Demo UPSI: Polis cuma ulang skrip lama - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.

"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad.

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.


Harakahdaily

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Skrip basi yang biasa kita dengar:
    1. Tahanan pukul diri sendiri sampai lebam bijik mata. Hahahaha!
    2. Perhimpunan tiada permit sebab tu kita bantai. UMNO himpun tak per la pulak.
    3. Kita ikut standard procedure. Procedure kepala atok nko menghalang hak kebebasan bersuara.
    4. Demonstrant bertindak semakin ganas. Demonstrant ke polis yang ganas.??
    5. Polis mengutamakan kepentingan orangramai. Orangramai ke atau kepentingan pemimpin korup UMNO yang semakin kecut???

    ReplyDelete
  2. Power of people Vs People in power.

    Mana2 pun kerajaan kuku besi akan menghadapi kebangkitan rakyat yang semakin bijak menilai. Dan mana2 pon kerajaan kukubesi akan menggunakan kuasanya dengan sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya. Dan biasanya tindakan penguasa akan menjadi lebih zalim untuk mengekalkan kekuasaannya...

    Lawan tetap lawan!!!

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu ?? Puak pakatan tak dapat cari orang lain yang lebih
    kredibel ke untuk mengulas isu ni ??

    Mat Sabu lagi besar temberang !!
    Sendiri jatuh langgar divider lepas tu kata trak polis langgar dari belakang !!

    Rakaman video menjadi bukti..

    ReplyDelete
  4. Hei rakab...kan aku dah kata kau boleh tak jangan komen lagi...yang jatuh tu dia...macam mana pulak kau tau macammana dia jatuh dan buat ulasan serkap jarang. Ada lebih baik kau pergi kedai beli barang yang bini kau suruh beli tu....kang kena luku pulak kepala kau tu...

    ReplyDelete
  5. mat karung guni,

    1..Kalau ASD tutup blog dia, tak ada laa aku komen lagi...goblok !

    2..Bukti video jelas Mat Sabu tak dilanggar trak polis dari belakang sebaliknya jatuh sendiri..

    3..Kenapa lak aku nak pergi kedai ?
    aku sendiri berniaga, dulu kedai runcit laa ni Najib dah transform jadi mini market !

    hehehehe...Alhamdulillah, murah rezeki .

    ReplyDelete
  6. Biarlah Rakab komen di sini aku sokong... supaya dia jadi badut hiburkan kita semua. Lagi banyak komen lagi jelas kebodohan dan jumudnya pemikiran dia. Hahahaha

    ReplyDelete
  7. rakab nak tolong najibkah....owwiya ai maklum najib dah berjasa besarkan burit nya jadi supermarket,aku tahu kau tak ihklas rakab,hanya semata2 kerana bantuan,kes mcm ni lah sebahagian melayu kita byk jadi pukimak pengamput,melayu ini sedar tak sedar duit yg bantu dia jd senang terselarlah duit dari makbapak najib terkeluar dr poket,kalau tak faham jgn komen dan amput,entot2 boleh,jenis melayu mcmni lah umno atau BN masih memerintah 100thn lagi....aku tak payah komen dgn org mcm rakab,sebab bodo tahap BIMBOI..

    ReplyDelete
  8. hahahaha! korang ni x dpt access video ke? xyah la tgk video polis pon,tgk antarapos pon tau sape yg kejam..students mcm kambing x makan dh nk robohkan gate upsi..

    n pls sape yg gunekan skrip lama ni? duhhhhhhh...yg salu ckp polis kejam ni bukan ke PR sendiri,padahal xde bukti pon..korang spin la cemane pown..kesian..xpenah puas ati kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post