporkan seramai 130 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR.. ramai tu.. tapi yang hairannya program PKR di Permatang Pauh masih lagi ramai Ahli yang hadir.. contohnya sila lihat di SINI , SINI dan SINI.
Semalam pula dilaporkan seramai 42 orang yang di ketuai oleh ‘Mat Sabu’ pula telah keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.. baca di bawah..
Hari ini pula dilaporkan pula 500 AMK menyertai UMNO… tengoklah..
Ini sebenarnya menandakan Pilihanraya semakin tiba kerana bila tiba saja Pilihanraya Lidah Rasmi UMNO akan mula memainkan propaganda basi ni.. macam tak ada idea lain dah..
Minggu lalu dilaporkan seramai 130 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR.. ramai tu.. tapi yang hairannya program PKR di Permatang Pauh masih lagi ramai Ahli yang hadir.. contohnya sila lihat di SINI , SINI dan SINI.
Semalam pula dilaporkan seramai 42 orang yang di ketuai oleh ‘Mat Sabu’ pula telah keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.. baca di bawah..
42 ahli Pas masuk UMNO di Kepala Batas
KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.
Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.
"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.
"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.
Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.
Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.
"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.
"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.
Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Hari ini pula dilaporkan pula 500 AMK menyertai UMNO… tengoklah..

Untuk pengetahuan ada sumber memberitahu akan ada lagi sekurang-kurangnya dua pengistiharan keluar parti iaitu dari PKR bagi menyertai UMNO di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh lagi… kita tunggu sajalah…
ABU!ABU!ABU!
ReplyDeleteMereka yang join Parti Politik hanyalah sebanyak 30% sahaja daripada jumlah penduduk Malaysia yang layak mengundi. Selebihnya mereka ini tidak terikat dengan mana-mana parti,
ReplyDeleteBagi penduduk pedalaman, kampung dan peneroka, lebih 50% tidak berparti, dan 70% daripada mereka ini akan sentiasa memangkah BN. (Situasi ini tidak terpakai di Kelanran)
Di bandar pula, 80% penduduknya tiada parti tetapi lebih 60% daripadanya cenderung memilih pembangkang.
Pikirkanlah...
Aku terdiri dari kalangan mereka yang tidak berdaftar dengan mana2 parti tetapi setiap kali PRU, aku memangkah PR
Aku ingat ASD nak sorok berita ni..
ReplyDeletetapi keluar jugak....
bagus laa lu, ASD.
Pokoknya kalau tak ada yang keluar maka tak ada laa jadi berita..
Semua orang memerhatikan fenomena ini. Sudah tentu ia memberikan impak yang buruk kepada pakatan !
Wooit non 5.40,
ReplyDeleteKau ni syok sendiri ker apa..??
Rakab.. Aku keluarkan supaya pihak yang berkenaan ambil perhatian... yang aku tahu ada dua atau tiga lagi program mcm ni akan diadakan di Permatang Pauh..
ReplyDeleteKlau betoi mat subhie ni org pas, elok ler keluar parti. Klau dah jadi ahli dkt 40 taon lps tu kata pas tak betul... Maknanya apa? Maknanya dia tak penah pegi liqa', usrah, mesyuarat.. apa lagi.. klau tak penah hadir dlm progrm parti sebab tu la jadi b*d*h..
ReplyDeleteahli politik lain pun diakui pangkah parti lain, inikan pula setakat tukar masuk jadi ahli parti lain, parti pemerintah pun boleh jadi pembangkang, begitu juga sebaliknya... apapun alasan keluar parti kadangkala dengan alasan dangkal atau kebudakkan itu yang kepelikkan..... selalunya berita masuk umno nie berita tambah, fitnah, atau ditokok tambah, jadi kalau betul betul pun berita orang masuk umno tu aku anggap ianya bagai cerita pengembala kambing dan serigala ... asyik menipu orang kampung, maka orang kampung pun dah tak peduli....
ReplyDeleteHe he he Kelakar kelakar. Dulu sebelum PRU12 2008 media kerajaan dok canang keluar parti macam ni jugak ... Tak pernah belajar dari kesilapan atau dah tak ada jalan lain. Kesian aku kat media rakab and the geng.
ReplyDeletesudah lah mamak jual roti canai tu mahal, air masak pun depa jual sampai 30 sen segelas. Mamak sekor ni pun nak mengelentong dalam politik pula. Sedar lah Melayu sekelian sampai bila nak kena tipu dengan mamak ni.
ReplyDeletemasuk p la umno, tak heran!!!
ReplyDeletepenaga, kepala bataih tu tempat umnoooooo... nak heran apa aiihh...
yang sure heran pru 13 nanti, kepala bataih dgn semua dun akan jatuh ke pakatan... dgn pak lahhh sekali bungkuiihhh... inshallah!!!
Betoi ke yang orang2 kat bendera kiri tu Melayu?
ReplyDeletelawak la reezal ni..harap sangat dapat bertanding ganti pak lah la tu..
ReplyDeletebongok punya mat subhie..konon melayu penang teruk kena tindas zaman kerajaan baru ni..skrip tu reezal suply ka? orang luar buleh la hangpa tipu..orang penang sendiri jangan cuba!
Walaupun berduyun2 org PKR/PAS/DAP berpeluk2 nak nasuk `lembumno` tu diberitakan dlm utusex meloya tu...saya dan kwn2 akan tetap mencelupkan jari kedlm dakwat utk mengundi kpd PR diPRU13 ni..bangunlah utk menumbangkan diaorg tu..
ReplyDeletenape xde brita org dap nak join mca/gerakan?? kah x 3
ReplyDeleteAku setuju dengan ASD , keluarkan berita ni untuk perhatian pihak2 berkenaan .
ReplyDeleteJadi pemimpin peringkat ranting ni memang ension dan membebankan. mana tidaknya , janji yang dibuat pemimpin , rakyat yang menuntut dari kita .
dah 3 tahun pegang kuasa , wakil rakyat tak berusaha untuk tunaikan janji . budak2 dok ketagih janji sampai kehari ini.
Pemimpin yang kat chabang tu ,fikir-fikirkanlah . tolonglah celikkan mata tu , nampak dah budak2 dah makin jauh . tak macam 98 dulu ,mungkin mereka dah feed-up.
liqa' ke usrah ke mesyuarat PAS ker semua tu karut belaka . semua tu tho-ghut belaka .Orang bagi duit dera untuk memperjuangkan islam . Untuk menubuhkan kerajaan Islam . Bukan nak bersekongkol dengan puak-puak kafir. Kesianlah sama dengan orang-orang yang egi ebih dahulu dari kita macam arwah Ibrahim Libya. Mereka rela mati berjuang demi untuk berjihad menegakkan agama. Bukan dengan cara berpakat dengan puak-puak kafir untuk perintah negara. PAS dah sesat dah.
ReplyDeletemana dia mamak gani yang makan kuih tahi dekat komtar , hangpa pun nak join sekali kut.
ReplyDeleteNi sme lakonan nk pikat Rembau..Mamak ni pun bangang.hang tu duk dalam parti melayu asobiah.patu hang main org melayu cukup-cukup erk.klu aku jadi khiri aku buka kedai roti suh mamak ni tebar roti!
ReplyDeletebaguis 4ria ni.nk suh khri trma krusi kepala batas hang pangil org umno ramai suh masuk umno kali ke 13? ? Org pas yg meng pjek juta pn tak masuk umno..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!