TG Nik Aziz pula menjadi mangsa fitnah..


Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.


Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.

Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.

Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".

Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.


Harakahdaily

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. politik sekarang btul- betul mencabar . bgaimana la pR nak hadapi sumer ini

    ReplyDelete
  2. Firman Allah swt, bermaksud:

    "Dan hanya kepunyaan Allah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumu, supaya DIA memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa-apa yang telah mereka lakukan/kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbut baik dengan ganjaran pahala yang lebih baik (syurga). Iaitu orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil dan sesungguhnya Rabb-mu sangat luas ampunannya."

    surah al-Najm: 31 - 32

    ReplyDelete
  3. Apa yang nak dihairankan,penyokong Pas kan ker taksub..??

    Mereka laa yang memasang banner tu...samada Nik Aziz setuju atau tidak, itu mereka tak pedulik !

    ReplyDelete
  4. ASD,

    Hang keluaq entri ni sebab nak tolong Nik Aziz ke atau nak counter MPP..??

    heheheheee...

    ReplyDelete
  5. Masalah orang umno tolong gantung banner pas ni dah banyak kali berlaku. Dulu di Ampang Selangor pun ada masa kes roboh kuil dulu. Tapi malangnya puak2 umno ni tak sedar rakyat dah bijak membaca tektik2 kotor ini.
    Tektik buat banner parti lain punya ni tak mencabar lansung intelektual rakyat sekarang. Cuma yang menggantung tu terasa seronok sendiri dengan kebodohan yang tak sudah2.

    ReplyDelete
  6. masalah dengan orang PAS pulak , selalu menafikan walhal diperingkat bawah mereka tidak boleh kawal ahli sendiri.

    kalau betul pendirian kerajaan PAS , duit BR1M tu duit rakyat dan rakyat patut ambik , kurang2 bantulah ahli2 sendiri , tolonglah edarkan borang BR1M tu kepada ahli2 sendiri. Apa salahnya uruskan permohonan bantuan tu untuk faedah ahli-ahli PAS sendiri.

    kalau betullah pendirian yg dicakapkan PAS dan pendirian yang keluar paper tu sama dengan pendirian akar umbi.

    Tapi PAS tak akan buat macam tu sebab PAS ni penuh dengan hasad dengki. Apa yang orang buat tak betul . Yang dia buat jer betul.

    Tengok jerlah pasal hudud PAS tu . Nik Aziz sendiri pun tak boleh kawal pemimpin bawah dia . Bak kata hasan ali , Dalam nak perjuang Islam , negara kebajikan ala Sweden jugak pilihan mereka. tapi cakap pasal Islam , macamlah islam orang lain tak setaraf dengan mereka.

    ReplyDelete
  7. Biasa le tu..bab2 pasang banner nak cari isu2 murahan..modal RM60 aje..seperti kes Hassan Ali yg dicetuskan adalah org2 bawahan PAS juga, memang benar kata2 Nasharuddin...

    P/S: Yang dok kat atas tu kerja ngaga...bila turun padang hanya nak hadir ceramah dgn maki hamun aje..

    ReplyDelete
  8. ala...megundi kan dah nak dekat..biasa lah tu org umno...nak jatuhkan pas...

    ReplyDelete
  9. Biasa lah Pru13 nak dekat macam2 kempen fitnah keluar ...video dan gambar lucah , utusan pun main kan peranan nya lapuran bukan2 , perang banner , kajian sini kajian sana .....sogo sini sogok sana ...

    ReplyDelete
  10. Iyeke..org2 umno nak jatuhkan pas dengan taktik ni..abih taktik org2 pas dengan fitnah dan berbagai rekakarya tu bagaimana pulak ye...pas halalkan apa saja kan ?? asal umno je..semua haram...?? isk isk.. buruk sungguh pemikiran pas ye..

    ReplyDelete
  11. yang penting kelantan dibawah pimpinan pas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post