Surat terbuka kepada Melayu

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.




Oleh : TG Hj Abdul Hadi Awang

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian UMNO sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilihanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom.

Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W?

Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } <الأعراف: 158 158.

Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat!, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam, macam slogan UMNO: "Hidup Melayu!".

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah).

Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab.

Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan. Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, di antaranya Allah memberi amaran

: وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا
أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد 38.

Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad) Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan. Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat di bawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu di rantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri melainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak di hadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

UMNO adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara UMNO. Islam cara UMNO tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat.

Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama di antara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar.

Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh UMNO yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya UMNO menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama UMNO sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. UMNO meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.

Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik.

Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.

Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pemimpin utama UMNO sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti UMNO. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama UMNO.

Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah di bawah pimpinan UMNO. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah di bawah UMNO juga. UMNO menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di kawasan mereka.

Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada UMNO. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah.

Ini adalah contoh nyata UMNO menindas negeri Melayu. UMNO juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka.

Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh UMNO untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

PAS berulangkali mengajak UMNO bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh UMNO.

Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan di antara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu.

PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SOKONG
    ...tapi kami org2 kl tak dapat nak hadir sbb hari kerja....wbmpun semangat dan jiwa kami bersama pengerak ABU.

    kalau hari sabtu kan cantik....satu malaysia leh ikut serta

    ReplyDelete
  2. baikk punya karangan haji hadi ni . islam dulu baru bangsa . tu pasal ABU ni dilancar kan yer . Islam kasi taruk depan kata haji hadi .

    tapi sayang haji hadi terlalu bodoh untuk menegakkan apa yang dikatakan . Pelancaran kempen kat K.L pun dibuat kat KLSCAH . puak puak businessman DAP taja majlis pelancaran tu ker haji hadi ??

    haji hadi mesti tahu yang gerakkan kempen ni MCLM . pengerusinya raja petra . setiausaha dia YOLANDA AUGUSTINE . sapa si augustine ni haji hadi . dia ni AJK gereja mana?? Penasihat undang-undang MCLM ni pulak GILBERT JACOBS . haji hadi tak tahu ker darah keturunan mana yang mengalir dalam tubuh si JACOBS ni . jangan main angguk membabi buta jer haji hadi , kita kena kaji dulu . puak puak ni penyokong islam ker musuh islam??

    Lagi satu haji hadi . apa kejadahnya SMSL terlibat menganjurkan kempen ni ??? Save malaysia stop lynas (SMSL) tu ada kena mengena ker dengan niat haji hadi tu , nak meletakkan islam lebih dahulu dari bangsa ???? kenapa haji hadi tak mintak BADAR yang jadi penggerak . BADAR tu kan ahli-ahli PAS jugak.

    yerlah dalam kempen ni haji hadi pun jadi tukang karang jer . perancangan dan strategi bukan haji hadi yang tentukan . tu pasal lah SMSL yang terlibat bukannya BADAR . bila SMSL jadi penggerak baru boleh dapat sponsor dari Tan Sri Pheng Yin Huah . tokey cina banyak duit tu , tak gitu ker haji hadi ??

    Nasihat saya pada haji hadi , berhati hati lah . kenal pasti musuh islam tu dulu . siasatlah apa agenda mereka yang sebenarnya. jangan kita main redah babi buta jer atas alasan perjuangan islam . akhirnya islam tewas , musuh islam yang menang .

    jangan plak haji hadi ikut SAMM tu , diorang bergerak bukan atas roh islam pun . dia orang bergerak atas rasa benci yang berkarat dalam hati mereka jer .

    akhirnya , haji hadi , kalau nak buat sesuatu tu dengarlah pendapat bini no 3 haji hadi tu . kalau tak tahu tanya lah kat dr. . Dr. boleh tolong haji hadi cari maklumat!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak habis2 bodoh penganut PAS...

    sebelum kau nak mencacai orang lain pastikan kau tanya UMNGOK dulu apa dia buat untuk melayu dan Islam (UMNO itu islam, PAS itu melayu?) selama 50 tahun.. sebab hanya mereka parti melayu islam yang BERKUASA selama itu!. Apa buktinya?! usah diberikan alasan pembangunan, bina masjid dan blaa.. sebab itu material saja bukan pembangunan dalaman insan. Pemimpin, bini mereka dan anak mereka macamana? adakah itu islam atau hanyut sama seperti geng mereka iaitu MCA dan MIC? Kalau Islam dan melayu dibela secara ikhlas oleh UMNO sudah pasti jangkamasa yang panjang ini melayu dan islam dihormati!!

    Berhujah menampakkan kedangkalan. bodoh tak boleh diajar!!!

    ReplyDelete
  4. Sybas PAS teruskan usaha murni mu......semoga ALLAH bersama mu.....

    ReplyDelete
  5. brader PenganutPas!!!
    soalan!
    selama 50tahun nie....umno memerintah...menang ker islam nie???? atas kaki umno tu sendiri ker segala kejayaan yg dimomok2 kan sbgi pembangunan??? ckp mmg bdasarkn fakta! tp fakta yg dputar belit tu lg teruk drp fitnah kan.....

    ReplyDelete
  6. anon 11.46
    dah terang lagi bersuluh. nak jugak membela parti yang kau dokong tu walaupun dah jelas diperkuda oleh puak puak mubaligh kristian .

    Kau tak nampak ker yang buat kempen ABU tu adalah MCLM . siapa dibelakangnya. apa fungsi PAS disini ??? apa matlamat ABU tu ??

    PAS hanya keluarkan statement bahawa islam itu patut didahulukan berbanding dengan bangsa. supaya kempen ABU ni dianggap wajar pada pandangan Islam . itu saja sheikh....

    Selebihnya puak puak MCLM ni yang uruskan . apa tujuan akhirnya ??? supaya melayu berpecah . bila melayu berpecah , siapa yang nak membela islam dimalaysia ni . Raja petra ker yang nak membela islam ?? Yolanda augustine ker gilbert jacobs ker theresa kok yang nak membela islam ??

    Islam akan binasa andai nasib agama islam , kita letakkan ditangan musuh islam demi untuk laba politik . Nauzubillah ....

    ReplyDelete
  7. Najib membela islam di malaysia ni....
    siapa berani membantah?
    kah..kah..kah..
    ulama kaki memburit ni....
    kah...kah...kah.....
    ulama kaki kongkek ni...
    kah...kah...kah....
    barua ni kongkek siapa?
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  8. sapa boleh jawab dapat minum susu rosmah lembu....
    baguih punya tetek...
    kah...kah...kah....
    1 tahun tak payah minum susu...
    kah...kah...kah....
    syaratnya kena berebut dgn rakab haramjadah tu....
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  9. BN baloi Wang rakyat ...umnooo ....fitnah sini sana ,pertahankan yg tak Betul ... sekongkong dgn MCA porno , tipu org Felda ... boros .Islamic sangat lah tu.....

    ReplyDelete
  10. Kalau dah ditakdirkan Allah jadi Melayu, jika disembur cat putih ,dye rambut masih Melayu jugak, tak jadi omputih. Sembur cat metallic hitam nak jadi negropun tah leh jadi. Tapi Islam, silap-silap haribulan boleh terbang dengan sekelip mata. Jadi, yang mana wajib dipertahankan?

    ReplyDelete
  11. pPAS

    Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah di bawah pimpinan UMNO. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah di bawah UMNO juga. UMNO menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di kawasan mereka.

    sejak dahulu kala lg umngok rupanya dah gagal.

    ReplyDelete
  12. anon 8.25,

    Umno tak pernah perintah Singapura,...BAHALOL !!!

    kalau fakta sepenting ini pun kau tak tahu, lebih baik , tutup mulut !!

    ReplyDelete
  13. nak habaq mai

    tu dia org umngok salah kecik ja dah kena bahaloi,kami org salah besaq pun kami maapkan,hang ingat kalu betoi pun anwaq dalam videoq tu kami heran ka?sebelum dia dok buat kami maapkan dah.dia pejuang ayaq free tau ka?

    ReplyDelete
  14. rakab pendek akal taik panjang tak putus putus.

    masa di pecahkan singapura dulu dulu sepatutnya kuasa politik org melayu tlh ditentukan spt mana umno menetapkan kuasa mca utk org cina. makna mesti ada satu parti utk cina. satu parti utk melayu. dan satu parti utk india.

    itu maksud hj hadi.

    bukan serah gitu gitu je. sepatutnya masa itu umno pilih org melayu singapura yg boleh memimpin melayu bukan dibiarkan begitu saja.

    kalau maksud tersirat ini kau tak tahu lebih baik kau tutup hidung kau.

    ReplyDelete
  15. pPAS 2:33 pm

    dlm bee end ni tak de kristian ke dlm mic dan mca? kalau lah betul PAS di perkudakan oleh kristian begitu mudah maka berduyun duyun lah kristian mca dan mic akan sokong pakatan. hujah ni kalau nak pakai tenguk senario umngok lah dulu.

    Tny jugak kau apa matlamat ABU.. Asal bukan umno lah. maknanya pengundi islam akan mengundi PAS atau PKR asalkan bukan umno.

    Najib dan pemimpin bee end dah nampak PAS DAP dan PKR ni tiga serangkai. Pucuknya sama sama naik. Nak buat ABU ni semua nya terlibat dr awal. Tak leh MCLM atau DAP je. Kalau tak ada kerjasama susah tau. Jd kalau PAs baca statment je maka UMNO lawan lah MCLM bukan lawan PAS.

    Lah melayu ni dah berpecah sejak Anwar dipecat dan di fitnah. Bukan nya psl ABU. semua yg kau sebut jaga islam tu tak nak jaga islaml Mrk sedar hny org yg arif ttg islam aje yg boleh jaga islam Tak mcm umno. So dia org ini akan beri pd PAS dan PKR utk jaga Islam. Dia org tak nak UMNO yug jaga Islam. Sb pakai dakwat di jari pun kena di tegur oleh Dr Asri.

    Islam akan binas krn manusia bertopengkan syaitan.. jd ABU Islam akan selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post