Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - Najib


Berita yang sudah sememangnya dijangkakan... sambutan Guan Eng terhadap cabaran Zahid Hamidi untuk menyelam bersama Kapal Selam Malaysia akan dimanipulasi sebaik mungkin ole media-media tunggangan UMNO.


Baca laporan ini dulu..

Jangan percaya putar belit media BN pasal Kapal Selam

Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

“Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

*******************************************

Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi, semalam.

Perdana Menteri berkata, mereka juga telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara.

"(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam.

"Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Hadir sama Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada f2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi.

Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi.

Dalam pada itu Najib berkata, semua pihak harus berani menghadapi sebarang kritikan iaitu dengan meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap setiap program dilaksanakan seperti mana program Permata.

"Anggaplah kritikan itu sebagai perangsang kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Jangan patah semangat. Kuatkan iltizam dan kita buktikan apa yang kita laksanakan ini dibuat secara bersungguh-sungguh terutama program-program berkaitan kesejahteraan rakyat.

"Mereka yang mengkritik itu hanya mahu menjadikan program-program yang kita laksanakan sebagai modal politik sahaja," katanya.

Selain projek kapal selam katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga tidak kurang hebatnya menerima kritikan daripada pakatan pembangkang sedangkan kewujudannya adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah.

"Pelbagai tuduhan mereka lemparkan termasuk mengatakan barangan yang dijual di KR1M mutunya rendah," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Setelah mengesahkan Scorpene memang boleh menyelam, LGE pertikaikan pula harga kapal selam tersebut yang kononnya mahal..

    Aku tak tahu samada nak ketawa ke..atau bersimpati dengan LGE ni..

    ReplyDelete
  2. analoginya mudah , kata LGE sikomunis ni , kaalu orang beli kereta baru kemudian ada kecacatan dia akan mintak tukar baru .

    beli kapal selam , kalau ada cacat , mintak tukar baru .

    ooo macam ni selama ni LGE dok klentong penyokong nya . guna analogi mudah yang tak logik . rendah sangat tahap pemikiran penyokong LGE ni !!!!

    ReplyDelete
  3. LGE patut pertikaikan kenapa begitu lama untuk membaiki kerosakan pada kapal selam tersebut dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Rasanya pembangkang konsisten dalam hal nie, Kapal Selam nie pembangkang pertikaikan komisyen RM500 juta bab menyelam atau tak tu no. 2. APA YANG LEMBU-LEMBU umNO TAK PAHAMNYA?

    -wakleman

    ReplyDelete
  5. kalo berfikir secara rasional ... harganye tu terlampau sangat, dan komesyen tu ....

    ReplyDelete
  6. ada dua isu. satu tak leh selam. satu komisyen.

    isu selam mmg dah boleh selam. tp aku yakin cuma dlm setahun ni je yg leh selam sb spare part tlh diganti. biasalah bila tukar spare part yg baru nanti akan berjangkit kat bhg yg lain. usik radar, radar ok tp beberapa bulan kemudian komputer atau pancaran pulak yg rosak. Yg tak dinafikan ialah selama 21 bulan sebelum menyelam kpl tersbt semalam mmg tak leh selam. sepatutnya hari ini beli sebulan se lepas itu, LGE dah boleh dijemput utk naik kpl selam.

    Tetapi LGE tlh menyatakan bhw zahid tak leh bg jwp terhdp desakan (LGE) bhw kpl selam tak leh selam tlh di pulangkan kpd pengeluar utk diganti yg baru. - Parlimen 17Mac2010. Jd kpl selam yg dia naik ialah kpl selam yg baru dan bukan kpl selam yg pertama.

    isu harga komisyen masih tak berjawab. Brape hrg komisyen yg diambil oleh Perimekar. 10% dr hrg jualan. 45% ? atau 65%?

    ReplyDelete
  7. aku plak nak ketawa kat ko rakab,samaada ko bodo atau buat2 bodo

    ReplyDelete
  8. anon 11.13,

    analogi kepala butuh
    analogi puki mak hang
    melayu bangsat...
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  9. RM3.68 Bilion untuk 2 kapal selam second hand yang rosak dan mengambil masa 21 bulan baru boleh menyelam, sesuatu yang membazir.

    ReplyDelete
  10. nak habaq mai

    kalu takot dilambong ombak
    jgn dok berumah ditepi pantai
    ayaq free kami hangpa pun rompak
    kopi free kami pun hangpa bantai

    ReplyDelete
  11. Dah repair baru heboh2 masa baru beli dah rosak ..senyap je kena tunggu di highlightkan ...pasal commission hingga hari ini tak jawab2....

    ReplyDelete
  12. nak gabaq mai

    org berdosa dok hayun komisen
    kami mulia dok hirup kopi free
    umngok durjana membohong takda lain
    rakyat suka dah dok dapat ayaq free

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post