
Rasanya dulu aku pernah tegur tentang kesalahan skrip yang dibaca oleh Pak Wahab yang keluar PKR bersama gerombolannya yang menurut beliau 130 orang semuanya padahal setelah diselidik hanya beliau dan dua orang sahaja.
Yang lain-lain berada di situ kerana ditipu oleh Pak Wahab dengan mengatakan beliau mengadakan sedikit kenduri lalu mereka semua dijemput untuk menghadirinya..
Baca laporan tersebut di SINI
Kali ini sekali lagi Utusan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO menyiarkan satu laporan yang skripnya juga hampir sama dengan kisah Pak Wahab itu.
Dimana Cabang yang tak wujud diwujudkan hanya untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap PKR.
Utusan menyiarkan satu laporan kononnya seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kampung Jerek Baru, Gua Musang telah keluar PKR menyertai UMNO..
Padahal tidak ada sebarang Cabang di Kampung Jerek Baru tu.. yang ada adalah Cabang Gua Musang.. Yang ada di kampung itu adalah Ranting..
Nak bohong biarlah nampak real sikit…
***********************************************
40 ahli PKR cabang Kg Jerek, Gua Musang sertai UMNO
11/01/2012 7:20pm
GUA MUSANG 11 Jan. – Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kampung Jerek Baru, dekat sini, keluar dari parti itu untuk menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR yang dianggap sia-sia.
Kumpulan itu yang diketuai Mohd. Nazri Mohd. Nor menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani hari ini.
Beliau berkata, mereka meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu yang didakwanya hanya “bermain wayang” tetapi gagal menunaikan janji kepada.
"Kami kecewa apabila parti itu bersekongkol dengan Pas untuk merampas tanah rakyat di beberapa kawasan Hulu Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang.
“Rasa sedih juga apabila tanah yang diusahakan rakyat, diambil balik begitu sahaja...rakyat juga menuduh kami bersubahatdalam perkara itu sedangkan kami tidak memperolehi satu sen pun daripada pembangunan tanah berkenaan,” dakwa Mohd Nazri. - BERNAMA
Itu cuma perang saraf UMNO saja. Jangan ambil hal..
ReplyDeletedia orang dah tertekan yang amat sangat. Walau apa pun bagus kalau saudara dedahkan aktiviti geraksaraf UMNO ini supaya kita semua maklum.Syabas!
bohong kat lembu shahrizat pun belum tentu lembu tu nk percaya.
ReplyDeleteNak fulus la klu mcm tu. Si Saifol buntut dh trlepas peluang utk dpt imbuhan drpd rejim Umno mcm Azizan Abu Bakar dulu. Skrg tk puas hati nk buat rayuan balik. Lepas ni tuduhn bukan lagi kena liwat tapi kena salai sambil d liwat kot. Biar nmpak ganas skit..
ReplyDeleteDekat pilihanraya nih gitulah. Sebelum PRU12 pun macam ni juga. Tapi BN kalah juge.
ReplyDeleteberahing katak kata 40,000
ReplyDeletekah...kah...kah...
kalau begini.
ReplyDeletedalam pkr tinggal
anwar, azizah dan nurul saja.
yang berhimpun 901 ramai2 tu
orang2 umnoooooooo..... ke.
kalau dah lembu, lembu juga.
tektik basi dah tak laku.
haramjadah betul.
alang2 kalau dah menipu letak je 4000 orang.
ReplyDeletenak buat penyedap hati yang tengah parah
Dah biasa dah....
ReplyDeleteBeramai-ramai berhijrah nenuju kejayaan bersama pihak yang benar...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!