Rapat Rakyat Asal Bukan UMNO (ABU), 15 Disember ini..


9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.


ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?

ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT

Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.


Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Sidang Media Pelancaran ABU di Pulau Pinang lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Johor lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Melaka lihat di ( SINI )
Sidang Media Pelancaran ABU di Negeri Sembilan lihat di ( SINI )
Lain-lain negeri sila lihat di ( SINI )

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najeeeb silap dia ingat dia boleh tipu raykat ....Undi kami bersama rakyat yg telah dizalimi

    ReplyDelete
  2. Pelancaran ABU melibatkan semua lapisan rakyat? sesungguhnya bukan semua rakyat M'sia menyokong pun...puak2 PR hanya syok sendiri mengata ia kehendak rakyat..aduhai...yg dok nampak, pi mai..pi mai..tang tu juga..muka2 yg selalu2 tu aje yg turun..mana ada muka baru...

    P/S: ABU adalah hanya utk mewujudkan gelombang2 baru utk puak2 PR semana2 aje..ia hanya semata2 kerana PRU13 aje..ini disebabkan gelombang2 tsunami PRU12 dah muram...Pepatah Melayu mengatakan pokok pisang tak akan berbuah 2x...kalu berbuah 2x pun..yg kedua takan sehebat seperti yg pertama..

    ReplyDelete
  3. kepada anak kg pertama...

    ko jangan angkuh sangat harapkan BN akan kekal sampai kiamat.. sekarang ramai rakyat lebih independence and non partisan.. bukan nak duk bawah ketiak UMNGOK je.. kalo UMNGOK BN rase ini semua retorik lagi bagus maka UBN akan dibuai mimpi2 indah.. kita lihat siapa yang kena.. x kebuloq aku dgn BN

    ReplyDelete
  4. pas lah yang beri anak aku RM100 dan pas jugak akan beri aku RM500 nanti horey haramjadah pas bestlah dapat duit untuk berdemo.

    ReplyDelete
  5. anon 4.43am - ko komen pukul 4 pg tp jelas kebodohan sejak lahir. Lebih baik ko sembahyang tahajjud ke, hajat ke lg afdal. Pandai ke? itu persoalan jugak. Tp apa yg aku nak bgtau, kau rasa mana si Najibrosmah dpt duit nk bg kt rakyat? Aku tau kau mmg bkn pakar ekonomi, aku pun sama, tp kalau dh 14 tahun berturut2 belanjawan defisit dan hutang negara hampir setengah trillion (klu kau tau nilai dia la), kau rasa mana dia nk dpt balik duit2 tu, klu bkn kenakan balik kepada rakyat (GST, cukai prepaid etc) termasuklah yg dungu mcm kau dan pecacai lain.

    ReplyDelete
  6. kerajaan Rom, Parsi, uthmaniah yang hebat pun boleh jatuh .. inikan pulak UMNO .. hehehe

    ReplyDelete
  7. KALAU ADA BAJU TSHIRT BERTULIS ABU

    KENA TANGKAP TAK KALAU PAKAI?

    RAKYAT DAH SEDAR KRN TELAH DITIPU BEE END UMNGOK BERKALI KALI.

    RIMAS LAH SIAPA YG NAMA ABU DLM UMNO

    ENTAH ENTAH RAKAB@BAKAR = ABU BAKAR.

    SLOGAN ABU AKAN BERKUMANDANG PD PRAYA 13 .. ABU! ABU! ABU!

    PUAK UMNO AKAN IKUT PUNYA.. TUNGGU LAH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post