Siapa aniaya CheguBard ni?



Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong.


Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK.

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.

Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan.

Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain.

Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011

Sila sambung bacaan anda di SINI

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Krisis dalaman yang boleh merosakkan parti. Ibarat ulat dalam buah.

    11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

    .

    ReplyDelete
  2. Akaun palsu plak dh, klu semua yg x betoi belah PR dikatakan palsu, berniat jahat, fitnah,gunting dlm lipatan semua keluaq...
    Klu sblh UMNO plak hehehehehe harap maklum...

    ReplyDelete
  3. PKR adalah sebuah parti yang sarat dengan masalah semenjak awal penubuhannya lagi...dan ia akan kekal begitu sehinggalah PKR pupus !!!

    ReplyDelete
  4. Wah! Bukan main cepatnya polis bertindak. Tapi bagaimana dengan kes Sharizat Lembu? Kes Altantuya kena C4? Kes Jamil Khir? Kes CheguBard ini sekali lagi membuktikan poilis mmang hamba UMNO. Cis! Sial betul.

    ReplyDelete
  5. AKU SOKONG KAU ANON 2.24PM. Satu statement yang begitu tajam yang harus dijawap oleh pihak polis.. Rakab???!! bangang tak sudah2.. Jika ingin bersikap adil sekalipun kenapa tak disiasat dan ditahan samada dari PKR dan juga UMNUU?!!

    Dalam hal ini nampak polis berat sebelah.. mana-mana manusia samada di malaysia atau diluar malaysia akan tetap persoalkan tindakan pihak berkuasa yang nampak bias kepada hanya satu pihak.!

    Rakab???!! bangang dan terus bangang!!

    ReplyDelete
  6. Dahsyat sungguh masalah dalaman PKR ni...itu pun masih ada cita-cita nak jadi kerajaan konon..

    Boleh jadi hancur negara dibuatnya nanti.

    ReplyDelete
  7. yang cetus masalah PKR
    yang bermasalah PKR
    polis pulak dituduh
    mengaku jerlah yang diri tu buruk ...
    kalau tak lama-lama makin memburuk

    ReplyDelete
  8. Betul tu non !

    Kumpulan Sam Ketot yang punya kerja,..kenapa polis pulak yang disalahkan..

    Chegubard kena cantas menjelang 9 januari...siapa lebih licik main politik..Sam Ketot atau Chegubard..??

    Silap gaya ASD pun terlepas peluang jadi calon , kena cah keting dengan puak Sam....

    ReplyDelete
  9. Polis ni ikut arahan je (CUCUK HIDUNG).. JGN SALAHKAN DIORANG.. MCM LEMBU.. SURUH RAGUT RUMPUT.. RAGUT.. SURUH MENGUAKK.. NGUAKKKK.. SURUH GI KONDO.. PERGI.. MCM RAKAB GAK LE.. SURUH MERACAU DLM ASD.. ITU LE KEJENYE..

    ReplyDelete
  10. Anak Haram kg PertamaDecember 29, 2011 at 9:41 AM

    Umno dlm kenangan,rakyat dah naik muak dgn parti ini kata nak bela melayu,namun melayu mamak juga dilambong2kan,itu kerja bodo,kau cari mana satu mamak yg merempat diKL/PP atau miskin tegar....semuanya melayu berlambak2 bina stingg garden,umno hanya bela melayu mcm rakab/ppas/dan pencacai2 yg sewaktu dgnnya,rakyat kita harus sedar selagi umno/BN tunjuk kuasa huruharalah rakyat,mereka berkuasa lebih dari kera2jaaaaan memerintah,rakyat sepatutnya dah sedar selama 54thn kenapa dipendalaman sabah/sarawak masih ramai yg sengsara dlm hidup,tapi mereka tetap setia pada umno/BN,pihak pakatan harus ambil iktibar kerosakan ahlak dan apa disebaliknya mereka masih menyokong umno/BN,sepatutnya parti itu dulu dah mampus dan tak layak menerajui malasia......

    ReplyDelete
  11. Kenapa sial sungguhkah umnog dulu kata nak bela melayu tapi kenapa sekarang ahli2 umnog bercampur aduk ada mamak/jawa/baie/mendura pun ada,setahu aku umno hanya utk melayu tulen dlm malaysia,kalau mcm ini baru melayu mcm aku ni sokong umno....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post