Najib dalang konspirasi kes liwat Anwar - peguam



KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana “cap jari” perdana menteri ada di banyak peringkat kes.


Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.

Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

“Adalah jelas cap jari Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka,” kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.

Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

“Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

“Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?” kata Sankara.

Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.

Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

“Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

“Jika perdana menteri dan Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

“Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum,” katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.


The Malaysian Insider

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tumbangkan B-END semuanya akan terjawab

    ReplyDelete
  2. nak habaq mai


    pr solat hajat doa semua barakah umngok durjana doakan org kena bala
    masa dapat ayaq free dulu terjwb dah
    hang yg dok slow lambat buat analisa


    pantun karangan,dia panjang sikit.

    ReplyDelete
  3. badaq ayaq,

    pantun karangan otak hang !!
    itu pantun tanda pakatan dah sampai ke ujung nyawa !!

    huahaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Itu alasan lama yang diulang semula...

    MADAH BERHELAH !!

    hahahahaaa...

    Dulu Mahathir punya konspirasi,..la ni Najib pulak punya agenda...

    Anwar kaki temberang !!!

    ReplyDelete
  5. Anwar dah mula nyanyuk !!
    pii mahkamah pakai uniform parlimen !!

    huahaaaaaaa....

    Peliwat negara tu tak menghormati pakaian istiadat parlimen..
    ikut suka hati mak bapak dia jer..

    ReplyDelete
  6. amboooiii,..seronoknya Najib dengan Rosmah !!

    Gelak mengekek-ngekek, nooooo..
    Bila menang PRU13 nanti, tentu gelak berguling-guling pulak..

    Anuat tentu jealous tahap gila
    bila tengok gambaq kat entri tu..

    huhuhuhuuuu.....

    ReplyDelete
  7. nak habaq mai

    burung kedidi meniti teratai
    burung rakab menjamah karipap
    jgnla hang dok cerca anwaq bai
    dia tak pernah buat dosa dari kecik tau rakab..



    baca dgn nada kesal.

    ReplyDelete
  8. Entri yang segar beserta pengunjung dan pengomen setia dari mereka yang pro dan kontra, Syabas ASD...

    ReplyDelete
  9. badaq ayaq,

    karipap mak hang !!


    pssst,..baca dengan nada gumbira...
    heheheheee..

    ReplyDelete
  10. Tak tahulah sama ada tak tahu etika, kurang pengetahuan tentang protokol majlis atau memang dari kecil Mak Bapak tak ajar cara duduk dan adab di dalam majlis.

    MP Gombak, Azmin Ali dan MP Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kelihatan duduk dan tidak berdiri ketika Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada perbarisan hormat Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, yang diadakan bersempena dengan Majlis Keberangkatan Pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pagi tadi.

    Kurang ajar betul!!!

    Gambar di blog cucu tok Selampit.

    ReplyDelete
  11. Lawak sungguh alasan2 dari para peguam DSAI...bukti pun tiada bagaimana nak kaitkan PM..

    Jika benar satu konspirasi...takan tiada kecacatan kenyataan2 saksi dari pendakwaan..takan boleh mengatur kata2 para saksi pendakwaan tanpa kecacatan atau kecelaruan..takan air mani DSAI boleh dapat dengan mudah..kenapa DSAI memilih pembelaan tanpa dia bersumpah dlm mahkamah...

    P/S: Yang benar pasti akan datang jua..

    ReplyDelete
  12. rakab... rakab...
    kalaulah ditakdirkan oleh allah mlm nie adalah nafas terakhir untuk kau,dgn fitnah yg ko sebarkan dgn x tau benar atau x.... mudah2an diampunkan allah la kau rakab... astaghafirullah..

    ReplyDelete
  13. Kes yang byk keraguannya ..Ambil DNA Anwar pun curi2 di botol mineral water ,towel....dll

    ReplyDelete
  14. rakab si badigol sood..

    ReplyDelete
  15. Awat hangpa tuduh najib dalang?
    fitnah besar tu.....
    Kalau kata rosmah jalang ok tu...
    najib ni pula jembalang anak didik setan....
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  16. Di sesetengah Negeri terutama dlm tentera mrk akan memakai uniform walaupun masuk dlm game show atau prog tv. Ini krn mrk berbangga dgn uniform tsbt. krn itu lah bila polis yg beruniform balik kerja dan tempuh dgn satu kemalangan kalau polis tsbt tdak memberi bantuan org akan lekeh lekeh kan polis tsbt.

    dan bg DSAI pula ialah krn dia dituduh atas kapasiti dia Sbg ahli politik dan ketua pembangkang.

    ReplyDelete
  17. kalau Rakab 12:00 am nak tahu..

    Tu lah GeLak OrG yg TakBeriMan.

    ReplyDelete
  18. rakab 12:35 AM

    Kalau Azmin dan Yusmadi berdiri, kau kata pulak kurang ajar dgn Najib. Kau kata dia org ambil kesempatan.

    Yg aku tahu lah yg berdiri ialah org kat pentas utama. Krn Pembarisan hormat itu mmg cuma nak penghormatan dr org yg di pentas utama. Kalau semua berdiri dah tk jd istimewa.

    Mejar Zainal, Betul tak?

    ReplyDelete
  19. bukti ada .. dua dua mengaku bertemu.

    hasil dr pengalaman fitnah pertama maka kecacatan kenyataan saksi dpt di atasi.

    Dlm kes ini kalau DSAI dipenjara maka yg paling untung ialah Najib. Motif dah ada dan apa jua selepas ini jari jari rakyat menunding kpd Najib. krn perkara ini lah ekonomi kt merundum.

    P/S Kebenaran yg Hakiki ialah di hadapan Yg Maha Adil.

    ReplyDelete
  20. rakab ni pencacai tegar umnongok ketuunan dari spesis zionis tak heran lah kalau suka menabur fitnah sbb dah tempah satu tmpat di NERAKA JAHANAM

    ReplyDelete
  21. pr pengkhianat agama,bangsa n negaraDecember 13, 2011 at 1:30 PM

    hahahaha..sudah2 la tu nuar oi...bosn dgn alasan ko..asyk2 konspirasi...hahahah..power sgt ke ko tu..parti ko sndri pon kucar kacir..pemlih parti pkr pon siap bertmbk2..buang2 kertas undi..wt rpot pols..pengasas n kwn2 lama ko sme dh tngglkn ko..sudh2 la tu nuar oi..adik angkt ko kt indon si sukma tu pon dh lm rndukn ko..xdpt belaian dr ko..parti ko pon dh semkn mengecil..tiap ari akn ade yg kuar..ni mngkn dr sumph lknt saipul..makin lm mkin celaru pr ni..oi nuar..pndang sini japp.

    hakkkkkkkk....ptui!!!!tepat kene muke ko..hahah..nuar juburi raja peliwat dlu kini dan selamanya..

    oi bdk2 pr..tagline pkr skrng "demi rakyt"..siap ade simbl tgn banyk..korng tau dr mana simbl tu diambl..meh tgk sini..kebetulan atau disengajakan..hahahaha...nuar pencinta hub sejenis..

    http://theunspinners.blogspot.com/2011/12/demi-rakyat-atau-demi-gay.html

    ReplyDelete
  22. non 9.14,

    Dalam gambar tu,..seluruh barisan
    berdiri,..cuma dua ekoq tu jer yang sengaja duduk..orang dikiri dan kanan depa pun berdiri..

    tengok sendiri gambaq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post