Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pinang.



Sebenarnya bukan saja Utusan @ Lidah Rasmi UMNO yang memainkan ketujuh-tujuh perkara yang disenaraikan di bawah, tetapi ianya juga dimainkan oleh Blogger UMNO dan juga pencacai UMNO untuk menipu rakyat Pulau Pinang!


Ini adalah tujuh dakwaan Utusan yang telah disifatkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai fitnah terhadap Guan Eng, ianya bukan saja tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”.

Menurut Mahkamah Tinggi, Varghese George Varughese “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”.

Beliau berpendapat bahawa ketujuh-tujuh dakwaan di bawah ini berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.

1-Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;

2-Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);

3-Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;

4-Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;

5-Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;

6-Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan

7-Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,

Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.


*******************************************

Kenyataan Akhbar

Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam

Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri.

Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal.

Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia.

Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan “terburu-buru dan tidak bertanggungjawab” oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali.

YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung.

Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah:

1-menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;

2-membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);

3-tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;

4-merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;

5-menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;

6-merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan

7-mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,

semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”. YA Hakim telah berkata bahawa “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”, dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.

YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa.

Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia.


MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tuan,
    aku nak tanya lah.. aku tahulah kerajaan UMNO tu korup, banyak salah. tapi aku tak rasa kerajaan UMNO semuanya salah dan tak de yang betul.mesti ada yang betul tak?.

    mcm PR jugak, bukan semuanya betul, manusia kan?, kita bukan maksum.

    aku betul-betul nak tanya:
    1- dulu aku terbaca puak2 pembangkang kata mahkamah dikuasai UMNO, PM control. PM dah berjumpa dengan hakim-hakim untuk tentukan keputusan memihak kerajaan. Maknanya, hakim akan cenderung buat keputusan yang tidak betul. Abes keputusan mahkamah ni mcm mana? Kenapa kerajaan tak kawal? terlepas pandang ke?.

    2-Baru-baru ini ADUN & MP pembangkang akan mengisyhtiharkan harta tetapi tidak ahli keluarga. Macam mana nak tahu telus ke tidak?.

    3-tuan, org2 PAS asyik dok kata x memang betullah Lim Kit Siang dan Karpal Singh menentang perlaksanaan hukum hudud sbb dia org bukan Islam. kurang arif. jadi tugas kita untuk memahamkan dia. Tuan, karpal Singh tu peguam terkenal dan pakar dalam bab undang2. Mustahil kalau sedikit pun pasal undang-undang Islam dia tak tahu.

    4-Aku tengok tak de beza jugak ekonomi di bawah kerajaan negeri PR. Contoh macam selangor, perbelanjaan sara hidup macam tu jugak. kemudahan awam macam tu jugak.kalau dari Subang nak ke Klang, mahu berjam2 menunggu bas. Memanglah baru lagi kerajaan PR memerintah, tapi nak tunggu berapa lama lagi?. Mandat diberi utk 5 tahun jer, kenapa x struggle betul2. Maybe kena langkah jangka panjang untuk naik kan infrastruktur. Aku tengok indonesia guna bas jer nak buat LRT versi dia sendiri (BUSWAY). Aku yang datang Selangor sekali sekala kena naik bas - terseksa gak. Tak boleh ke buat perbincangan dgn syarikat2 bas untuk tengok balik route dia. Kerajaan selangor kan dah banyak save duit, belilah 4-5 biji bas untuk cover route yang sibuk (penjimatan beratus juta, bas baru berapa juta satu kan?).

    nantilah, kalau ada soalan lagi, aku tanya lagi..

    terima kasih tuan

    ReplyDelete
  2. woitttttt......
    jngn lari tajuk laa.....

    kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Salah 1 prjuangn Islam dari Umno adalah FITNAH... Para mufti skrng ni dh syok makan gaji je & tak peduli pasal Fitnah ni. Inilh mercu kejayann Islam dari Umno. Orng bodoh & otak lembap je sokong Umno ni. Itu sbb Pekida & Perkasa jdi sayap berdemo utk Umno sbb semuany tu dh bodoh sngat & mudh d prgunakn. Cuba ar buat post-mortem mmber ni... majoritiny dari kelompok orng yg rendah akhlak & tk cerdik. Menuntut ilmu pn jenis panas baran (ilmu setan)

    ReplyDelete
  4. Macammana pulak puak pakatan boleh terima keputusan mahkamah ini ??
    Bukankah selama ini mereka yang beria-ia menuduh mahkamah di Malaysia ini dibawah telunjuk Umno/BN ??

    Hakim menerima arahan dari Najib !!
    peguam dan pendakwa memihak kepada kerajaan Umno/BN !!

    Polis, SPRM, SPR,..kan ker semua patuh kepada kehendak pemimpin Umno
    dan utusan..??

    Kenapa tiba-tiba mereka mengiktiraf keputusan hakim dalam kes ini ??

    Puak pakatan dah hilang akal ker..??

    ReplyDelete
  5. OOOooooooooohhh,..jadi bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka, mahkamah Malaysialah yang paling adil dan saksama !!

    Kalau mana-mana dari puak pakatan didakwa dimahkamah, belum pun jatuh hukuman,..segala jentera kehakiman di Malaysia ni di hina, diperlekeh, ditohmah serta ditekan
    dalam dan luar negara kononnya hakim dan polis menjadi talibarut kerajaan Umno/BN.

    Inilah wajah pakatan haramjadah yang sebenar..!!

    Licik dan penuh muslihat !!

    ReplyDelete
  6. rakab oi,,,aku dah boring baca komen dungu hang,,,sudahlah...hang tak rasa malu ka,,,

    ReplyDelete
  7. dan sim,

    aku nak tanya secara menyeluruh dan ini ada kaitan dgn cerita di atas.. ko faham ke tidak?

    maksud persoalan aku semua tu, kenapa sekejap Pakatan kata Mahkamah x adil, hakim dipengaruhi, tapi dalam bab kes ni, kenapa kerajaan Pakatan mengiktiraf pulak keputusan mahkamah..

    begitu juga dengan persoalan aku yg lain seperti penolakan hudud oleh Karpal (dia kan peguam terkenal), kalau x banyak, sedikit mesti dia tahu kebaikan hudud, ta'zir dan qisas.

    begitu juga dengan keadaan ekonomi di selangor, aku tengok sama jer sebelum dan selepas PR. x de nampak bezanya - jangan cerita pasal long term, sbb setiap kerajaan diberi mandat hanya utk 5 tahun membawa perubahan kepada negeri.

    ko janganlah jadi short minded dan sim, x de istilah lari dari topik, yg penting setiap isu jgn diambil sedikit sedikit.. kadang2 perlu untuk tengok secara menyeluruh barulah nampak kaitannya...

    seperti ayat : aku nak pergi kedai vs aku nak pergi kedai beli telur (ada bezanya)....

    next time, jawap secara akademik ok?..

    ReplyDelete
  8. anon 8.29,

    Aku memang sengaja nak bagi kau rasa bosan......bosan dengan pakatan!!!

    huahaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  9. rakab yg bodo lagi banggang makamah tu dimana dipusatkah dinegeri,kalau nak berhujah fitnah rakab no1 Allah akan semak fitnah kamu,pasti bala yg kau cari...ingat itu!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post