Shaik Hussein!.. Biar berkulit hitam, asal Hati jangan Hitam.


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lepas, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah melabelkan PAS dan PKR sebagai bapok dan pondan manakala semua penyokong DAP sebagai bangsat.


Photobucket

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Anak Mamak Tongkang ini mungkin boleh menipu orang-orang Melayu dari luar Pulau Pinang dengan fitnahnya itu, tetapi orang-orang Pulau Pinang kecuali pencacai UMNO tidak boleh ditipu..

Perarakan Maulidul Rasul telah diadakan setiap tahun di Pulau Pinang sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat .. sila lihat di SINI, SINI dan juga di SINI ,tetapi dikatakan tidak dibenarkan diadakan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Mungkin ketika beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut atau hati beliau terlalu gelap atau hitam untuk melihat apa yang telah berlaku..

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

•Perut yang selalu kekenyangan
•Bergaul dengan orang yang zalim
•Melupakan dosa yang lalu
•Angan-angan yang melambung.

Bagi aku… Biar berkulit hitam, asal hati jangan hitam..


******************************************

Kenyataan Akhbar

Serangan UMNO Ke Atas Sasaran Mudah Seperti Kristian, Cina, S. Ambiga, DAP Dan Juga Penyokong DAP Merupakan Tindakan Terdesak Untuk Mengalih Perhatian Umum Daripada Kegagalan UMNO Untuk Menangani Masalah Sebenar Seperti Rasuah, Kronisme Dan Penyalahgunaan Kuasa.

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.

Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan “tweet”nya yang berbunyi: “Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”, yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan. Soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa? Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.

Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 1.12.2011

32 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

    •Perut yang selalu kekenyangan
    •Bergaul dengan orang yang zalim
    •Melupakan dosa yang lalu
    •Angan-angan yang melambung.

    semua itu ada di dalam batang tubuh pemimpin UMNO.. itu sebab setiap ucapan dan kenyataan mereka kelihatan gelap dan lebih gelap dari malam yang gelap..

    ReplyDelete
  2. kalau kulit saja hitam, hati putih itu boleh diterima, tapi kalau kulit hitam, hati hitam.. itu macam Paria !

    ReplyDelete
  3. his..hisss, org india tu ketua pemuda umno ke? macam mimpi pulak aku ni...setahu aku bangsa adalah statik, tak boleh berubah-ubah, kalau melayu ianya tetap melayu dan kalu india tetap india. macammana india boleh jadi melayu? Inilah adalah salah satu keajaiban dimalaysia. Dah tak ada melayu lagi ke kat pinang. India pun dikatakan melayu. Tah-tah melayu umno kat sana bodoh sangat kok?

    ReplyDelete
  4. sapa bapok? sapa pondan? setahu aku la, pemuda umno la bapok, terang2 CSL hina Islam awat pemuda umno diam? teloq hampa ada ka?

    ReplyDelete
  5. Malaysia boleh!

    Bukan saja ada projek IC untuk menjadikan warga asing rakyat Malaysia tetapi juga ada projek menjadikan mamak Melayu. Ha...ha...ha.....Habislah UMNO Pulau Pinagn ini. macam tak ada lagi orang Melayu untuk dijadikan ketua, sampai kena pilih mamak jadi ketua.

    Mana Ibrahi Ali? Ini kan Melayu celup? Tak nak bising kah? Mana ketuanan Melau hang? Ini mamak sudah jadi tuan. Mamak jadi tuan kepada orang Melalyu.

    ReplyDelete
  6. nak habaq mai

    lim kit siang kulit putih hati pun putih.bukan mcm umngok.tak syukoq dapat ayaq free ka.

    ReplyDelete
  7. MAMAK-MAMAK TONGKANG NI LAH YANG AKAN MELINGKUPKAN UMNO,BIAR DEPA MENYALAK LAGI MACAM ANJING,LAGI KUAT DEPA MENYALAK LAGI RAKYAT MELUAT DENGAN UMNO.AKU PUN DULU PPENYOKONG UMNO JUGA TAPI LA NI SORRY LA,UMNO SUDAH TIDAK LAGI DI HATI DAN AKU PASTIKAN SEMUA KAUM KERABATKU TIDAK MEMBERI UNDI LANGSUNG KEPADA UMNO DAN BN.

    ReplyDelete
  8. nak habaq mai

    memang betoi pun umngok ni bebai.tak bersyukoq lansung dapat ayaq free.hang tengok kapai singh kulit hitam hati jernih nak habaq mai.dia dok mengalah sabaq ja dgn pas.

    ReplyDelete
  9. apa pasai la hampa guna mamak...ni tandanya punca kejatuhan UMNO... hapa ingat ke punca kejatuhan Melaka... salah satu sebabnya Mamak....selalu sebar cerita karot marot......fitnah

    ReplyDelete
  10. ketua pemuda sudah lah hang jadi Tim. menteri pun tak dpt .Di ketepi kan olih party sendiri...Dah tu panggil org lain Bapok ,pondan nama je sekolah tinggi2 tak ada standard langsung..yang pelik tu backing menteri lembu pula..
    Islam is all about our own akidah ..engkau cincang /ugut seseorang itu mati pun kalau dia mahu jadi Islam ,dia tetap Islam..Tak akan berubah pun kalau iman seseorang tu kuat dalam apa keadaan pun...

    ReplyDelete
  11. Bukan kat Penang tak dak Melayu tapi ramai MELAYU sekarang dah tak sokong UMNOGOKK....sebab tu sekarang nie dlm UMNO dah banyak mamak paria HARAM JADAH.....sebelum UMNO diharamkan suatu ketika dahulu memang dikenali sebagai United Malay National Organisation tapi setelah ditubuhkan UMNO BARU dah tak MALAYnya dah...sekarang dah jadi UNITED MAMAK NATIONAL ORGANISATION

    ReplyDelete
  12. Memang pun Umnoo dah jadi party MaMak ...meluat aku tengok ...dah tu angkut Bangla ramai2 , Indon jgn nak ckp sekarang ini Filipina pula di M'sia ...apa nak jadi ...Biar lah nak kata apa pun biar lah aku sokong Pas atau PKR...

    ReplyDelete
  13. PKR rasis !!

    PKR anti mamak !!

    PKR parti perkauman !!

    PKR + DAP = RASIS !!

    ReplyDelete
  14. Biar mati balik hidup kami tetap sokong Pas dan PKR .......daripada party HARAM JADAH tu.......

    ReplyDelete
  15. Ya memang melayu pandai2 sudah masuk Pas, PKR atau Dap. Yang tinggal takda... jadi kena ambil yg celup buatan dari India... yg nak tunjuk mereka lebih melayu. ptuiiiii paria!

    ReplyDelete
  16. masalah nya dua-dua dia hitam

    ReplyDelete
  17. Rakab anjing ni dah brain damage agaknya.. meh sini aku jelaskan..

    rakab anjing tulis..

    PKR rasis !! <- DAP, PAS, PKR semua ada ahli dari kalangan melayu, cina, india.. UMNO ada??

    PKR anti mamak !! <- PKR bukan anti mamak secara TOTAL, tapi lebih kepada anti mamak yg mengaku melayu. MELAYU IS MELAYU sebab parti kau tu UMNO. Cuba rakab anjing define melayu tu..

    PKR parti perkauman !! <- rasis dan perkauman tu sama la BANGANG!!!!

    PKR + DAP = RASIS !! <- kalau rasis PKR + DAP takkan terima selain melayu atau cina jadi ahli dalam parti mereka..

    ko ni rakab anjing duk laung2 rasis, ko faham ke makna rasis ni??

    to rakab ...khhaaakkkkk ptuuihhhhhh..

    ReplyDelete
  18. cilaka punya mamak haprak sedap mulut dia je cakap.kalau mamak ni duduk depan aku dah lama aku pelempang je mamak binaweh ni. nilah jenis pendokong pati penipu umporno

    ReplyDelete
  19. Mamak pedukang mamak pedukang. Tau apa pedukang? Ituu, ikan yang suka makan taik. Muka ini memang tebai. Tak guna kata apa. Tak jadi. Elok buat macam bila kita dapat ikan pedukang. Katok kepala dia dulu bagi dia mampuih saja.

    ReplyDelete
  20. Kata Mooooohyidin di Pehimpunan UMNONoNo. Jangan kita bersikap saperti Si KITOl Bangsa yang melingkupkan dan memusnahkan Sejarah kebesaran Melaka. Melayu mudah lupa. Sejarah munkin berulang lagi. Ingat dan berwaspada lah wahai Umat melayu UMNOOOOOO.

    ReplyDelete
  21. Sikitol itu siapa ha dan dari mana asal usulnya? Cina, Belanda, Pertugis, Arab, Inggeris atau Japan ka? U all Fikiaq dan tulong habaq mai.

    ReplyDelete
  22. aku amat tak setuju dengan pendapat mamak hussain ni ....

    mana patut PKR digelar bapok ,pas digelar pondan dan DAP bangsat .... bagi pendapat macam tak berfikir jer mamak seorang ni ...

    Mana mungkin PKR tu bapok . setahu aku istilah bapok ni merujuk kepada lelaki lembut .PKR bukan lelaki lembut ..buktinya dalam video sex pelacur china tu ...PKR sebenarnya jalang ... depan boleh belakang pun boleh

    PAS bukan lah pondan kerana menurut saja .. pas ni parti lembam sebab tak reti nak berfikir sebab tulah main turut jer dalam segenap isu .

    sebenarnya DAP bukan bangsat

    ReplyDelete
  23. nak habaq mai

    hang sedap ja cakap kami lembam tak tau dok fikir.abih tu hang ingat bukak kepala paip keluaq ayaq kopi tu apa?bukan bagi jimat duit hang lagi ka tak payah pi lepak mamak samdoi weh?dapat ayaq free tak syukoq la ni dapat ayaq kopi tak syukoq,hang mau ayaq holiks ka?

    ReplyDelete
  24. To babi Dap 5.57PM,

    Babi Dap ni menguak sebab orang melayu jijik dengan Dap !

    hoi babi,..Umno dah bekerjasama,
    berkongsi kuasa dengan cina,India ni dari sebelum merdeka lagi,.

    kau pun belum diberanakkan lagi ke dunia ni,..bongok !!

    melayu dalam Umno dah mengundi wakil cina, India sejak dari pilihanraya pertama lagi..
    Dap parti kafir tu belum wujud pun lagi,..bahalol !!

    woi khinzir,..kau jangan tunjuk bangang laa...khaaaak tuuuih !! kat muka mak kau yang beranakkan
    iblis macam kau ni..!!

    RASIS tu maknanya,..betina sundal manalah yang malang beranakkan khinzir macam kau nih..!!

    Aku terpaksa samak laptop aku lepas ni, sebab dah terpalit najis mughallazah macam kau !!!

    KHWAAAAAKKK TUUUUIHH !!! kat muka mak bapak kau yang suweeeiii tu..

    ReplyDelete
  25. nak habaq mai

    rakab rakab.. sabaq rakab nak habaq mai.walaupun aku tak suka puak hang aku kena la nasihat hang.sabaq rakab.la ni hang pi ambik gelas dan boh ais dua tiga ketoi lepaih tu hang bukak kepala paip.hang pekena kopi ais tengok mana tau dok reda gopla hang tu.egegegegege

    ReplyDelete
  26. nak habaq mai

    hang tak bersyukoq dapat ayaq free rakab.. egegegegege lupa pulak

    ReplyDelete
  27. Rakab dah panas hati ,, yeah yeah yeah..nasib baik depa tak kata nak selak kain...

    ReplyDelete
  28. non 12.02,

    dak aiih,..aku belum panas lagi !
    aku cuma respon ikut komen jer..
    kalau sopan, aku balas dengan sopan...kalau biadap, aku pun boleh jugak...

    ReplyDelete
  29. nak habaq mai

    lepaih kena kopi o ais hang ok balik bukan ka rakab?syukoq la kopi free nak habaq mai egegegegegegege.

    ReplyDelete
  30. badaq ayaq,

    hang mengilai bunyi serupa popeye laa...

    heheheheee...

    ReplyDelete
  31. Sat lagi Bangla pun boleh masuk UMnOOO....asalkan dapat undi.....

    ReplyDelete
  32. Setelah baca semua komen-komen diatas, kesimpulannya BANGSA MELAYU ini mempunyai fikiran yang amat cetek.Cuma tahu menyalak dan mencaci satu sama lain bangsa and juga sendiri...Itulah semua pasal UMNO yang setiap hari memperbodohkan KAUM MELAYU sendiri..Hahahaha..MELAYU memang BODOH dan LEMBAB!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post