PANAS!! Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat letak jawatan!



Oleh kerana Shahrizat adalah dianggap sebagai kakak dan Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno beliau wajar di pertahankan kata Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO menurut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno.


Kenyataan itu (baca di SINI) bolehlah kita anggap sebagai kesetiaan membabi-buta Pemuda UMNO..

Rentetan dari siri desakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas tidak punya prinsip seperti Pemuda UMNO di atas (baca di SINI).. hari ini.. Pemuda MCA juga mendesak Shahrizat supaya letak jawatan!!

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur

Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.

Justeru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.

Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

Malaysiakini

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tunggu dulu,bagi la lembu2 tu beranak kembaq 7 baru la boleh letak jawatan.

    ReplyDelete
  2. TAK PAYAHLAH LETAK JAWATAN KERANA INI AKAN MEMBERI KELEBIHAN BUAT PAKATAN RAKYAT.TERUSKAN PERJUANGANMU KAT IZAT UNTUK TERUS MENYAPU LAGI KHAZANAH NEGARA.

    ReplyDelete
  3. pemuda MCA, ghapur salleh, bung radin dh bising isu ni. musykil knapa geng2 PERKOSA, GAP, zahrain hashim membisu isu NFC ni. adakah mereka sudah dikembirikan spt pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  4. Jgn dikata apa2 dah..biar sharizat dok dalam kandang jemaah menteri BN sebab taik yg dibawanya akan melantun-lantung kehidung menteri2 lain.Bila dah terkena so bau ambik la sorang sikit buat kenang-kenangan.Tak gitu Rakab..jgn marah yer..nanti kena kentut ngan mak lampir sharizat.

    ReplyDelete
  5. non 4.42,

    Dah aiih,..aku tak marah..

    Aku cuma terkilan dengan laki Shahrizat yang jadi pengerusi NFC tuu..

    Jawab laa,..bagi penjelasan..
    Kalau hang rasa berada dipihak yang benar, hang wajib jawab !!

    saman laa,..tunggu apa lagi...
    takkan Shahrizat dan Umno pulak nak tanggung beban masalah yang di buat NFC..??

    saman jer laaa....apa tunggu lagi !
    tak pun letak jawatan pengerusi NFC...

    ReplyDelete
  6. rakab 5:02 menyamar aku... siall..

    aku takkan komen mcm tu.. aku support 1000% kak jat.. aku taknak dia angkat kain dia lagi.. tak tahannn...

    ReplyDelete
  7. UMNO/BN MEMANG SUKA KUTIP SAMPAH...

    ReplyDelete
  8. anjing-anjing pkr ni asyik menyamar aku jer..
    aku baru nak komen, dia orang dah guna nama aku...

    PAKATAN JAHAT

    ReplyDelete
  9. nak habaq mai

    kami pr beqlembut umngoh lebih2
    makin biar makin didih perasaan
    hangpa umngok tak ingatkah weh?
    jgn sampai kami baring ataih jalan!




    hidup2!hidup rakyat!hirup2!kopi free lazat!!

    ReplyDelete
  10. apa ni, jangan la menyamar guna nama aku.. aku pun dah tak tahu mana satu komen aku..

    ReplyDelete
  11. hihihi..jangan pedulikan depa rakab, balon lagi !
    anjing pakatan mmg pandai nyamar,
    depa mana ada maruah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post