Letak bom bawah pentas?.. Hang 'BOM' kot Mat Bashah??


Dalam loghat utara ‘BOM’ adalah satu istilah yang digunapakai sebagai gelaran untuk kaki auta, putar alam dan juga pembohong besar dan ianya sering diletakkan dihujung nama seseorang misalnya Faizal Bom, Rakab Bom, Rauna Bom dan berbagai lagilah..


Nampaknya gelaran ini juga sesuai untuk diberikan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Dato' Ahmad Bashah yang cuba ‘mengebom’ apabila menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Turut sama dalam misi ‘pengeboman’ ini ialah Pembantu Am pejabat Ahmad Bashah, Shamshul Anuar Aziz, yang berkata beliau menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang.

“Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam,” tambah Shamsul.

4:45 petang terima panggilan.. 7.05 malam lapor polis?? Memang pakar BOM sungguh puak-puak UMNO Kedah ni!!

Bawah ni sebahagian laporan yang aku petik dari KedahLanie..

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah menyifatkan panggilan palsu yang kononnya ada bom di Pusat Khidmat beliau adalah usaha terdesak mereka yang semakin takut dengan gerak kerja UMNO Kedah.

Sambil menyifatkan orang yang membuat panggilan berkenaan sebagai pengecut dan dayus beliau berkata panggilan itu sengaja dibuat bagi menakutkan petugas pusat khidmat beliau dan menjatuhkan semangat ahli UMNO Kedah.

"Namun kita tidak gentar dengan sebarang ugutan. Malahan saya yakin ugutan ini tidak akan berhenti tetapi akan berlaku lagi pada masa akan datang terutama kita semakin hampir dengan pilihan raya umum"- sepenuhnya sila baca di KedahLanie.info


Di bawah ini pula apa yang disiarkan oleh Sinar Harian

‘Letak bom bawah pentas’


ALOR SETAR - Pejabat Umno Bahagian Alor Setar digemparkan dengan panggilan palsu mendakwa terdapat bom di kawasan pejabat itu, lewat petang semalam.

Pembantu Am pejabat, Shamshul Anuar Aziz, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali itu sekitar 4:45 petang, yang memaklumkan ‘aku letak bom bawah pentas’.

Sebelum itu, katanya, telefon pejabat itu berdering sebanyak lima kali namun tidak dijawabnya kerana pejabat itu yang juga Pusat Khidmat Wakil Rakyat Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ditutup sempena cuti umum Tahun Baru Cina.

“Saya jawab panggilan keenam itu kerana bimbang ada kecemasan. Tak sangka pula ianya panggilan bom. Mulanya saya tidak percaya dengan apa yang saya dengar, mungkin ada orang nak bergurau sahaja, selepas fikir sejenak, bimbang pula ianya benar,” katanya.

Shamshul Anuar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha pejabat, Abdul Kader Mohamad yang menasihatinya supaya membuat laporan polis.

“Saya kemudian ke Balai Polis Daerah Kota Setar membuat laporan mengenai kejadian ini sekitar 7.05 malam,” katanya.

Ahmad Bashah yang ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Kedah, malam semalam berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sepanjang beliau bergelar wakil rakyat.

“Saya difahamkan anggota polis terus ke lokasi pejabat saya untuk membuat pemeriksaan, namun tiada bahan seperti bom ditemui. Walaupun hanya panggilan palsu namun kawalan keselamatan terhadap pekerja dan diri saya perlu dibuat,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini hanya bangunan pejabat Umno diconteng dengan kata-kata nista beberapa kali, namun inilah kali pertama ugutan seperti ini dibuat terhadapnya.

“Saya andaikan perkara ini ada unsur ugutan untuk menakut-nakutkan saya dan pekerja. Mungkin ada pihak yang marahkan saya, dan buat perkara tidak berfaedah seperti ni. Namun ianya tidak jejaskan apa-apa,” katanya.

Ahmad Bashah turut menyelar perbuatan individu yang cuba menimbulkan kekecohan dalam kawasan pejabatnya dan menyifatkan ianya tindakan seorang pengecut - Sinar Harian

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ni mat bashah bom, kalau bab2 bom mengebom ni hang kena tanya pakar...

    sapa dia tau, pi tanya najib altantuya atau pun kak mah chot (pakat buat bom C4)

    ReplyDelete
  2. pertanyaan yg masih belum dijawap:bagaimana C4 boleh keluar dari simpanan tentera??????

    ReplyDelete
  3. Tahniah "Mat Basah Bom" kerana akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah selepas PRU13, Inshallah.
    "Keghap2" laaa bom org kampung.

    ReplyDelete
  4. INI yang dinamakan bom demam pilihanraya bakal umno bn berkecai kan kan kan

    ReplyDelete
  5. Terima panggila pada 4.45 ptg. Buat laporan polis pada 7.05 malam. Hmmm! Awat tunggu lama sangat baru nak repot? Buat cerita kot? Kalu bom tu betoi dah lama bekecai pentas tu dengan tukang buat repot sekali.

    ReplyDelete
  6. Woit, ASD !

    Nama aku hang sebut 'Rakab Bom' tuu
    tak berapa kena laa...sebab aku bukan orang utara !

    Tapi kalau bubuh depan nama hang
    memang sesuai...

    ASD KABABOMMMMMM !!!!

    Huahahahahahaaaa...

    ReplyDelete
  7. Mak ooii ada bom ler. Hebat sangat ker Bashah nih. Baru bagi beras dah nak kena bom...

    Bab bom mengebom ni mesti kerje geng bunuh altatuya nih. Saper yang bom altantuya... polis ker saper?? sampai la ni aku tak leh nak jawab kalau anak aku tanya sebab polis tu tak ade sebab pun nak bom... hehehehe

    Rakyat dok kena bom sokmo.

    ReplyDelete
  8. BODOH BETUL RAKAB BUAT LAWAK MACAM ORANG GILA!!

    ReplyDelete
  9. Bom apabenda tu mat basah main silap mata,cakap talian hayat umno dah habis d kedah,selamat menjadi ketua pembangkang kali ke2 sampai mampusss
    ppas,rakab akan bantu pikul beras cap apek utk mencari upah..

    ReplyDelete
  10. rakab bukan orang utara...
    dia orang haramjadah kalihamput musibat pukimak...
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  11. Dia x jd dah ketua pbangkang sbb kalah kali ni.

    ReplyDelete
  12. HAPRAK PUNYA UMNO....NAK ORANG TAHU SUMBANGAN DIA YANG KASI...SIAP PRINT GAMBAR LAGI....SUMBANGAN BERTUJUAN MENUNJUK-NUNJUK DAN RIAK TAK DAPAT APA-APA BALASAN DARI TUHAN.

    ReplyDelete
  13. Puak2 al jubox dan hampPAS mnyalak mcm anjing!!! Tu smua kije polis,biar dia siasat dlu sapa dalangnye mlalui nmbor telefon,korg yg bengap smua ni jgn buat andaian melulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post