
Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 Trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250Juta baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.
Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.
Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya.
Kos pembelian dan pembuatan kapal-kapal peronda tersebut kini telah meningkat secara mendadak kepada jumlah yang amat diragui sekali, iaitu RM3.0 bilion sebuah. Bagaimanakah Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd ini boleh terlibat di dalam urusan-urusan dan kerja-kerja pembinaan kapal peronda untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)?
Siapakah Bouestead Naval Shipyard ini sebenarnya?
Kos kontrak yang meningkat
Kontraktor asal yang telah dipilih untuk membina generasi kapal-kapal perang Malaysia yang pertama adalah PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Amin Shah Omar Shah bersama dengan adik-beradiknya. Datuk Amin adalah jutawan yang terkenal dan rakan karib bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ianya berlaku sewaktu era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sewaktu program pengswastaan negara dalam tahum 1990an yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, Datuk Amin adalah merupakan salah satu daripada sebilangan kecil usahawan bumiputra yang telah dipilih untuk mengambil-alih beberapa syarikat-syarikat dan kerja-kerja milik kerajaan. Salah satu daripada kontrak yang berjaya diperoleh Datuk Amin adalah operasi Naval Dockyard di Lumut, Perak
Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 milion. Datuk Amin yang mempnyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.
Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion. Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.
Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM. Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang buatan PSC-Naval Dockyard tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.
Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.
Kos asal RM5.35 bilion bagi kontrak tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada RM6.75 bilion menjelang Januari 2007.
Dokumen dan baucar bayaran tidak wujud
Di dalam laporan juru audit negara yang telah dikemukakan di dalam parlimen sebelum ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard sehingga Disember 2006 walaupun hanya kerja-kerja siap bernilai RM2.87 bilion telah dicatatkan, yang bermakna kementerian tersebut telah terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48 peratus pembayaran.
Malah jemaah menteri juga telah meluluskan pemansuhan penalti kelewatan kerja terhadap PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 milion.
Menurut laporan juru audit negara yang sama, terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih daripada RM943 milion telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tidak mempnyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan.
Bolehkah kerajaan BN menjelaskan bertapa seriusnya penyelewengan tersebut dan bagaimana pembayaran tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan dokumen yang sah dan siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut secara membabi buta atapun adakah ianya disengajakan, sementara kerja-kerja tersebut masih belum disempurnakan dengan sepenuhnya?
Laporan juru audit negara itu juga telah mengesahkan bahawa urusan tersebut adalah suatu siri penyelewengan kewangan yang serius dan pengesahan bahawa PSC-Naval Dockyard langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran dalam pembinaan kapal perang kecuali pembuatan bot pukal dan bot-bot peronda polis yang kecil.
Amat menghairankan, sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan dan kerugian berjuta-juta Ringgit walaupun laporan audit tersebut telahpun dikeluarkan kepada umum.
Baca juga .. Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula?
Malaysia Chronicle
dan lagi dan lagi dan lagi ..................................hingga terkubur UMNO dan BN dalam sejarah politik malaysia , neraka jahanam menunggu puak puak ini.
ReplyDeleteBee End oh Ameno..
ReplyDeleteBadrolAmin dah nobatkan Anwar sebagai Imam Mahadi..!!
ReplyDeleteTengok ler sendiri video tu..
Aku dah peringatkan dari awal lagi
bahawa puak pakatan ni kumpulan songsang..!!
Sebelum ni Nik Aziz diangkat jadi nabi, sekarang Anwar pulak dah jadi imam Mahadi ...
dah songsang semakin sesat pulak..!!
Skandal kapal tu cuma persepsi saja,..perkara kecil bila dibandingkan dengan penyelewengan akidah !!
ReplyDeleteApa nak jadi dengan puak pakatan ni..??
Sedutan ucapan Badrolamin...
ReplyDelete"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"
"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"
"dimana agak agak??"
"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."
"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"
"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"
"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"
"dari belah mana??timur.."
"timur itu dimana, bukan di timor leste!"
"timur itu our region, ini ini timur"
"tapi banyak negara di timur ini"
"apakah di indonesia??bukan"
"singapore??oo jauh"
"brunei??lambat sangat"
"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"
"sy kata dia ada di??di malaysia."
"sudah adakah pemimpim itu saudara??"
"tanya sy, sy kata dia sudah ada."
"pemimpin itu sedang disiapkan"
"dia sedang melalui series of trials ujian"
"dia sedang di uji"
"satu peringkat ke satu peringkat"
"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"
"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"
"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."
"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"
"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"
"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"
"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"
"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"
"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"
"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''
"dan org hormat prinsip agamanya"
"tidak lain tidak bukan"
"sedara anwar ibrahim !!!".
===================================
Apakah pendirian penyokong PKR dan Pas dalam isu ini ??
Bersekutu serta bersubahat dengan penyelewengan akidah oleh Badrolamin atau bangkit menyanggahnya...
Tahap kewarasan puak pakatan bakal
teruji dan akan dinilaikan oleh
masyarakat...
UMNO sudah jadi terlalu buruk!
ReplyDeletePastikan PRU13 ini UMNO tumbang.
Wak dulu UMNO sekarang PAS
Bankrup lah M'sia macam gini.....
ReplyDeleteMasyaAllah... tak habis2 kes penyelewangan.. wahai en rakab spin.. tolong la bagi penjelasan mengenai perkara ni.. takkan laporan audit negara buat fitnah kot..
ReplyDeletekalau bijak sangat.. jawab.. kisah badrolamin tu kita tggu ASD bukak entry baru ya... hahahaha.. nanti kita komen yg tu pulak..
Rakab 12.10,
ReplyDeleteTak ada apa2 pun perkataan yang Badrol Amin kata Anwar tu Imam Mahadi?. Ko sengaja spin skrip la Rakab.. Memang setan ko ni..
sial punya rakab. aku kena baca 5 6 kali takut takut aku tersilap.
ReplyDeleteMmg tak de pun Ust Badrol kata Anwar tu ialah Imam Mahadi. Yg dia kata kebangkitan Islam tu di timur. ini pun bersandarkan pd hadis.
anwar cuma digambarkan sbg pemimpin kpd kebangkitan Islam di timur atas sbb sbb yg diberikan oleh Ust Badrol.
mcmana lah rakab boleh tafsir smp mcm tu.. hati tu .. niat tu kena betul lah..
bagusla, Hasil dari penyelewengan beratus2 biliion, BN sanggup merasuah rakyat miskin RM500 dan budak2 sekolah RM100 supaya mereka ini dilihat sebagai pejuang melayu.
ReplyDeleteKiraan Logik: RM500 X 3 juta (rakyat) = RM1.5 Bilion
RM100 x 3juta (pelajar) = 300juta
Jumlah Kasar = RM1.8 bilion
Penyelewengan = RM 1,000Bilion = RM 1.8Bilion = RM 998.2 Bilion.
Bayangla, sorang dapat berapa..
Thanks Anon 9:30AM sbb tolong kira..
ReplyDeleteIni la ciri2 pemimpin UMNGOK.. kalau tak reti nak buat cam ni takleh la jadi pemimpin UMNGOK.. rakab ada? harammmmmm.... RM998.2 Billion.. wowww!!!!! kaya3x... rakab ada?? harammmmmm...
non 8.27,
ReplyDeleteAku rasa lebih baik kau dengar dari
video klip Badrolamin sendiri..
kemudian fahamkan tafsiran yang cuba disampaikannya..
Cuba diblog Pisau.net
sakit hati hari2 baca pasal umno-bn lahanat...
ReplyDeleteSampaikan kepada seluruh rakyat malaysia, kasi jatuh umno-bn...
buat rakap apakah kamu tahu pada itu aqidah jgn hanya pandai berkata2 tapi lupa satu jari tunjuk pada org lupa empat jari tunjuk pada kita . pelajari islam itu sededalam mana yang mampu takut kita tanpa sedari aqidah kita sendiri yang terkeluar . tepuk dada tanya iman
ReplyDeleteHoorraayyyy. Lagi duit melayu dibazirkan. Lagi duit melayu kena curi.
ReplyDeleteOrang melayu kena tipu lagi.
Hidup UMNO. Mampus Rakyat
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!