Menurut sumber pihak SPRM telah memulakan siasatan tentang perkara tersebut setelah isu berkenaan NFC di bangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 - laporan penuh sila baca di (SINI)
Kemudian beberapa hari sudah kata tak ada kuasa nak menyiasat dan kes diserahkan kepada polis pula..
Hari ini pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).
Pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru??
Kenapa pula perlu ditubuhkan sebuah pasukan khas dalam pasukan yang sememangnya dikhaskan untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa dan rasuah?
Hmmm… wayang apa pulak ni??
******************************************
SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini.
"SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan.
"Suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas without fear or favour," tegasnya.
Menurut SPRM lagi, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010.
Suruhanjaya itu berkata, sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telahpun diambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun, tambahnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29[4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga boleh menjejaskan tindakan SPRM," tambahnya.
Semalam, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution membuat laporan kepada SPRM supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal NFC.
Saifuddin dilaporkan berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah "adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet)."
Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung.
Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC.
Malaysiakini
Tak payahlah naik main sarkis. Last-last didapati tiada kes nak disabitkan dengan Sharizat. Kes ini disahkan Anuar Ibrahim terlibat sama. Itulah keje SPRM (Siasat Pasti Rumusan Menyeleweng)
ReplyDeleteBetul tu anon 11:34 AM. Buang masa, buang kederat je siasat kes NFC ni. Dah boleh agak dah apa hasil siasatan tu.
ReplyDeleteAdoilaa...skang ni nk suroh siasat ke x payah siasat?..
ReplyDeleteSiasat salah x siasat pn salah...
atau nk pakai akta ISA terus sumbat dlm penjara, nnti pulak kata zalim...
jgn jd pak turut ler, tggu lah ape kesudahan...
klu bersalah dan x terima hukuman didunia di akhirat pasti terima...
Siapa nak percaya dgn SPRM lagi......tumbangkan BEnd , gantikan anggota2 SPRM kpd yg lebeh ikhlas ,amanah dan adil dlm perkerjaan , bukan yg diperlembukan olih kerajaan.....BN
ReplyDeletekalau kwn2 PR yg direportkan mcm kes lembu ni, tentunya dah lama ditangkap, disiasat ditingkat 3 sprm..tentunya dah lompat kuar ikut tingkap atau di masukkan lokap dikenakan tekanan oleh dia org tu.
ReplyDeletekalau org umno masih kesana sini melawat kondo2 dia dgn merc tu...huuh
kahkahkah kita tggu wayang box office bakal mengalahkan ombak rindu kahkahkahkah...
ReplyDeleteini bukan soal siasat ke tak siasat ke.. kes ni dah parah.. masih belum ada apa apa tindakan dr PM.. sebelum siasat PM dah lucut jawatan dia...
ReplyDeletekalau peg kastam ke immgresen ke peg sprm... dah tentu kena gantung jawatan.
tindakan yg lembab ni memalukan dan mengeciwakan Peg dan Kktgn Audit yg bertungkus lumus mencara fail dan maklumat satu satu..
kalau PR bukan je lompat tingkap..
ReplyDeleteLembu kat kandang tu pun di heret ke mahkamah sekor sekor.
alaaa..macam pikul tilam lah!
tunggu dulu lapuran samada menteri terlibat dlm mesy .
ReplyDeletekalau betul lah dah mula siasat sejak lapuran audt... awal awal sprm dah tahu psl mesy samada menteri hadir ke tidak.
ini pun kita akan dpt keputusan nya tengah tahun depan. Kucing aku yg dah beranak skg ni.. akan lahirkan anak lg.
bagaimana dgn kes awang adek yg terima sumbangan orang dan masuk akaun persendirian kononnya utk bantu rakyat dlm DUN nya ... boleh caye ke ni dan SPRM tak terlior ke nak siasat kes ini. adakah itu dasar yg menghalalkan cara ??? ...
ReplyDeletetapi kalau peg. kerajaan yg buat utk kelab sukan buat mcn tu berdesut macam kilat SPRM siasat ... 2 x 5 je ...
Ingat dulu masa lembu khalid mb selangor tu ..... mcm lipas kudung sprm siasat sampai ke tahi lembu. tapi bila lembu masuk kondo ??? .... itu bukan bidang kuasanya ... last2 tubuh badan khas pulak ... eikkkk ape ke bende ni .....
ReplyDeleteBuat SPRM jangan sekali2 lupa bawa lembu sebagai saksi utama. Kalau ada lembu yang 'terjatuh' dari kondo nanti minta rakab tolong sembelih.. hehehe..
ReplyDeleteAku takut sharizat selak kain dalam mahkamah .... penipu besar!!!
ReplyDeleteSELAK KAIN SEMUA NYA BERES.............TAKUT APA ...
ReplyDeleteRauna@anuat,
ReplyDeleteAku memang dah siap sedia nak sembelih ni...sembelih pakatan dalam PRU13 nanti..
Dulu lapor pada sprma...dia orang serah pada polis....tup...tup tubuh pasukan khas untuk menyiasat pulak.
ReplyDeleteCakap betul-betul...nak siasat atau nak cover up kes ni!!!!!JANGAN SALAHKAN KAMI KALAU KAMI TAK PERCAYA PADA SPRMA...SIAL BADAN SPRMA BELUM HILANG....
Soory lah MAcc rakyat Msia dah tak mempunyai keyakinan dgn kamu.....byk kes yg dtgkan keraguan masih tak selesai dgn baik....siap ada kematian lagi
ReplyDeleteSaya tidak ada keyakinan terhadap kumpulan penyiasat khas ini! Kalau MACC iklas, bawa masuk penyiasat dari Hong Kong atau Singapura, baru saya percaya. Kalau tidak, buang masa saja.
ReplyDelete"Selepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri Umno Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk meletak
ReplyDeletejawatan. Umno adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PENGKHIANAT RAKYAT yang telah merompak duit rakyat miskin, duit nelayan, duit petani, duit pemandu teksi, duit seluruh rakyat Malaysia. Apabila kerajaan UmnoBn beri pinjaman RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat, ini perbelanjaannya:
• membeli dua kondo mewah di Bangsar berharga RM13.8 Juta
• membeli kondo paling mewah di Singapura bernilai 10.4 Juta
• membeli sebuah kereta Mercedes mewah bernilai lebih Setengah Juta Ringgit
• melancung ke luar Negara dengan kos lebih RM800 Ribu.
Inilah dia pengkhianat Melayu!!! yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Dihadapan orang Melayu mereka melaung-laungkan HIDUP MELAYU!... BERJUANG UNTUK ORANG MELAYU!... UMNO PEJUANG BANGSA MELAYU!.... termasuklah di hadapan peserta-peserta BTN yang dipaksa hadir untuk mendengar FITNAH UmnoBn. Tetapi dalam masa yang sama.... Umno lah yang membangsatkan Orang Melayu di negara sendiri seperti :
• Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).
• Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).
• Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini.
• Melayu tinggal Tanah Rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar sahaja daripada 3 juta hektar pada asalnya.
• Melayu di Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu, tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan tidak diberi kepada rakyat melayu Kelantan.
• Melayu paling ramai yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).
• Melayu seramai 250 ribu orang telah menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani.
• Melayu Umno yang melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
• Melayu seperti Mahathir menggunakan wang PETRONAS RM1.6 Billion untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi.
• Melayu di dalam ekuiti Bumiputera tinggal hanya RM2 bilion dalam pecahan ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion.
• Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.
• Melayu Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.
Wahai Orang-Orang Melayu sekalian. SEDARLAH...
ReplyDeleteAnda undi UmnoBn, nasib anda akan menjadi semakin teruk di masa akan datang. Kita lihat selama 53 tahun Umno Melayu perintah kerajaan negara Melayu ini, semakin teruk keadaan orang-orang Melayu.
Mereka UMPAN orang-orang Melayu dengan wang seperti pemberian RM100, RM500 dan sebagainya semata-mata untuk pancing undi di pilihanraya akan datang ini.
Selepas selesai pilihanraya, Najib sudah sahkan GST akan dilaksanakan. Apa itu GST???
Secara ringkasnya GST ini adalah : Beli apa sahaja barang keperluan, kena
cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula). Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak. Sekarang ni kerajaan meletakkan kadar 4% kerana kononnya kurang 1% jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan 5% yang dikenakan sekarang, contohnya apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain (gambar).
Yang bezanya antara kedua-dua cukai ini (baru dan lama) ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%. Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko. Kenapa kerajaan BN melaksakan GST? Satu soalan bijak terutamanya bila hampir pilihanraya. Takkan BN nak cari pasal dengan rakyat?
Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan (pemberian bonus, bantuan, elaun khas, kenaikan gaji, peruntukan khas dan lain-lain).
Untuk merealisasikan Belanjawan tersebut, BN perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012.
Masalahnya sekarang adalah, had hutang Negara (debt ceiling) sudah mencapai had maksima iaitu 55% dari KDNK (Hutang Negara mencecah RM437 bilion). Takkan nak naikkan debt ceiling lagi yang akan membiarkan Negara terjerumus dengan masalah hutang (debt crisis) seperti yang berlaku di Amerika sekarang ini.
Oleh itu jalan penyelesaiannya adalah dengan memaksa rakyat membayar GST untuk membiayai defisit belanjawan 2012. Jadi apa gunanya banyak pemberian ‘hadiah pilihanraya’ Bajet 2012, tetapi selepas itu rakyat dipaksa semula membayar kos hadiah tersebut?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!