
Belum pun reda isu kononnya pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu itu dieksploitasi pula menerusi akaun Facebook palsu.
Kehadiran akaun palsu itu, dikesan aktif pada 2 Januari lalu, selepas Nur Amalina menutup akaunnya.
Ibunya, Sabariah Hassan, 52, menyedari mengenai akaun palsu tersebut, selepas dimaklumkan Amalina menerusi Skype.
“Ada dua akaun menyamar menggunakan nama Nur Amalina Che Bakri dan Amalina Che Bakri.
“Saya beri amaran kepada penyamar untuk menutup akaun ini dalam tempoh tiga hari. Jika tidak, saya laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.
“Memang saya kesal, memainkan nama dan maruah anak saya”, katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sabariah tidak mahu orang ramai keliru kerana anaknya kini, tidak lagi mempunyai akaun Facebook, selepas insiden gambar peribadinya dimuat turun ke laman web dan didakwa liar, selain gagal dalam pelajaran.
Nur Amalina menjadi sebutan berikutan kejayaannya memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
Bagaimanapun, isu peribadi beliau menjadi bualan, selepas tersebar gambar menunjukkan beliau tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kononnya kelihatan ‘liar’, berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
“Ina seorang penyabar dan baik. Saya tidak mahu berita mengenainya disensasikan, biarpun saya yakin ia tidak akan menggugat pengajiannya.
“Saya kesalkan, mengapa dia diperlakukan sebegitu? Apa kesalahannya?,” katanya.
Sabariah berkata, akaun Facebook dengan nama Nur Amalina Che Bakri telah lama wujud, namun ia hanya mengambil keratan akhbar kejayaan anaknya.
Namun, akaun menggunakan nama asal Nur Amalina sebelum ini yang telah memaparkan gambar peribadinya.
Nur Amalina sedang menyambung pelajaran di Universiti Edinburgh, Scotland, di dua bidang ijazah, iaitu perubatan dan sains farmakologi, ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia dan bakal menamatkan pengajiannya November tahun depan.
Sinar Harian
Alhamdulillah..aku taknak tgk anak bangsa sendiri rosak..memang aku harap bukan tuan empunya diri yg terjadi..
ReplyDeleteOoi makcik, dah tau gambar tu gambar kategori lucah watper masukkan dalam FB??
ReplyDeleteLepas tu pura2 tanya pulak... mengapa diperlakukan begitu? apa kesalahannya?.
Kalau dah bergambar tak senonoh camtu memanglah salah makcik ooii.
Lainlah kalau orang bukan Islam.
Ishhkk letih aku nak eksplain. Camna boleh jadi penolong kanan sek men pun aku tak tau??
Walaubagaimana pun sama2 kita berdoa moga2 amalina berubah menjadi sopan dan solehah disamping cemerlang dalam pelajaran.
Belajarlah pandai2 bila besar jangan jadi bodoh macam UMNOK.
Standard la Bro.. Org buat salah akan kata apa dia buat tu tak salah.. Sebab itulah Mak Amalina kata mcm tu.. Sbb dia rasa apa dia buat tu ok tapi bagi kita dah salah..
ReplyDeleteISU PANASSS: Nur Amalina SPM 17A tetap terbaekkk... Walaupun dimaki , dicaci dan dikeji.... Cool n Steady jawap soalan melaui skype... video youtube....
ReplyDeleteRujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2012/01/isu-panasss-nur-amalina-spm-17a-tetap.html
Lady gaga pon kalau beri statement dengan press memberikan yang terbaik kepada peminatnya.. kah..kah..kah tapi adakah dia terbaik dari sisi tuhan yang satu... kah..kah..kah
ReplyDeleteLantak la mak cik oii!! anak engkau, apa kita orang peduli...
ReplyDeleteyang nak lingkup pun anak engkau... yang pasti kalau mak cik pandai didik anak tak jadi la macam ni, elok2 pakai tudung lepas tu buka...
orang berubah dari tak elok ke elok, ni terbalik...
rakyat malaysia tak payah buang masa cakap pasal budak ni, banyak benda lain lagi nak dibincangkan...
contoh... TUMBANGKAN UMNO - BN!!!
FITNAH memang tak bagus. Kalau AMARAN sama KERAS nya diberi ibu kepada anaknya dari melanggar perintah ALLAH boleh lah elak perkara ini. Meskipun sekarang memang ramai yang suka FITNAH. Bak kata Ustaz Azhar tudung tak wajib pakai, aurat yang perlu diJAGA sebab tutup kepala guna baldi pun boleh kalau sanggup.Wallahua'lam.
ReplyDeleteKubor masing2 kau orang sibuk buat apa,,,,,
ReplyDeleteApa Punya Ibu macam ini...anak tak pakai tudung, warna rambut dan pakai pakaian yang sexy tak salah....siap boleh tanya lagi 'apa salah anak saya'...pegi tanya tuhan laaa salah ke tak....rakyat kalau komen dan bagi pandangan maknanya rakyat sayangkan orang tu...kalau dah menyampah lantak laa nak telanjang pun sapa pun tak amik kisah.
ReplyDeletePikir laaa...jangan guna kepala lutut....anak baru belajar kat UK dan tak tentu arah jadinya.
Aku pun belajar kat UK gak....tapi tak jadi camtu pun....pokok pangkal hati kita....kalau dah ingat nak ikut budaya orang tak leh nak buat aper laa.
Anon 2:45
ReplyDeleteKau punya pandangan tu sebijik macam pencacai2 UMNO punya standard answer.
Memang la kubor masing2. Tapi kita akan ditanya dan dihukum juga di akhirat bila kita membiarkan sedara2 kita melanggar hukum Allah.
sebab dia ingat soalan siapa saudara saudara kamu tu habis kat situ je.. dia tak tahu soalan seterusnya ada kah saudara nur .... juga saudara kamu? nah nak jawab apa??
ReplyDeletenur amalenia adalah harapan bangsa. satu contoh kpd anak anak melayu. walaupun dia bukan adik atau anak kita ttp kita dulu berbangga krn kejayaan dia.
pemuda umno seharusnya menyediakan tiket dan penginapan percuma utk ibu nur amaline spt mana mrk memberi tiket dan penginapan kpd student kita yg kena rompak semasa rusuhan. jadikan lah nur amalina ini anak emas umno.
Anon 2:45
ReplyDeleteNasib baik kubur masing-masing.Kalau kubur sama tak kah menyusahkan ,jiran,apabila kena siksa.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!