Shahrizat liabiliti buat UMNO/BN, sila letak jawatan - Bung Mokhtar

Hari ini Bung Mokhtar sekali lagi mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatannya dan mendakwa Shahrizat sudah menjadi liabiliti kepada UMNO/BN..

Ada pihak yang mengucapkan syabas kepada Bung Mokhtar kerana beliau menunjukkan sikap bijaksana dan berani mendesak Shahrizat untuk meletakkan jawatan berikutan scandal NFC yang melibatkan Keluarganya, adakah benar Bung memang berani dan bersikap telus?


Sebenarnya ianya bukanlah menunjukkan ketelusan ataupun keberanian Bung Mokhtar Ahli Parlimen dari BN ini tetapi desakannya ini adalah kerana membalas dendam sahaja..

Ini kerana apabila Bung didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 beliau dibidas oleh Shahrizat..

Jadi inilah peluang bagi Bung untuk membalas dendam… sila baca di SINI dan juga di SINI.

*******************************************

Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan
Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.

Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”

“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.

Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.

Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.

“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.

Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.

Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


The Malaysian Insider

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Assalamualaikum,
    wak mohon sama Anak Sungai Derhaka tolong masukan blog wak;
    http://wak-labu.blogspot.com/ dalam senarai blog list anda.

    Terima kasih - sama2 kita berjuang hingga menemui kejayaan!

    ReplyDelete
  2. Kenapa Shahrizat disuruh letak jawatan? Kalau dia yakin dan benar-benar tak buat salah apalah nak kecuh sangat? Muskyilnya ialah persoalan modal yang begitu dasyat jumlahnya tidak dijelaskan oleh Shahrizat sendiri sehinggalah terbongkar aliran kewangan yang tidak relevan dengan projek feedlot yang dijangkakan! Selain itu amat bersemangat sekali tuturan Sharizat dalam perhimpunan umno baru-baru ini seolah-olah beliau kebal dari sebarang dakwaan. Perkara yang mungkar tetap jua satu kemusnahan dan sebaik-baik keputusan ialah keputusan yang dilakukan sendiri oleh shahrizat samada letak jawatan atau tidak dan tanpa saranan dari mana-mana pihak!!

    ReplyDelete
  3. soal sahrizat salah atau tidak , itu tidak penting . yang penting politik tidak boleh menerima seorang suami menteri menerima pinjaman kerajaan jutaan ringgit . persepsi kena diperbetulkan

    apa juga alasan yang cuba dikemukakan , tidaklah menjadi perkara yang penting . sama ada pelaku tersebut dikatakan bukan dirinya , juga tidak penting . yang penting bila keluar video suami kepada president PKR menggunakan khidmat pelacur , politik tidak boleh menerima . persepsi mesti diperbetulkan .

    Ada ker pengikut PKR yang berani suruh Wan Azizah letak jawatan . Video suaminya main dengan pelacur tidak boleh diterima oleh rakyat!!!!!

    ReplyDelete
  4. nak habaq mai

    betoi tu arai,pas buat keputusan sendiri ja tukaq negara islam jadi kebajikan..mana ada sapa2 dok paksa.la ni depa mulakan dgn bagi ayaq kopi free..

    ReplyDelete
  5. anon 10.34, kao ni betol ke penyokong pr? atau kao gunting dlm lipatan..aku rasa kao ni sebenarnya menyamar penyokong pr
    utk pecahkan pr dr dlm...siallah kao ni..

    ReplyDelete
  6. nak habaq mai

    ban bin bun..tak baik hang tuduh aku bukan2,pemimpin kita tak peqnah ajaq kita mcm tu bukanka?kalu kita tak ikot beqmakna kita dah malukan pemimpin2 kita,terutama limkitsiang..kita jgn dok ikot puak umngok tu..dah dapat ayaq free pun tak syukoq.apa depa nak tak toh.

    ReplyDelete
  7. celaka punya habak mai...
    pergi mati ler dgn ayak free kao
    merosakkan pr je..

    ReplyDelete
  8. nak habaq mai

    hang jgn dok menyamar jadi org pr la,org pr mana ada maki2 org.tu semua kerja org umngok.dok menyamar2 hang ingat kami suka ka.hang maki2 org,hang kononya nak rosakkan pr la bukanka?tak menjadi nak habaq mai..

    ReplyDelete
  9. berpinar mata membacanya haha.. apa2 pun shahrizat wajib letak jawatan

    ReplyDelete
  10. Klako la ngan ayaq pree ni... X abis abis nak habaq mai....

    ReplyDelete
  11. nak habaq mai

    apa salahnya pasai aku bangga dan syukoq dapat ayaq free salah ka apa?umngok ada nak bagi ayaq free?mana ada kan.la ni slow2 kita buleh simpan rm10 sebulan pasai tak payah bayaq ayaq.seratus tahun cukupla wat pi haji bukanka..

    ReplyDelete
  12. Ye la tu ayaq pree.... Utang kerajan negeri kat syabas brape bnyk pulak??

    ReplyDelete
  13. boleh x letak function print artikel...senang nak save dlm pc...x seraut dgn byk iklan2 kat tepi...function print mcm yg kat laman tranungkite

    ReplyDelete
  14. nak habaq mai

    dengaq2 kawan aku budak zam tu dah
    sokong umno plak..hai mmg lembu la dia tu....tak syukoq dapat ayaq free...

    ReplyDelete
  15. Haah... Satu kajang syukur dapat air free........

    ReplyDelete
  16. Adanya Shahrizat = Suami Sharizat dan anak-anak

    Shahrizat, Suami & anak-anak = NFC

    Sharizat sekeluarga & NFC = RM250juta wang rakyat Malaysia.

    Shahrizat sekeluarga & NFC & RM250 juta wang rakyat = lembu,kondo RM9juta,Mercedes 350 RM530 ribu.

    Shahrizat letak jawatan = ganti wang rakyat + dituduh di Mahkamah bersama keluarga dan kroni.

    Wanita UMNO tolak Shahrizat jadi ketua wanita.

    Kalau Shahrizat tidak wujud dan tidak buat hal masakan isu NFC berbangkit.

    Rakyat Malaysia tidak perlu orang seperti Shahrizat dan yang bersekongkol dengannya.

    ReplyDelete
  17. nak habaq mai

    anon 10.10,zam tu sapa?lim kit siang kami kenai la.aku telah popular disini ka anon?alahh ceq..mai aku belanja kopi free mai,hang bawak dua tiga ketoi ais ja egegegegegegegegeg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post