Perhimpunan Agung UMNO gagal jamin BN undi padu PRU-13



SHAH ALAM, 4 Dis - Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.

“Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.

“Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan,” kata beliau ketika ditemui selepas Forum “Bersekutu Mendesak Perubahan” anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.

Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.

Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.

Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.

“Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini,” kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.

Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.

“Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.

“Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat,” katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.

“Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. prof nilah yang cakap masa pilihanraya Sarawak ari tu pasal kemenangan PKR ..... eemmmm apa kategori prof yang macam ni kita nak bagi ekkk ...

    ReplyDelete
  2. MARILAH BERSAMA SAYA...MARILAH BERSAMA SAYA......HAHAHAHA UCAPAN PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN....

    SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU MANUSIA TETAPI SEBALIKNYA MANUSIALAH YANG BANYAK MENIPU SEJARAH........

    LEARN THROUGH MISTAKES.......BRO

    ReplyDelete
  3. papepun nnt kita akan tahu sape yg menang..sama2 la kita bersatu...pape pun bila jadi artis kene pandai jaga diri..lihat ni http://terubukbakar.blogspot.com/2011/12/ingin-melihat-artis-tempatan-menari.html

    ReplyDelete
  4. cekli,

    Sejarah memang tak pernah menipu..
    sejarah menunjukkan Pas tak pernah memerintah Malaysia..

    heheheheee....dan ia akan kekal begitu..

    ReplyDelete
  5. Dr. Abu Hasan ni orang Kelantan yang pro pakatan. Aku pernah tengok video dalam satu forum dia
    berdebat dengan Dr.Ashraff wajdi
    di mana hujahnya sentiasa memihak pakatan.

    Pandangannya bersifat memihak....

    Reject !!

    ReplyDelete
  6. nothing last forever..........jgn bongkak sgt

    ReplyDelete
  7. nak habaq mai

    rakab dogoi,yg memerintah tak bagi ayaq free,kopi free lagi takda.yg tak memerintah pulak yg bagi,sapa baguih?hang cekmate dgn aku la ni bukanka?

    ReplyDelete
  8. badaq ayaq,

    hang panggil aku dogol nooo...
    ustaz lim kit siang tak ajaq hang ilmu tasawuf kaa..?

    cuba habaq mai kat aku..
    hang nak ayaq free tak..??

    ReplyDelete
  9. nak habaq mai

    aku dengaq la ni dia mengajaq bahasa melayu.aku dengaq a.samad said pun amnik tution dgn dia.hang tak tengok apa rupa b.melayu limkitsiang?ramli sarip pun rendah hati nak habaq mai..berasap.ayaq..ayaq,aku tibai hang baru hang dok tau.

    ReplyDelete
  10. kahkahkahkah..

    badaq, hang pun geli denganq ayaq,
    ayaq...ayaq !

    padan muka hang...

    nak ayaq free tak ??

    heheheheee..

    ReplyDelete
  11. non non kat atas anjing pakatan menyamar aku hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Kah kah kah... Rakab ni tak habis-habis menyamar sebagai Rakab, pastu dakwa orang lain pula yang menyamar sebagai Rakab... Kah kah kah.

    ReplyDelete
  13. nak habaq mai

    aku geli pasai niat hang dok nak perlekeh dapat ayaq free.hang tak baguih.bawak2 la tobat mai join kami rakab.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post