UMNO sudah gelisah - Dr. Asri



KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.

Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.

Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.

Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”

“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.


The Malaysian Insider

28 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam semua,

    memang betul pun apa yg dicakapkan oleh Dr Asri..

    Hambe yg mendengar secara langsung pun tak nampak,apa yg sebenarnya sayap2 UMNO + TPM + PM sendiri hendak sampaikan bagi memajukan Bangsa MELAYU selain menjanjikan Projek2 yg lebih banyak bermasalah dan Lebih memberikan keuntungan bg sesetengah pihak sahaja (esp Kontraktor,konsultan & pihak2 pelobi2 )

    Bab mengutuk pembangkang tak yah nk disangkalkan lagi..dh jd menu wajib @ ruji..

    Jadi,perhimpunan ini untuk apa sebenarnya??

    Nk menakut2kan rakyat?
    @ Nk mengukuhkan cengkaman terhadap 'team2' tertentu?
    @ Nk menghabiskan duit dlm melobi utuk jd calon PRU akan dtg? (mcm Isa samad buat masa PAU yg dulu2 tuh?)

    baca blk apa yg hambe tulis sblm ini kt bawah..


    " hambe mmg follow sgt time2,tok2 sidang UMNO berucap,terutama dlm Perhimpunan AGUNG2 Umno ni..

    Bukan aper,nk gak dengar apa yg nk dikatakan dan diperucapkan oleh PM & TPM ttg segala kaedah,cara2,teknik dan pembaharuan yg nk dibuat oleh UMNO terutama bg kebaikan BANGSA MELAYU ISLAM itu sendiri lebih2 lg dh nk PRU ni kan..

    Tp,hambe kesal & kecewa sgt2 sbb semua ucapan pembukaan & prakata dasar baik TPM,Wanita,Pemuda hatta Puteri pun tiada yg bernas,kritis mahupun berideologi..

    Semuanya berkisar tentang Pembangkang @ PR sahaja..
    (esp. PKR,DAP,PAS)

    Kutuk-mengutuk dan caci-maci peribadi pemimpin pembangkang,katanya mereka ini penghambur fitnah-jahat sahaja yg berlegar2..& tak lupa bodek-membodek pemimpin UMNO (esp Shahrizat dll)

    persoalannya,adakah mereka itu pula LEBIH BAGUS dari mereka..?

    lebih baik,utamakan keperluan rakyat berbanding fikirkan pihak pembangkang..

    maka,tak salah jika dikatakan bahawa PAU(Perh. AGUNG2 Umno) ini diadakan tak lebih hanya pembaziran semata2 jika tidak diusulkan dgn agenda Pembangunan Ummah MELAYU ISLAM khasnya..

    Apa yg rakyat MELAYU ISLAM Malaysia mahukan sekarang adakah parti UMNO ini masih RELEVAN untuk mewakili mereka atau sudah MASANYA untuk rakyat MELAYU ISLAM beralih arah ke Parti lain yg lebih mengutamakan mereka dan anak-cucu di masa hadapan..

    Tepuk dada,tanyalah selera..

    Yang BETUL TETAP BETUL..
    Yang SALAH masih boleh DIPERBETULKAN.. "


    p/s: Hambe sokong mana Parti yg menegakkan Ugama Islam tanpa terlalu taksubkan BANGSA dan KAUM tertentu yg melebihi kehendak Ugama ISLAM itu sendiri..

    ReplyDelete
  2. Umno dengan secara automatik akan menjadi lemah jika sekiranya pemikirn rakyat semakin cerdik & bijak. Itu sbb Umno akan menipu rakyat habis-habisan demi survival pemimpin atasanny yg bnyak lakukn kesalahan & penyelewengn.

    ReplyDelete
  3. nak habaq mai

    memang betoi pun umngok gelisah selalu.hang tengok wan azizah,depa kalut mintak tunjuk omega,azizah rilek ja tak goyang,nurul izah pun tak goyang.memang betoi pun jam tu ada.bila jam tu disentuh org2 umngok jam tu jadi najis nak habaq mai,pasai tu wan azizah tak moh bagi.hang tengok la dia rilek ja,tenang ja dia cakap jam tu duk baguih ada kat rumah saya.bukan mcm umngok gelisah tak abih2.tak syukoq dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  4. BIla nengok muka Dr. MAZA macam muka tak konfiden dengan persidangan Pemuda UMNGOK ni... aku rasa dia sdg mendengar kutukan oleh Pemuda2 UMNGOK pada pihak pembangkang, tu nampak macam kering je muka nya..

    ReplyDelete
  5. UMNO DAH GELISAH NAK MAMPUS.TENGOK KAK EZAT,UCAPANNYA DIHABISKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DAN KELUARGANYA YANG TERPALIT RASUAH KES LEMBU FIDLOT. TAK ADA POINT PUN UCAPANNYA,HANYA MENAMPAKKAN EMOSINYA YANG DAH MACAM ORANG GILA.PUAK-PUAK UMNO PUN IKUT JADI GILA SAMA.

    ReplyDelete
  6. nak habaq mai

    depa jadi gila lepaih kita dok dapat ayaq free dulu dah.hang lambat buat analisa nak habaq mai.kalu hang slow lagi hang tak layak bersama kami.kami tak pernah silap.hang dok jgn nak silap selalu pasai dok slow sgt.

    ReplyDelete
  7. Akula,

    PAUmno kali ni menjadi medan membangkit dan membakar semangat ahli-ahli untuk berdepan PRU..!
    Khabarnya PRU dah dekat sangat..

    Sebab itu laa ucapan-ucapannya berkisar tentang persiapan jentera
    dan menghentam pakatan rakyat..!!

    biasa laa tuu..

    ReplyDelete
  8. Umno sentiasa mengalu-alukan pandangan yang ikhlas dan baik
    demi meningkatkan kekuatan parti.

    Terimakasih Dr.Asri !

    ReplyDelete
  9. nak habaq mai

    hang terima kasih sama cin peng sekali,pasai apa cin peng dulu hari2 dok bagi pandangan kat kerajaam msia.keraan kita pun satu dok ketegaq sangat,salah depa la.la ni belajaq2 la diam dan syukoq dapat ayaq free.

    ReplyDelete
  10. rakab, kalau setakat mengalu-alukan saja pandangan orang TANPA MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN atau perubahan yang sepatutnya terhadap pandangan yang diberikan, baik tak payah.. ibarat buat laporan polis/SPRM beribu-ribu kali.. dan polis/SPRM sememangnya terima laporan tersebut, tapi TIADA siasatan pun yg dibuat.. hampeehhhh...

    ReplyDelete
  11. Maksud d sebalik lagu Umno..

    lambang kita yg gagah d pandng mulia & indah..
    bersatu bersetia brkhidmt cogankatany..
    umno terus mara utk pemimpin jadi kaya..

    ReplyDelete
  12. Melayu islam tu semua berada di dalam PAS n PKR bukan di dalam UMNOONOO lagi....yang ada tu semua tak boleh dipercayai lagi..

    ReplyDelete
  13. terima kasih Dr.Asri...banyak sangat mengutuk dari membangunkan semangat juang rakyat terutama golongan muda yang akan mewarisi negara...orang salah akan menutup kelemahan dengan menonjolkan kelemahan orang lain.

    ReplyDelete
  14. amat merugikan sekiranya medan politik hanya digunakan sebagai wadah untuk mencari kekayaan dan populariti semata-mata..rakyat tidak lagi mudah untuk diperbudakan

    ReplyDelete
  15. non 5.49,

    Mesyuarat baru nak bermula..
    nak ambik tindakan pun ,..kemudian laa...jangan laa prasangka buruk jer..

    Bila ada lapuran, polis, SPRM akan siasat..tapi kalau tak cukup maklumat dan bukti, pendakwaan tak boleh di buat..

    ReplyDelete
  16. non 9.36,

    Malang bagi melayu yang dok dalam Pas/pkr tuu,..sebab terpaksa tunduk pada kehendak/agenda Dap.

    ReplyDelete
  17. nak habaq mai

    dap mau negara islam,pas kata sabaq,la ni kita pakai negara kebajikan dulu,dap akur tunduk membisu seribu bahasa nuh.sapa yg tunduk?hang biaq betoi.tak belajaq syukoq kat ayaq free la ni hang gopla.

    ReplyDelete
  18. Gelisah itu adalah lumrah pada sesiapa pun utk setiap apa2 pertandingandan tak kecuali juga lawannya.

    Kenyataan baru2 nie daripada musuh BN..belum apa2 lagi,kerajaan negeri2 PR dah bgtau tak nak bubar sama dengan kerajaan pusat utk PRU13..ini tak boleh panggil gelisah lagi...nie kena panggil kecut telur...takut kalah...politik PR kalau PR kalah kawasan parlimen di negeri2 PR..mesti PR akan kata kerajaan BN telah merasuah rakyat..macam2 keluar...akp dah faham sangat otak2 puak2 PR nie..

    Utk komen Dr Asri..sesiapa pun nak yg terbaik...tapi minta la tanya lain2 cerdikpandai..mesti ada perbezaan...kalau nak ikut satu kepala aje..jawabnya bodoh le..

    P/S: Tak sabar PRU13..

    ReplyDelete
  19. pencacai jgn ingat kita org tak tenguk dengar najib berucap..

    dia mcm tukang cerita.. kejayaan dan pengorbanan pemimpin silam.. apa yg asri ckp tu lah apa yg aku fikirkan masa tu.. dan yg terharu nya suara najib mcm dibuat buat.. bila sampai punching note.. kena berhenti.. selepas beberapa ketika baru org faham rupanya kena tepuk...he he he

    guna media tv tp msg umno tak sampai sb kehijuan taik lembu.. sb tu tak berani bg kebebasn media kalau bagi msg PAS lagi meliputi muka bumi msia ini smp lah semua kandang lembu milik umno..

    ReplyDelete
  20. rakab 3:40 PM

    PAU tak de de nak bangkit kan semangat ahli... merakabkan ade le.

    ulang merakabkan ade le.. maksud tersirat al-bodohi mcm rakab.

    ReplyDelete
  21. anon 10:50 kan akp ckp ambil lah pandangan pemikir dan cendiakawan lain.. ambil lah pandangan asri secara positif. yg pahit tu kan ubat dan yg berlanggau tu kan rakab/akp.

    tp mesti mau ingat.. 10 cendiakawan baru sama satu asri.. tu sbb dia jd tetamu PAU pandangan dia kritis termasuk kpd Pakatan.

    dan mau jugak ingat nasib baik dia ada title bekas mufti .. kalau tak dah lama mcm prof aziz bari.

    ReplyDelete
  22. rakab oh rakab 11:32 PM

    selepas lapuran dibuat pihak berkuasa kena siasat org yg buat lapuran dan mtk bukti atau mtk kerjasama utk membenteras jenayah.

    Kemalangan pun kita kena beri maklumat dan disiasat.

    Ada kes yg disyaki pun kita kena buat lapuran dan pihak berkuasa pandai pandai lah dpt kan maklumat mcm kes sebelah rumah disyaki stor dadah polis tak terus terjam..

    Jd masalahnya ialah org yg buat aduan atau lapuran langsung tak di panggil ke bukit aman...

    non 5:$9 kata siasatan tak dibuat.. belum citer psl pendakwaan.. dah siasat bg tahu face to face dgn pengadu bukan ckp dgn wartawan je

    ReplyDelete
  23. rakab 11:35 PM

    Lebih baik ikut kehendak DAP dr ikut perasuah pefitnah dan peglembu.

    ikut DAP dgn iman islam kita insya allah kita selamat

    ikut UMNO dgn iman islam kita .. tergelak iblis.

    ReplyDelete
  24. ingat kan 1433H akp pun dah hijrah rupa rupa selama lamanya ..

    kalau dah gelisah adalah lumrah maka takut kalah adalah kebiasaan.

    Pakatan cuma nak ratakan lantai gelangan bukan apa pun ... nak tenguk janji PR Parlimen semua janji Bee End di kotakan ke tidak.. kalau tak rasuah masa praya maka cukup lah duit utk umngok hadapi praya dua kali.

    ini nama nya 'bergaining power' dan kalau umngok berani biarlah pakatan tak bubarkan DUN..

    ReplyDelete
  25. Cakap apa pu kami tetap sokong Pas dan PKR daripada party haram jadah pun....kami tak buta

    ReplyDelete
  26. Semangat puak-puak umno ni membara didlam dewan perhimpunan je...abis perhimpunan je ilang lesu la semangat tu...

    ReplyDelete
  27. non 2.46,

    hilang lesu,,??!

    Kalau macam tu, tentu dah lama
    BN hilang kuasa di negara ni,..

    Semangat Umno/BN tengah memuncak sekarang nih..tak sabar nak PRU !

    ReplyDelete
  28. PATI OH PATI 10.01,

    Anon 5.49 tu kata,

    "kalau setakat mengalu-alukan saja pandangan orang TANPA MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN atau perubahan yang sepatutnya terhadap pandangan yang diberikan, baik tak payah.. ibarat buat laporan polis/SPRM beribu-ribu kali.. dan polis/SPRM sememangnya terima laporan tersebut, tapi TIADA siasatan pun yg dibuat.. hampeehhhh"
    -----------------------------------

    Maksud anon 5.49 tu dalam komen dia ialah "IBARAT"..!!
    Kau faham tak??

    Dia bukannya mempertikaikan siasatan atau polis atau SPRM..!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post