‘Sayalah yang perkenal Auku’ - Dr. Mahathir



Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran, yang kini menjadi kemelut antara Kerajaan dan Mahasiswa.


Kerana Akta tersebut juga, Najib telah dimalukan (SINI) bilamana bendera beliau diturunkan dari PWTC oleh sekumpulan Mahasiswa..

Bukan itu saja malah Mahasiswa yang menurunkan bendera Najib itu juga diancam akan diludah oleh sekumpulan pencacai UMNO ( SINI )dan Mahasiswa tersebut juga telah cuba ditumbuk dihadapan Polis oleh pencacai UMNO ( SINI )

‘Sayalah yang perkenal Auku’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran.

Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.

“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku.

“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,” katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008.

Menurutnya, pengorbanan dipohon daripada penuntut hanya sedikit. Masa menuntut tidak begitu lama, hanya tiga atau empat tahun.

“Setelah lulus, tumpukan sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika menjadi minat utama kerana pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh sendiri.

“Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, jika kita sanggup menghabiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela menggunakan duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar.

“Maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita,” katanya.

Menurutnya, penuntut Melayu berminat de­ngan kegiatan politik dan suka melibatkan diri dengan demons­trasi jalanan serta aktiviti politik lain yang mengambil masa mereka di universiti.

“Tindakan sedemikian menyebabkan tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan ianya merugikan mereka dan masya­rakat Melayu jika mereka gagal.

“Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka menjadi kurang berpengetahuan dalam bidang politik. Tidak juga,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan, mereka boleh adakan forum perbahasan dalaman antara universiti dan mendapatkan pakar yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dan sesi soal jawab.

“Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti berparti, mereka boleh menguasai dan memahami politik.

“Kegiatan seperti ini, tidak memisahkan mereka daripada menumpukan masa me­nguasai ilmu,” katanya.

Beliau berkata, harus di­ingat bahawa pembiayaan bagi setiap penuntut sama ada yang mendapat biasiswa atau tidak, datang daripada duit rak­yat. Duit itu disalurkan de­ngan rela hati kepada mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut mereka yang akan menjamin masa depan cerah bagi mereka.

“Jika dilihat selepas 15 tahun merdeka, bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai terutamanya Melayu.

“Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain- lain ahli profesional adalah kecil dan ia amat menyedihkan,” katanya.

Menurutnya, setelah Da­sar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, maka jumlah penuntut di tiga universiti tempatan sudah bertambah. Ttetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.

“Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai pe­nuntut Melayu dan Bumi­putera lain hanya diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu,” katanya.


Sinar Harian

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mamakkuty menyekat perkembangan fikiran anak2 melayu supaya mamakkuty ini dpt bermaharaja sbg melayu tulin.

    ReplyDelete
  2. Pendidikn prlu seiring dgn politik supaya tdk menjadi hamba politik bila tamat pendidikn kelak. Pengaruh politik brpotensi meningkatkn daya kecergasan & pemikirn pelajar. Kini, usaha TDM dahulu sudh menampakkn hasil hari ini bila mana bnyk pelajar IPTA yg rendah moral, disiplin, trlebh brsosial dsb brbanding mrk yg trlibat secara tak langsung dlm politik.

    ReplyDelete
  3. TDM & NAJIB
    Wajah yg memakan daging manusia d akhirat kelak..

    Saham fitnah yg brtambah dari sehari ke sehari. Jauhkan diri anda drpd brsekongkol dgn mrk sekirny sayangkn diri anda.

    ReplyDelete
  4. muka macam setan...
    kah...kah...kah...
    iblis kut...
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdullillah Malaysia dikurniakan pemimpin sebijak dan seikhlas Tun M.

    Tak macam Anwar , dulu masa jadi pelajar bawak cerita fitnah bahawa penduduk Baling kebulur.Bila jadi Menteri pertahan AUKU bagai nak rak . Dah jadi pembangkang pengaruh minda pelajar pulak tentang AUKU . Yang jahanam pelajar , dia tau tangguk laba politik jer .

    Berapa ratus ribu dah universiti keluarkan graduan yang dah berjaya dalam hidup . Adakah mereka ini hamba politik ??? Tidakkan mereka adalah tuan atau boss dalam masyarakat ??

    Hanya 400 yang minta mansuhkan AUKU sedang berpuluh ribu lagi dapat belajar dengan tenang tanpa campurtangan politikus partisan hasil dari AUKU yang Dr.M cetuskan. Jika tidak masakan Malaysia berada pada tahap kemajuan yang ada sekarang .

    Bagi 400 orang yang lebih pentingkan politik hingga sanggup diperkuda oleh PKR , Tian Chua , chegu Bard dan Anwar , eloklah berhenti jadi pelajar dan tumpukan politik sepenuh masa .

    Yang sedihnya dalam 400 tu semuanya pelajar Melayu . Cina dan India tak terlibat pun . Mereka pulak bukannya pelajar cemerlang pun . anak muda yang cetek pengalaman hidup memang mudah diperkudakan . Bila keluar result bukan ada pun dalam 400 ni yang 1st class.

    ReplyDelete
  6. sapa2 yg penah kerja atau terlibat dgn mamak je tau camna spesis mamak ni punya perangai walaupun x semua.kalo bole semua nak kawal.

    ReplyDelete
  7. Thanks Tun...

    Ynag bongok totok pr ni, cuba baca betul2 artikel tu..

    ReplyDelete
  8. Dah lama pun AUKU ni d laksanakan tetapi kenapa plak ranking universiti d M'sia ni tak sangkut pun dlm kedudukn 200 terbaik dunia?? Sungguh memalukan..

    AUKU GAGAL...

    ReplyDelete
  9. Nasib baik ada AUKU !
    Mahasiswa dapat tumpu lebih pada aktiviti menimba ilmu semasa dipusat pengajian tinggi.

    Kalau semua anak muda dibenarkan terlibat aktif dengan politik kepartian dari mula jejak kaki di IPT, jawabnya ramailah yang hilang fokus pada pelajaran dan akhirnya gagal.

    Terimakasih Tun..!!

    ReplyDelete
  10. masuk kah di akal hny krn 400 org yg ingin berpolitik dr beribu ribu org yg belajar maka dikena kan auku. lain lah kalau beribu ribu yg berpolitik logiklah kenakan auku.

    ini bukan hny pelajar ingin berpolitik tp mrk ingin mendapat maklumat dan dasar parti parti dr kedua dua pihak. masalahnya cuma parti pemerintah aje yg boleh masuk dlm kampus. pemimpin pakatan masuk dikatakan pelajar berpolitik. pemimpin terutama puteri dan pemuda masuk tak pulak tuduh pelajar berpolitik.

    setuju dng komen anon 5:12pm dan selalunya kjaan umngok akan menjadikan contoh luar negara yg maju dlm semua hal tp mengapa dlm hal ini dikecualikan pulak.

    ada pelajar yg ingin belajar utk makan gaji. dan ada pelajar yg ingin belajar utk berkhidmat terus kpd rakyat sbg pemimpin atau wakil kpd rakyat.

    400 org melayu yg terlibat sedar bhw politik yg akan menentukan survival org melayu. kalau tidak kita akan jd spt melayu singapura yg tidak suka berpolitik.

    krn itu lah umno mempertahankan dan sentiasa memperkuatkan parti. tp cukupkah setakat itu kalau tidak melahirkan pemimpin muda yg berperinsip dan amanah dlm berpolitik. hasilnya lihat lah umno skg? mrk hny melahirkan pemimpin pelapis yg bisu dan pekak dgn keluhan rakyat.

    Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar adalah proses politik. Pemilihan yg melibatkan kempen. Kempen utk menunjukkan kebolehan dan wibawa sbg pemimpin. Mrk lah harapan negara tp umno lebih suka pelajar di wakili oleh pelajar yg tidak ada kekuatan diri dan hny pak turut.

    PATI@Pejaung Allah Tegak Islam

    ReplyDelete
  11. bagus lah sb skg ramai mak bapak yg berbangga dan pencanai pun tak peduli sgt dgn ramainya anak anak melayu yg masih kecil dan yg masih menuntut masuk AF jd penyanyi jd pelakun..

    pelajar berpolitik di larang ttp pelajar yg jd artist di biarkan.

    ReplyDelete
  12. Alahai sibuk dgn apa benda nama nya...AUKU , nak jadi top 200 university in the world pun tak mampu...uni swasta lagi hampak ...asal kan boleh je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post