Muhyiddin akan siasat dakwaan SU sulit disogok ?


mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa salah seorang pembantunya telah menerima rasuah akan disiasat oleh pihaknya..


Dan Malaysiakini juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Sejak bila pulak Muhyiddin ni jadi Penyiasat? kenapa tidak diserahkan kes ini kepada pihak Polis atau SPRM? takut terbongkar lebih banyak ke?? atau Muhyiddin sendiri tidak percaya kepada SPRM dan Polis?

TPM siasat dakwaan SU sulit disogok

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini.

"Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 ( baca di SINI ) bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (kanan) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.

Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.

Malaysiakini

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Seperti kata Sharizat, bukan beliau seorang sahaja yang terlibat dengan kes skandal. Banyak lagi pemimpin umno yang terlibat dengan pelbagai salahguna kuasa.
    Kalau begini pentadbiran negara kita tidak kira apa parti sekalipun, nescaya akan runtuhlah negara itu.
    Wahai rakyat malaysia,ambillah iktibar dari sejarah kesultanan melayu kita dan bagaimana kita dijajah.

    ReplyDelete
  2. Itu kerja SPRM, yang Muhyiddin Yassin pandai-pandai nak menyiasat dulu akan mengganggu bukti-bukti siasatan.

    ReplyDelete
  3. biaq pi la dia nk siasat dulu...kan puak2 PR pn dh x caya ngan SPRM so dia siasat la sndiri...nnti SPRM siasat, kang puak2 PR ckp buat wayang kulit plak....hehehe serba x kena daku dibuatnya...
    klu bg Anwar siasat setuju x? huahuahua

    ReplyDelete
  4. eemmmm biasalah tu , dah kemaruk sangat dengan kuasa , fitnah jadi makanan harian.

    Main tuduh-tuduh jer sapa-sapa yag mereka tak berkenan , bukan ada bukti apa-apa pun.

    kalau dah ada bukti pasti orang yang menuduh tu dah buat laporan polis , dah berarak pun ke pejabat SPRM .

    Pelik gak politik kat malaysia ni , orang yang kena tuduh dibebankan untuk membuktikan mereka tak bersalah .

    Kalau dalam undang-undang , orang yang menuduh kena buktikan dulu tuduhan dia ada prima facie . Contoh , Macam saiful tuduh Anwar tu , dia buktikan dulu sampai peguambela Anwar habis hujah membela Anwar tu..

    ReplyDelete
  5. siasat tu cakap mulut dalam hati..jangan sbb nanti pecah tembelang aku..sharizat dah beri tahu...bukan aku saja buat kerja ini.

    ReplyDelete
  6. Bapak borek anak rintik ..apa nak hairan kan

    ReplyDelete
  7. makna nya dlm umno ada informer atau yg tak puas hati dng kepimpinan b_end.

    nampaknya bermula dr khir toyo... satu persatu terdedah..

    dlm hal mcm ni sepatutnya sprm lebih terdahulu dr dia. tp biasa lah tunggu perintah baru boleh.

    kalau sprm dan polis bertindak sendiri baru lah ramai yg akan kembali percaya. kes nfc tu pun dah tak leh nak di tutup baru lah bertindak.

    ReplyDelete
  8. Dalam semua party , SPRM ke , PDRm ke ...dalam semua negara ada informer....

    ReplyDelete
  9. Siasat sendiri kah kah kah ....Dia nak tengok agak2 nama dia ada terlibat ke.. .. nak cover line dulu ...sebelum SPRM dan PDRM masuk

    ReplyDelete
  10. oiii bengong punya TPM... tak payah siasat, rakyat tau dah UMNO-BN ni sapa...

    tunggu rakyat nanti bungkuih hampa hidup2...

    ReplyDelete
  11. Siasat sendiri? Dia ingat macam check panau kurap di belakang ke? Check buasir di punggung sendiri ke? Ini tuduhan rasuah, kena pihak tertentu siasat, kalau ikut modus operandi SPRM mesti kena bagi jatuh dari bangunan tinggi... itu petanda mereka buat kerja.

    ReplyDelete
  12. rasuah dalam umno bn ibarat tahi dan kentuk..berpisah tiada..berdemo pun dapat duit,berdemo dapat projek itu ini..tetapi di sebalik songkok tinggi,tersimpan tender projek..kahkahh..orang melayu ramai yg miskin lagi,melayu miskin di bandar apa cerita..

    ReplyDelete
  13. PPas said..

    "...eemmmm biasalah tu , dah kemaruk sangat dengan kuasa , fitnah jadi makanan harian..."

    Tuduhan tanpa bukti NYATA baru dikatakan fitnah.. tapi kalau tuduhan dengan BUKTI-BUKTI NYATA aku tak pasti sama ada ianya fitnah atau tidak..

    Cuba baca UTUSEX tu PPAS.. bukan fitnah tu adalah makanan harian UMNGOk dan UTUSEX..

    bukak mata dan hati la PPAS oiii... jgn hanya bukak tekak dan perut je...

    ReplyDelete
  14. anon 8:01pm

    mmg byk informer. tp ada yg boleh pakai dan ada yg tak leh pakai.

    ada yg nak jatuhkan seseorg.

    ada yg dah tak tahan melihat penyelewengan.

    apa pun mengapa kita lambat bertindak? ada yg tak disiasat. dlm kes khir toyo berapa puluh bukti dan aduan tlh dibuat. dlm byk informer ni kita ckp tp kenapa mcm ni? boleh tak tahu.

    jd maksud informer dlm umno ialah yg dah mati akal oleh krn itu perkara mcm kes ini di maklumkan kpd bloger atau pakatan.

    kes ini makan tiap tiap bulan beb.. kira mmg dah ok. mcmana boleh bocor. org ni bukan nak kenakan pembantu tp nak memalukan PM dan TPM.

    ReplyDelete
  15. Perompak nak siasat perompak...boleh ke?...kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post