
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.
Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.
Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.
(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.
Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”
Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.
Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.
Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.
Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.
Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.
Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.
Harakahdaily
bagus lah kalau macam tu zaid, harap2 kenyataan zaid ini tulus dan iklas, semoga dapat bersama2 dengan Pemimpin PR yang lain sekiranya Pemimpin Pakatan yang agung DSAI disumbat ke dalam penjara..ayuh rakyat malaysiaa sehati sejiwa memangkah PR PRU 13
ReplyDeleteABU kan UMNO...
Zaid cuba nak tinjau peluang kalau-kalau terpilih menjadi calon PM sementara..
ReplyDeletehahahahaaaa...PKR kan dah nazak..!!
ketandusan pemimpin..
Hallooo Mr.Zaid, Kuli hang nak humban ke mana ??
Nasihat untuk tuan tanah ASD.
ReplyDeleteMinta dibuang komen2 yang lucah keterlaluan. Tak kira dari pihak mana... biasanya pihak UMNgok lah.
Kalau tidak blog sedara akan jadi sama dengan blog papagomo yang dah dikategorikan sebagai blog lucah.
rakab kalau kau islam yg mengerti ttg persaudaraan yg dituntut oleh Allah, engkau tentu memuji Allah krn Zaid Anwar sanggup bermaaf maafan dan mengakui kadangkala mrk terbabas dek kerana permainan politk kotor umno.
ReplyDeletesebelum ini pun zaid tlh menyatakan sokongan kpd pakatan krn ucapan bodoh dangkal pemimpin dlm perhimpunan agung umno.
p/s kesian Hasan tak dpt jd MB. Skg apakah UMNO akan jd kan Hasan MB jika menang semula Selangor. Nasib kau lah Hasan.
elok lah tu maaf2an ,
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!