ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.
emm, macam2 hal sekarang ini...
ReplyDeletelembu punya susu....sapi dapat nama...
ReplyDeleteAku ingatkan RTM dah sedaq diri rupa-rupanya lagi teruk lepas 2008. macam orang puteh kata 'menipu seorang pada setiap masa boleh, menipu semua orang pada satu masa jugak boleh, tapi menipu semua orang pada semua masa nak cari nahas la namanya' Sama-sama kita hapuskan media sampah pengipas BN dari Malaysia tercinta.
ReplyDeleteBiasa lah RTM siapa tak tahu TV yg diperlembukan kerajaan............aku dah berzaman tak tengok siaran RTM tak dtg kan faedah pun ,buang masa je
ReplyDeleteSun Tzu's principle No 3: Disrupt the work of their government by every means"
ReplyDeletemmmm...mengapa Pakatan tak balas cara demikian?
RTM1, RTM2, TV3... tengok boleh tp prcaya jangan trutama brita dlm negara. Brita sukan je boleh pakai.
ReplyDeletemereka hanya diperalatkan,sebab matlamat Rakab Taik Memburit(RTM)kepada najis busuk asal duit pun busuk,kerana siapa2 yg perintah negera RTM tetap setia walaupun Pakatan memerintah selepas pru13 nanti RTM tv1,2,3suku pasti setia pada Kerajaan Pakatan...
ReplyDeleteMacamana pula dengan Infrastruktur Negeri Sabah dan Serawak setelah 54 tahun umNO memerintah?
ReplyDelete-wakleman
hampa tengok puak lembu UMNO dok jadi pencacai .. seronok dapat masuk TV.
ReplyDeleteKita kena guna akai yang dok ada. Masalah Melayu adalah kerana kurang membaca dan hanya terdedah dengan TV1 dan TV3. Inilah punca dari kecik sampai besaq jadi bodoh.
woit Anuar,
ReplyDeleteHang tak mau crita pasai ayaq free lagi ke..??
habaq mai laa...
biasa la tu, media dunia... jumpa je kat pdg masyar nanti
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!