Utusan mahu Hasan Ali jadi ‘orang tengah kahwinkan Umno-PAS’

Dah semakin desperate Lidah Rasmi UMNO ni..



KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat “Datuk Paduka” sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.


Pandangan ini diberikan susulan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu yang mengisytiharkan PAS sama sekali tidak boleh menggantikan Umno dalam arena politik negara ini dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu selepas selama tiga tahun mempelawa parti Islam mengadakan kerjasama politik.

Nama Hasan Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.

Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.

“Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.

Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.

Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.

“Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.

Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”

Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.

“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.

“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.

Zaini mendakwa Hasan bukan Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu.

Katanya, Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau dan individu yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

“Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

“Malah, banyak kenyataan Dr Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu,” kata Zaini lagi.

Akhbar Umno itu berkata “Faktor Dr Hasan amat penting sekali” kerana beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan.

“Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam,” katanya sambil mendakwa DAP sebenarnya gerun dengan Hasan.

“Malah PKR pun pening kepala dengan beliau,” katanya.

Penulis itu seterusnya berkata, Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat, bukan calang-calang orang.

“Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor,” katanya dalam tulisan kali ini - The Malaysian Insider


*****************************************




Kedaulatan Sultan Selangor dan faktor Dr. Hasan
Oleh Zaini Hassan

MENGIKUT kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku.

Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.

Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya.

Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran?

Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.

Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.

Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu.

Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan.

Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.

Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”. Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali.

Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain.

Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan?

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan.

Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam.

DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau.

Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor.

Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ‘‘Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain.

“Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.”

Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.

Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali.

Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor.

Selangor perlu diselamatkan!

Lidah Rasmi UMNO

27 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. hai dlm kata ahli PAS anggap TGNA mcm nabi pun masih nak cuba cuba nasib lg dgn kjaan perpaduan. tak malu sungguh lah kamu semua.

    kalau ada yg nak kjaan perpaduan mrk yg sokong hassan ali sebaik baik nya keluar dr PAS. Bukannya mengajak PAS sebuah parti yg 10 kali baik dr umno bergabung dgn umno. Ni cuba jugak lg...

    PAS kan bahlul. mengkafirkan org umno. memecah belahkan org melayu.

    sah lah umno dah parah. kena penyakit kuku dan mulut. kalau tny doktor dr jabatan haiwan, alamat laa..

    ReplyDelete
  2. UMNO. Pantang nampak saham bekas janda dia naik, mulalah dia gila talak. Masa bekas janda dia susah tahun 2004, bukan main berlagak.

    ReplyDelete
  3. Umno tk bole d musnahkn scara kasar tp dgn cara halus. Stkat ni semua brjalan lancar prgerakkn dari dlm Umno. Ramai gak wakil kita naik brucap pd prhimpunan agong Umno tu ari. Tahniah...

    ReplyDelete
  4. Pas jgn jadi bodoh remain where you are....kalau Pas masuk UMNOO then kami sokong PKR . kalau PAS masuk UMNOO tak ada beza nya PAS dgn Umnooo di kongkong oleh Lembu2 di UMNOOO ..Lagi menghancurkan Melayu ,kerna Melayu dah tak ada alternative utk party yg lebih baik utk perubahan ...Then we go to PKR

    ReplyDelete
  5. PAS mesti ingat org Melayu masih perlukan kamu utk perubahan ...kami sudah menyampah dgn perangai Melayu UMNOOO

    ReplyDelete
  6. hahah..org melayu2 islam majoriti lg menymph dgn pr...skrng ni kt sel pemimpin pr tgh sedap menyiksa pekedai2 kt komples pkns yg majoritinya islam n melayu...sewa akn dinaikkn bahkan smpi 100%..penyewa dh pon bwk kes ni ke mahkamah..tahniah pr sbb suke menyeksa org2 islam..lps mubaligh kristian dipertahankn...gerai2 melayu dirobohkn..tanah2 wakaf kt png byk yg akn diambil secra halus..tanah percuma utk org2 cine di perak..kami org2 majoriti islam xakn berdiam diri...gabungan dap-pkr-pas harus dijatuhkn...

    pas tlh memilih jln yg slh dgn bergabung bersma pelopor islam liberal yg ditaja oleh zionis..tp nk buat mcmmana...dlm pas ade nabi.tu yg org2 pas taksub tu.haha

    ReplyDelete
  7. kah...kah...kah...kah...
    lebih baik jadi orang tengah kangkang rosmah...
    ini pun biawak....
    macam zul biawak....
    saudagar ugama...

    ReplyDelete
  8. ini broker ugama.....
    gila pangkat dunia....
    mana nasa?
    sicibai ni senyap je...
    biawak juga ke?
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  9. Kerajaan perpaduan bukan bermakna Pas kena masuk Umno...
    tetapi sekadar kerjasama yang boleh
    mendatangkan banyak kebaikan kepada umat Islam dan negara.

    Bila Umno dan Pas bersuara dalam satu nada berkenaan Islam, tentulah masyarakat bukan Islam akan lebih menghormatinya.

    Cuba fikirkan dari sudut positif
    lantaran kerjasama Umno/Pas ini...

    ReplyDelete
  10. pr zalim!!naikkn sewa bangunan pknsDecember 7, 2011 at 3:03 PM

    bdk2 pr ni dlm kepale dieorg dh ditamankn bahawa saudara seagama dlm umno tu begitu jijik...tahniah nik aziz..tp org2 yg jd kayu api neraka dieorg siap peluk cium lg..syabas skali lg pok nik..hahahah..tul ckp rakab..kerajaan perpaduan tu bknla suh pas msk umno..tp kerjsma..xyah bubar ape2 pon..

    oi org2 pr...xckup2 lg ke siksa hdp pekedai2 islam..kt png gerai korng robohkn...kt sel sewa bangunan pkns dinaikkn..korng yg xkene mmg la suke n gembira skong pr..tp yg dh kene akn serik nk skong pr..dlu zaman2 bn xpnh jd lg mcm ni..dhla padang kt kelana jaya nk kene jual ke pemaju..aset2 pkns lain pon nk dijual...cayalah khalid gagap..rompak selagi boleh sblm rkyt humbn ko dlm laut pru13 ni..

    ReplyDelete
  11. Hang jgn kacau Pok Nik , Pok Nik tu walau pun dah tua tapi beliau ada lah asset bagi PAS dan seterus nya PKR.......beliau masih relevant di Kelantan dan di PKR...
    Terus kan perjuangan POk Nik...

    ReplyDelete
  12. bila pandang hassan ali , terlintas di fikiran betapa sukarnya menegakkan kebenaran dan kejujuran dalam menjadi pemimpin dikalangan pakatan haram .

    walaupun hasan ali golongan intelek islam beliau tidak mendapat tempat disisi khalid ibrahim yang dikelilingi oleh mubaligh kristian seperti teresa, xavier , tony , elizebeth dan hannah .

    selain mubaligh kristian tersebut terdapat golongan liberal islam terlampau yang dihadapai oleh hassan ali . anwar pelopor pluralisma . azmin yang berkitabkan bible . zuraidah yang bergemulang dgn fitnah. khalid samad dengan fahaman toleransi melampau.

    padang yang disangkakan rata oleh hassan ali setelah berkuasa dan menjadi exco , rupanya penuh dengan lopak bahaya dan duri semalu yang menikam telapak kaki nya.

    ReplyDelete
  13. rakab 2:43 pm


    kalau tak masuk umno, tak pyh lah sebut kjaan perpaduan. tak pyh nak kawin semula. buat je prog atau ceramah dgn PAS dan mana mana undang undang yg nak di buat ajak PAS berikan pandangan.

    dan kalau umno betul betul faham islam dan terima islam - dng tidak buat fitnah dan jaga hak rakyat, dulu lg bila dilamar PAS dah terima.

    ini nak kerjasama tp yg dpt pingat hasan ali je. nampak sgt muslihat nya. hasan dpt pun bukan psl pendirian dlm peraturan islam di selangor tp psl dia menguntungkan umno.

    kita akan rugi dan terpaksa menunggu lebih lama lg jika PAS yg tlh bersusah payah utk smp kesini mennyambut salam perpaduan umno.

    yg satu nada psl islam ini ialah soi lek bukan PAS. UMNO yg memerintah kalau jaga islam dgn betul bukan bukan islam aje yg hormat Org PAS sendiri akan hormat.

    tujuan penulis pun bukan apa, saja nak kocakkan keadaan yg tenang di Selangor. tak byk sikit takut kan melayu sel dgn DAP.

    ReplyDelete
  14. OOI 3:03 PM 7DEC

    kalau lah masih khir toyol, padang pkns tu dibina banglow. nasib baik lah Pakatan menang.

    kalau betul lah kita nak menang praya lg tentu kenaikan sewa akan di tangguh ttp krn keadaan dan harga sekeliling maka tentu lah kadar di naikkan. dan selepas ini peniaga akan untung berlipat ganda.

    tu lah.. dlm umno tu seagama ada tp yg ramai nya munafik.

    ReplyDelete
  15. pPAS 5:26 pm

    krn itu lah UMNO kena selamat kan Hasan Hny intelek mcm Hasan akan dpt ubahkan UMNO / MCA / MIC.

    selepas Hasan main kotor dgn cuba berunding pergabungan dgn khir, hasan ali masih lg di beri kepercayaan oleh Pakatan dgn melantik Hasan sbg Exco. Rupanya dia masih tak puas hati sbb dia ingat dia lebih bagus dr Khalid dan termasuk di kalangan PAS.

    mengapa khir dan geng dia panggil Hasan dan bukan org lain utk menarajui Selangor? adakah PAS yg berikan nama utk dpt pingat? adakah PKR? Tak mungkin DAP yg ahli sendiri tak digalakan terima pingat.

    ReplyDelete
  16. Alahai apa ada pada anugerah2 dunia ini tak kemana nya...

    ReplyDelete
  17. UMNNOOO cemburu kewangan Selangor diurus dgn baik ....berebut2 lah nak rampas Selangor boleh depa tunggang terbalik kan Selangor , letak Kandang Lembu byk2 kat situ

    ReplyDelete
  18. non, 6.12,

    Kerajaan perpaduan,..bukan parti yang disatupadukan ! Pas boleh kekal dengan
    agenda perjuangannya,...cuma sekurang-kurangnya dalam hal yang melibatkan kepentingan agama dan umat Islam, kedua-dua parti boleh duduk semeja berbincang dan membuat keputusan bersama.

    Itukan lebih berhemah dan selari dengan tuntutan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  19. nak habaq mai

    shida tu pun buleh jadi rakab jugak.umngok susah nak caya.ahli syurga dan ahli neraka buleh bersatu ka.tak taula pasai aku dengaq puak hang masuk neraka.tokguru2 yg cakap.so tobat la hang rakab,mai juin bersih 3.0 nak mai dah ni.best oo keja2 dgn polis balik gebang kat kedai mamak pulak..mamak kalu takda kopi free la nak habaq mai.

    ReplyDelete
  20. Pi la main keja keja ngan polis tu... Pastu huru harakan malaya.... Pastu ckp Kerajan BN salah... Pastu wat pitnah... Pastu bangga menjd pendukung peliwat... Tu je la kerja korang... Ahli BN di hukum masuk neraka oleh MANUSIA!!...

    ReplyDelete
  21. Semua sedia maklum bahawa PAS dan UMNO sudah berpecah lama. Punca perpecahan PAS dan UMNO ialah bagaimana PAS diperlakukan oleh UMNO ketika berada dalam BN sehingga ‘disingkirkan’ keluar daripada kerajaan campuran, sekitar tahun-tahun 1970-an ini adalah kerana tidak bersetuju dengan UMNO kerana tidak menjunjung Islam bersumberkan Al-Quran dan Hadis (termasuk korupsi), yakni menolak sebuah negara Islam berlandaskan hukum hudud. Manakala, UMNO pula menuduh PAS terlalu ekstrim akan pendekatan tersebut.
    Bagi nUMNO penyatuan ini hanyalah untuk meraih populariti semata-mata, tapi pada hakikatnya UMNO tidak jujur dengan apa yang mereka cadangkan itu.
    UMNO masih ego dan sombong, kalau dilihat setiap forum diantara PAS dan UMNO membincangkan hal penyatuan kita dapat lihat bagaimana tingkah laku ahli UMNO yang bercakap dengan sombong dan bongkak sehingga tidak menampakkan petanda mereka betul-betul menginginkan penyatuan ini menjadi realiti.
    Dengan kata lain UMNO hanya mahu isu penyatuan ini boleh membangkitkan kemarahan DAP dan PKR dan secara tidak langsung mereka mengharapkan perpecahan gabungan Pakatan Rakyat.

    Allah SWT mengingatkan kita yang bermaksud:

    Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu; dan untuk itulah Allah menciptakan mereka (Surah Hud: 118-119)

    ReplyDelete
  22. kan elok kalau Pas dan Umno bergabung demi kepentingan org Islam dan Melayu..ketepikan ego masing2..

    ReplyDelete
  23. UMNO yg ego. Tak de parti miskin dan serba kekurangan mcm PAS yg ego. Bg PAS ini bukan ego tp berhati hati jgn masuk kandang lembu. tak kena dipijak, kaki yg kena taik.

    tak pyh nak kerjasama dgn PAS, kerjasama dgn Dr Asri dulu. Dah byk dia tegur UMNO.. Nak sgt Hassan PAS tu.. ambil dia kemudian lantik dia jd Menteri jaga Agama.. biar dia serang semua gereja.. kedai jual arak.. boleh ambil ahli tp JGN AMBIL PAS! PAS lah satu satu parti yg duit aku masuk dlm kantung ukt berjihad.

    pendirian aku PAS buat silap kalau bekerjasama dgn UMNO. Nak kjsama dgn UMNO tunggu bila UMNO di kalahkan. sebaik baik nya kalau UMNO jujur jgn letak calun jika PAS bertanding. Buat mcm Zaid.

    UMNO selama ini mendabik dada yg hanya parti naungan penjajah ini sahaja yg mampu bela melayu dan islam. jd dlm hal ini iaitu hal bela agama dan melayu, mrk tak memerlukan PAS. PAS hny diperlukan utk memecah belah kan Pakatan.

    ReplyDelete
  24. Betul tu B=End nak serang PAS org melayu akan marah ...jadi gunakan PAS utk memecah-belahkan Pakatan...biar ada selisih faham , lepas tu depa boleh canangkan ...hati2 dgn muslihat mrk ini bukan boleh percaya...

    ReplyDelete
  25. bukan kah elok umno berambus jer secara senyap dari meronta2 bagaikan lembu nak disembelih?

    pada pandangan aku tak perlu berpadu antara pas dan umno.

    biarkan melayu itu berpecah....biarkan melayu terpinggir...biarkan melayu derita...biarkan melayu sengsara

    kerana yg berideologikan melayu itu adalah umno....yg akan terkubur adalah umno.

    dari keruntuhan melayu umno ini di harapkan akan bangkit anak2 melayu yg kenal apa itu kesusahan dan membina bangsa dgn mengutamakan agamanya terlebih dahulu, mengutamakan kebenaran dan keadilan sebagai prisip hidupnya.

    dari situ barulah boleh melayu itu bersatu di bawah panji ISLAM diterajui oleh PAS.

    ALLAH HUAKBAR

    ReplyDelete
  26. BUKAN SUSAH SEMUA ORANG UMNO KENA MASUK PAS BARU BOLEH KAWIN...ORANG BUKAN ISLAM, NAK KAWIN DENGAN ORANG ISLAM, KENA MASUK ISLAM DULU...

    SILA EDARKAN BORANG KEAHLIAN PAS DARI RUMAH KERUMAH. ATAU MENJADI AHLI SECARA ON LINE.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post