KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.
The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke , yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.
“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.
Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.
Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.
“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.
Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.
Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.
The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.
Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.
Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.
Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.
Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.
Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.
The Malaysian Insider
Aspan Alias dah lama kena reject dengan Umno,..semenjak tu dia mula cenderong pada Dap.
ReplyDeleteKenapa dia pilih Dap ?? Sebab dia
memang tahu Pas dengan PKR tak boleh pakai, tak diyakini langsung....
tak kesah la pas & pkr boleh pakai ke tak..janji bukan umgok...
ReplyDeleteMulanya Guan Eng diangkat jadi khalifah,kemudian Nik Aziz jadi Nabi... laa lni pulak Anwar Ibrahim diangkat jadi Imam Mahdi.
ReplyDeleteInilah yang dinamakan kultus serupa macam Ayah Pin yang dikatakan mempunyai kerajaan langit.
Rugi puak PKR keluar parti,sebenarnya semasa kongres PKR tahun lepas Wan Azizah sudah memberi signal kepada ahli parti apabila mengelar Anwar sebagai satu 'Anugerah Tuhan'
Barangkali inilah juga menjadi salah satu faktor SMM atau gerembolan siswa bangang turun nak berdemo 9Januari nanti kerana Anwar menurut mereka hanya melakukan liwat secara suka sama suka bukannya paksaan terhadap Saiful.
Mereka berpendapat adalah tidak adil jika mahkamah sabit kesalahan liwat memandangkan liwat Anugerah tuhan bukannya ada unsur rogol atau paksaan.
Kita septotnya mengambil teladan dr politik org cina...adakah dgn keahlian 2 ekor yg dh tenggelam punca ni bleh memartabatkn agama islam di dalam DAP...
ReplyDeletesemestinya x mgkin...
Adakah PKR n PAS berdaya utk berkata langkah mayat kami apabila HUDUD dipertikaikan oleh DAP?
ISLAM ape yg puak2 PKR n PAS perjuangkan?
DEMOKRASI(ciptaan yahudi) atau SISTEM KHALIFAH (ISLAM) yg anda prjuangkan??????
Jgn melebih2kan Politik berbanding Agama....
ReplyDeleteJgn terlalu menjaga hati org2 kafir hinggakan mengenepikan Martabat Islam...
DAP bukan party utk org Melayu je ,,,,,semua bangsa ada lagi muhibbah banding dgn MCA,,,,,ok tu asalkan bukan UM Noooo?masuk Umnooooo skrg ini serupa macam menyokong perangai haramjadah mrk....perompak negara
ReplyDeleteAdakah dengan PR memerintah x jadi perompak...surau wakaf di kedah nk dirobohkan dijadikan pusat komersil...hehehe pelaburan nk menaikkan ekonomi negeri Kedah la katakan,
ReplyDeleteApe perasaan org yg wakafkan tanah tu?...
Lepas ni org nk wakafkan tanah pn pikiaq puluh kali...
Kesannya sepuluh tahun lagi xder lg tanah wakaf...
puak-puak umno tak payah nak berlagak baik. kerosakan-kerosakan yang berlaku sekarang ni adalah hasil tangan puak-puak umno munafik ni. dah 54 tahun umno dberi amanah, mana yang makin baik. agama islam, hancur, bahasa melayu hancur, ekonomi orang melayu, hancur, sosial anak melayu, hancur, tanah orang melayu, banyak tergadai. banyak lagi kehancuran yg dilakukan oleh puak munafik umno. so kpd ahli umno dan pencacainya muhasabah diri dulu.
ReplyDeleteaku xpaham..asal ada penyebaran agama dari puak lain je,mesti Dap yg kena..agaknya dlm Dap je ada kristian @ agama2 lain kot..sbb tu kat sarawak(bn yg perintah)kristian bebas tersebar di mana2 sehinggakan ke dalam hutan.
ReplyDeleterakab ngan jack apa? oo jack spparow..kalau kamun x suka pergi ke blog yang kamu sokong taik sangat tu..hukum jangan buat main..kalau jahil jgn bercakap..
ReplyDeletenon 12 53,
ReplyDeleteHakikatnya Dap yang selalu bersikap melampaui batasan bila
melibatkan soal penyebaran agama Kristian, hak istimewa melayu dan kedaulatan raja-raja.
Ko tak sedar ke rakab. Komen ko disini tak laku pun.. Ko dan utusex sama je.. Lapor berita palsu dan fitnah.. Takde siapa percaya pun.. Lembu dan org bodoh saja yg akan percaya..
ReplyDeleteTanggungjawab aku ialah menyampaikan maklumat, samada laku atau tidak terpulang laa...
ReplyDeletehaha tulah..kerana bsekutu dgn PKR dan Pas...kerusi DAP di Johor banyak yg hilang.....x payah gabunglah....
ReplyDeleteni mangkuk uyun mana dok crita pasai surau kat aloq staq. hang dok tgk tv3 dgn rtm saja tu otak beku mcm taik. aku yang dok kat sana pun sokong sebab paham.. hang tak tau apa2 dok jadi barua umno
ReplyDeletedulu kandang babi dlm kmpung aku( 30 taun umno dok jaga babi dlm kg berjaya) hampa babi umno tak mau hingaq.. dulu bila kami nak bakaq jkkk yg halang.. keliling kandang babi rumah melayu saja.. masa tu pr nak roboh umno dok jadi hero orh cina..guna tv3 dgn rtm..
la ni nak roboh bgunan insuran yg ada surau jadi hero org mlayu plak..
umno haram jadah
mca camna pulak.. la ni dok hntam islam.. mana pi barua umno semua..hampa ni elok asabiyah tinggi sgt.. cuba guna islam sbg pnduan.. bkan guna MELAYU..pr akan gadai islam... akai ada ka.. slama ni umngok ni dok jaga islam ka..?? kpd ramai yg crdik politik dia takkan kekai dlm umno tu saja..
ReplyDeleteklau jaga hati org bkan islam tak salah..klau dia dpt jaga agama islam..
ReplyDeletenak kaya masuk umno..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!