Dari Tan Sri Khalid kepada Najib..


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.


"Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.

Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri

"Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Felda Soeharto bagi tujuan kediaman.

"Kerajaan Negeri bagaimanapun mendapati tanah itu masih terletak di bawah Seksyen 44 Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang bermaksud tanah itu masih di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Adalah salah untuk Perdana Menteri mendakwa Kerajaan Negeri enggan membantu," kata Menteri Besar.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kerana didakwa enggan meluluskan projek-projek perumahan di felda-felda di Hulu Selangor.

Menteri Besar juga berkata, semakan dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Selangor juga mendapati terdapat satu cadangan pada awal tahun 1990-an itu dari Felda untuk projek pembangunan di Felda Gedangsa tetapi ditolak oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional ketika itu kerana kegagalan projek pembangunan semula di Felda Sungai Buaya

Menteri Besar kecewa kerana Perdana Menteri menyalahkan pihak lain ekoran kegagalan UMNO-BN menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan rakyat. Kami telah buktikan dengan Projek The Greater Klang Valley dan projek River of Life. Tiada alasan untuk Kerajaan negeri mendiskriminasikan peneroka Felda.

"Malah, lebih 2,000 ekar tanah milik Kerajaan Negeri di Hulu Bernam telah dibangunkan oleh Felda tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri tidak menerima bayaran satu sen pun," katanya.

Perdana Menteri perlu mengkaji fakta sebelum membuat tuduhan tidak berasas kerana Kerajaan Negeri mengadakan reformasi pengurusan dan pentadbiran tanah secara berterusan bagi mengalakkan rakyat Selangor memiliki kediaman sendiri.

TVS News

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. buat kenyataan tanpa usul periksa.. mcm rakyat buta dan pekak jer.. adess

    ReplyDelete
  2. Itulah contoh Najib tak layak menjadi pemimpin dan ahli politik yang baik..

    ReplyDelete
  3. Nak tu dia tidak ada permohonan .....kelentong je kerja Si bibir Pink ...kalau tak kelentong dan putar belit tak sah rasa nya.....tu lah akibat nya apabila ALLAH telah turun bala kpd seseorang ....

    ReplyDelete
  4. BARISAN NASIONAL UMNO DAN SEKUTUNYA DARI DULU HINGGA KINI DAN SELAMANYA ADALAH PENIPU MEMUTARBELIT FAKTA YANG NYATA DAN BENAR.PUIH .HARAM JIKA KITA MELANTIK MEREKA UNTUK DIJADIKAN PEMINPIN.

    ReplyDelete
  5. PKR Selangor pengkhianat rakyat !!
    Sengaja nak sabotaj projek kerajaan pusat walaupun sebenarnya ia adalah untuk kebaikan rakyat Selangor sendiri.

    ReplyDelete
  6. Apo-apojolah rakab anjing.. Salak la kat bukit tu.. Takdo apo pun akan jadi.. Jadi bangang ado la kau ni anjing.. Hahahaha...

    ReplyDelete
  7. Sabar rakab.. Aku sedih dan simpati ngan nasib ko yg kena maki sepanjang hayat.. Pintu taubat masih terbuka.. Insaflah.. Kembali ke pangkal jalan. Berhenti la jadi anjing atau babi.. Pilihan ditangan ko.. Nak jadi manusia bijak atau jadi anjing macai? HHahahaha.. Aku bukan marahhhh.. Tapi nasihatttttt....

    ReplyDelete
  8. Aku kena sedarkan kau semua dari terus dipukau oleh ilmu songsang si raja drama.

    ReplyDelete
  9. tak payah la sedarkan orang lain..awak tu yang kena sedar..buka mata luas-luas ..tengok apa yang kerajaan PR dah buat kat Selangor.. jangan butakan mata hati hanya disebabkan penyokong fanatik parti anda..

    ReplyDelete
  10. Najib hari hari mesti berbohong.

    Rakab hari hari mesti bodoh-bodoh.

    Ini PM Najib yg tak berani. Awak ada kuasa buat je lah. Kalau royalti myk pun boleh tukar jd wang ehsan .. ni kan pulak projek perumahan..

    tenguk tu najib pun dah bercakap pegang mikrofon dan rasanya tak pakai rostram mcm anwar jgk... kan aku dah ckp.

    ReplyDelete
  11. MEMANG LA,NAJIB HANYA PANDAI MENIRU DAN MENERIMA NASIHAT DARI KAKI MENGAMPUNYA SAHAJA.TAK RETI NAK BERFIKIR SENDIRI.BILA ADA MASALAH LARI KELUAR NEGARA.MEMANG TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI.BERBEZA DENGAN ANWAR,DIA TELAH MENEMPUH BERMACAM DUGAAN DAN KESENGSARAAN TAPI TAK PERNAH MELARIKAN DIRI,TETAP CEKAL MELAWAN KEMUNGKARAN.LAWAN TETAP LAWAN,MAJORITI RAKYAT BERSAMAMU ANWAR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post