Himpunan 901 : Polis Benarkan, JAKIM haramkan?


KUALA LUMPUR, 6 Jan — Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sambil menyifatkan penganjur mahu gunakan langkah itu untuk menimbulkan “huru-hara dalam negara.”


Teks khutbah khas bertajuk “Cinta Negara” yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut mengatakan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan boleh melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat sehingga membawa tanggapan kepada dunia Malaysia tidak lagi berada dalam keadaan aman.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan umat Islam di antaranya termasuklah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan sama ada melalui media massa dan alam siber.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini, mereka mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan,” kata teks khutbah yang dibacakan di semua masjid di Wilayah Persekutuan.

Kata khutbah itu lagi, penganjur melalui perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan mahu menyemai perasaan tidak puas hati kepada pemerintah negara yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah.

“Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan,” katanya.

Tegas khutbah itu, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan telah melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam lain dan keamanan negara.

“Percayalah bahawa demonstrasi jalanan yang mengamalkan kekerasaan dan kekacauan merupakan amalan yang dipolopori oleh golongan yang bersifat ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara diseru agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan umah.

“Janganlah kita menjadi seorang Muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita,” katanya.

Khutbah Jumaat ini muncul selepas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan aman bagi menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.

“Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain.

“Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan,” kata khutbah Jumaat itu lagi.

The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. hahahaha..xmalu ke pencacai2 nuar juburi oi..lepas korng gelarkn polis anjing umno..anjing kerajaan..skrng pndai plak amek dalil kate polis benrkn perhimpunan..tp terbukti polis bertindak bijak..

    perhimpunan yg diberikn ni bkn dkt mhkamah..tp dkt tmpt lain..polis bg sbb dieorg tau kalo dieorg xbg..beruk2 pr akn ttp berdemojgk..n ms tu akn wujud huru hara sbb tu blh dikira sbg perhimpunan haram n polis berkuasa penh utk suraikn sebarang perhimpunan haram..so polis bg pencacai2 nuar juburi utk berhimpun tp sebrng perhimpunn dkt kaw mhkamah tdk dibernarkn..kalo ade jgk polis akn amek tindakan..so pencacai nuar juburi semua..korng dialu2kn utk berhimpun tp bkn dkt kaw mhkamah...n aku rs lps ni org2 anti anwar jgk akn mntk kebenrn polis utk berhmpn..lps tu kita tgk..spe yg lg majoriti..hahaha.

    ReplyDelete
  2. lalalalalalaa...............

    ReplyDelete
  3. Himpunan 901. Di Kuthbah Jumaat ......,,,,!,,,,!! dah tak ada modal lain je JAKIM....cuba saran pakai duit zakat itu haram relevan sikit.....

    ReplyDelete
  4. ... bijak betul polis . Aku ingatkan Azmin tu cerdik .

    Azmin cakap nak kumpul 100,000 orang oooo . Muat ker parking mahkamah kumpul 100k org . paling ramai pun 5,000 jer . Lekeh betul Azmin.

    Yang nak berkumpul tu , aku nasihat bawahlah bekal , nasi bungkus , air kotak , biskut ker . Lama jugak tu dok dalam kepungan polis . silap-silap sampai ke malam tu. Lapar pun boleh . Dosa pun boleh.

    ReplyDelete
  5. ada umat ini tahui dosa...bila berhimpun.mentedarah rasuah tak dosa,al kulup

    ReplyDelete
  6. Rakyat menyokong penuh perhimpunan 901 dibuat dekat mahkamah secara aman teratur.

    Diminta pihak polis membantu menyelaraskan trafik dan memantau provokasi orang suruhan UMNO.

    Tiada sedikit pun niat rakyat nak mengetuk kepala hakim atau nak beradu tenaga dengan fru dan polis.

    Apa yang rakyat hendak adalah sistem kehakiman yang betul2 bebas, sistem berpolitik yang bebas dan telus, ruang media yang adil dan pentadbiran kerajaan yang tidak rasuah.

    ReplyDelete
  7. Kite turun himpun ramai-ramai, polis dah kasi greenlight. Jaga tingkah laku. Yang pompuan jangan pakai macam amelina. Yang laki2 jangan jadi pondan. Kerana tugas dan harapan kita adalah besar. Untuk membebaskan Malaysia dari cengkaman perasuah, penipu, perompak wang rakyat, pemabuk, penghina Islam dan pemimpin penyangak yang menghancurkan negara.

    ReplyDelete
  8. nak bebaskan malaysia dari perasuah dengan membela peliwat ..... hahahhha lawak antarabangsa ooooo

    ReplyDelete
  9. pPAS otak kau mmg tercemar dgn virus taik lah..

    dulu bersih, mrk yg ditahan diberi makan yg disediakan oleh catering.

    kita org dah terbiasa berjalan kaki 5 km dr tempat perhimpunan. dan mmg pun kita org tak letak kereta kat mahkamah.

    melayu mcm pPAs ni adalah melayu yg mudah ditipu

    ReplyDelete
  10. kau peduli apa pPas , asalkan dah ada greenlight cukup lah......hari kita sambut "Doom Day" utk Najissssssss

    ReplyDelete
  11. polis benarkan perhimpunan impak dr perhimpunan BERSIH. Tekanan dr beribu ribu rakyat tlh memaksakan polis mengalah krn mrk pun sedar tindakan mrk sebelum ini kurang bijak. atau mungkin kjaan tak sanggup lg nak tanggung kos utk huraikan para demo dgn kekerasan dan duit tsbt lebih digunakan umngok utk praya 13 nanti.

    polis juga sedar mahkamah akan membebaskan para demo krn menurut perlembagaan rakyat dibenarkan berhimpun dan di kawal oleh polis dng bantuan unit keselamatan.

    aku mmg tertunggu tunggu org yg anti anwar berhimpun dan sepatutnya org yg anti anwar tlh berjaya membuat perhimpunan lebih dr yg Pakatan tlh buat tp sehingga skg satu pun tak de. yg kita tahu ramai sb cikgu cikgu pelatih plkn termasuk mat rempit dan kktgn keselamatan yg dipaksa berdiri di situ...

    sanggupkah kau keluar duit sendiri utk pergi perhimpunan?? sdgkan shahrizat dan family menikmati duit rm250 juta

    ReplyDelete
  12. Tuduhan apa lagi yang dilemparkan kepada Anwar? Peliwat, penzina, agen asing, anti melayu?? Tak ade satu pun yang rakyat percaya kecuali orang2 UMNO yang pura2 percaya atau bodoh terhasut dengan Utusan dan TV3.

    ReplyDelete
  13. kalau mesjid yg dikuasai PAS sah sah imam ini dan kena duduk balai polis diambil keterangan.

    mana mana imam yg menyelitkan sebaris dua perkataan yg mengutuk tindakan kjaan umngok sbg contoh isu hiburan dan rasuah dikatakan imam tsbt org PAS dan akan di ambil tindakan. sebut je jom heboh dan lembu nfc gerenti peg agama akan panggil.

    kesimpulan nya khutbah ini secara tidak lansung bersetuju dgn fitnah yg tidak diadili mengikut qazaf dan ketidakadilan dlm proses penyiasatan dan mahkamah.buta hati buta iman krn mungkin sebat duit zakat !

    Oleh itu ramai ramai lah kita selamatkan Islam bukan nya Anwar !!

    ReplyDelete
  14. kerana ini semua berpunca dr pemimpin yg kuat makan rasuah. sehingga mrk sanggup mefitnah kan org yg disanjung oleh rakyat berbilang kaum dan di hormati oleh pemimpin agama dan dunia.

    rasuah lah ibu segala penyakit! sejarah membukti kan bhw runtuhnya kerajaan krn pemimpin yg kuat rasuah. krn rasuah ! memiliki kekayaan hasil duit rasuah.

    ReplyDelete
  15. Krn rasuah begitu parah maka iklan rasuah sering di ulang ulang di TV kononnya rasuah itu najis dan seolah olah pemimpin umngok benci pd najis rasauh. belum dikira lg poster poster di setiap jabatan dan syarikat. Penyakit rasuah begitu teruk sekali!!

    Ini krn rasuah melibat kan ramai org dan akan bertambah termasuk jumlah suapan.

    tuduhan rasuah tidak dpt dikenakan ke atas anwar krn anwar bersih dr rasuah termasuk mengambil kesempatan semasa beliau jd TPM dan Menteri kewangan. Bapa Bapak perasuah terpaksa mencari jalan lain iaitu fitnah yg buktinya di ada adakan dan dgn sistem perundangan yg byk menimbulkan keraguan dikalangan rakyat.

    Membebaskan anwar bukan bererti membebaskan peliwat ttp membebaskan rakyat dr penipuan dan salah guna kuasa pemimpin umngok!

    ReplyDelete
  16. Anuar telah di hukum pada hari pertama dia masuk mahkamah ....dari awal hingga akhir semuanya meragukan mana rakyat tak marah ....Dna di curi ....dan macam2 lagi ....Rakyat bukan buta.... untuk menghukum UBN kita undi PKR .....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post